HEMBUSAN dingin angin malam ini bagaikan isyarat bumiakan dibasahi hujan.
Semenjak matahari disembunyikan langit yang menghitam pada sore tadi, gerimis
menggerigis bagai debu, namun berlarutan sehingga kini. Selepassolat Isyak Mak Esah sibuk menyediakan
makan malam. Sebentar lagi suami dan anak sulungnya akan balik dari surau. Biasanya
apabila seisi keluarga sudah berkumpul barulah mereka menikmati makan malam
bersama.
“Nisah!!”laungnya kepada anak bongsu yang masih belum
muncul di ruangan dapur.“Nisah!”panggilnya lagi dengan suara yang lebih kuat
apabila Nisah tidak menjawab.
“Ya!”jerit Nisah dari biliknya. Setelah itu dia
terkocoh-kocoh turun ke ruang dapur.
“Kamu dah sembahyang isyak ke belum?”soal Mak Esah sambil
memerhati Nisah ke atas dan ke bawah. Herot senyuman di bibirnya apabila melihat
kain batik yang dipakai Nisah.
“Astaghfirullahalazim! Apa halnya Nisah, ikat kain batik
begitu? Kalau bergulung-gulung begitu, cara mengikat kain pelikat! Abang atau
ayah kamu bolehlah buat begitu! Awak tu perempuan!”jerkah Mak Esah sambil
ketawa mengekek.
“Habis tu, baru Nisah terkial-kial hendak mengikat kain
batik, mak dah terpekik-pekik panggil Nisah! Nisah gulung-gulunglah,” jawab
Nisah tidak mahu mengalah.
“Panaskan lauk-lauk tu. Lepas tu hidangkan,” suruh Mak
Esah.
“Tapi pergi salin kain tu dulu. Kalau tak reti nak ikat
kain batik, lain kali pakai seluar panjang! Nanti abang kamu balik tengok kamu
ikat kain begitu, hmm... jenuhlah kamu kena perli! Tak malu?”kata Mak Esah
sambil ketawa.
“Silap-silap abang tarik kain batik kamu tu sampai
terburai,” sambung Mak Esah dalam tawanya yang mulai reda.
Akif anak sulungnya memang kaki menyakat adiknya itu. Kalau
kedua-duanya ada di rumah, riuh rendahlah jadinya dengan suara jerit pekik
Nisah kerana disakat oleh abangnya. Tambah-tambah lagi jika Rais balik bercuti.
Rais anaknya yang kedua masih lagi menuntut di sebuah IPTA di ibu negara. Akif
dan Rais sama-sama suka menyakat adik bongsu mereka itu.
Bunyi berdehem dari muka pintu dapur mengejutkan Mak Esah
dan Nisah.
“Alamak! Abang dah balik!”kata Nisah terus berlari naik
ke biliknya untuk menyalin kain. Tidak lama kemudian Nisah muncul kembali ke
dapur sambil ketawa.
“Hai, abang!”sapa Nisah dengan suara riang.
Akif tidak menjawab dan berpura-pura tidak mendengar
sapaan adiknya itu. Rasa geramnya kepada Nisah kerana peristiwa petang tadi
masih tersisa.
“Dah telefon buah hati abang?”soal Nisah sengaja hendak
mengusik. Akif buat tidak bena. Sebaliknya menolong emaknya menghidangkan lauk-pauk
di atas meja. ‘Marahlah tu!’ rungut Nisah yang sakit hati kerana Akif tidak
melayan kerenahnya.
“Alah, duduklah Akif! Rajin sangat. Nanti untunglah siapa
yang jadi isteri anak mak ni! Rajin di dapur,” puji Mak Esah sambil menjeling
Nisah yang sedang memuncung kerana geramkan abangnya yang tidak mahu bercakap
dengannya.
“Memanglah, mak! Untung sangatlah mana-mana gadis yang
pilih saya sebagai suaminya! Semua kerja dapur saya buatkan.Kain baju saya cuci...
hee...hee...” balas Akif sambil ketawa.
“Mana-mana gadis yang jadi isteri saya, saya akan tatang
dia macam minyak yang penuh! Layan macam permaisuri,”sambungnya lagi sambil
merenung wajah emaknya yang sedang tersenyum.
“Hmm... dah lama ke Akif berkawan dengan Yana?” soalMak
Esah spontan. Cuba mencungkil rahsia. Nisah yang mendengar pertanyaan emaknya
bertepuk tangan.Tiba-tiba pula dia jadi girang.
“Haah! Padan muka abang! Dah kena tanya dengan mak pasal
Kak Yana!”ejek Nisah sambil ketawa. Tak jadi dia hendak merajuk dengan abangnya
itu.
“Kawan?Belum sempat nak berkawan pun mak,”terang Akif
sambil tersengih. Matanya sempat menjeling Nisah. Nisah menyeringai. Faham yang
abangnya itu sedang menahan geram kepada dia sejak dari tadi.
“Oh begitu! Mak sangka Akif dah lama berkawan dengan dia.
Kalau dah lama berkawan, elok diikat saja dengan pernikahan! Tak elok berkawan
dengan anak gadis orang lama-lama sangat! Nanti terjadi maksiat,” kata Mak Esah
sambil menyorot ke wajah anak bujangnya itu.
“Nanti mak pakat dengan ayah kamu pergi meminang dia!Akif
beritahu aje,” sambung Mak Esah dengan bersungguh-sungguh suaranya.
“Mak berkenan ke dengan dia tu?”soal Akif cuba menduga. Nisah
yang berada di situ hanya memasang telinga mendengar perbualan emak dan
abangnya.
“Berkenan sangat-sangat,” jawab Mak Esah sambil
meletakkan pinggan nasi di depan Akif. Matanya sempat menoleh ke pintu melihat
kalau ada suaminya balik dari surau.
“Saya pulak bimbang dia tak berkenan dengan saya,” balasAkif
sambil ketawa kecil.
“Kenapa pulak tak
berkenannya.Mak tengok Akif dengan dia padan sangat-sangat walaupun baru
pertama kali mak jumpa dia. Maknya pun ramah dan cepat mesra. Ayahnya pun sama.
Macam serasi aje dengan mak ni,” sambung Mak Esah lagi.
“Itu kata mak...saya pun tak tahu nak kata apa! Tak tahu
sama ada berpeluang atau pun tidak.”
“Ni semua pasal budak ini!”kata Akif sambil menarik tangan
Nisah dan menyepit kepala adiknya itu di celah lengannya untuk bergurau. Puas
Nisah meronta.
“Alah, bang!Janganlah! Sakitlah! Dahlah siang tadi Nisah
kena getu dengan mak banyak kali!”adu Nisah cuba bermanja.
“Padan muka! Ikutkan hati abang, nak suruhmak getu badan
Nisah sampai hancur!”jawabAkif menggeram.
“Alah! Sepatutnya abang kena berterima kasih kepada Nisah!
Sebab Nisah dah bukakan jalan pintas untuk abang!”balas Nisah sambil
tercungap-cungap kerana Akif masih belum melepaskan kepalanya dari celah lengan.
“Jalan pintas apanya, Nisah? Suka sangat buat teori
sendiri! Hisy, geram abang ni masih belum hilang lagi tau,” beritahu Akif lalu
melepaskan Nisah kerana kasihan melihat adiknya tercungap-cungap cuba
membebaskan diri.
“Abang ni! Sakitlah leher Nisah. Nasib baik kepala Nisah
tak tercabut!”kata Nisah memasamkan wajahnya. Laju pula tangannya menampar
belakang abangnya itu.
“Kalau kepala Nisah tercabut? Senang aje,”jawab Akif bersahaja.
Fikirannya terkisar-kisar ke sana dan ke sini memikirkan
sesuatu untuk mengenakan adiknya itu. Biar kata-kata yang terungkap dari
bibirnya merodok hati Nisah sehingga hati adiknya itu mengaduh kesakitan.
“Abang jolok buah kelapa tua kat pokoknya di belakang tu
buat ganti! Sama aje, kan! Sekarang ni Nisah ada kepala yang TUHAN dah bagi
otak, bukannya Nisah guna sebelum berkata sesuatu,” perli Akif.
“Alah,abang ni sampai hati kata Nisah begitu! Macam
kepala Nisah ni sama taraf dengan buah kelapa pulak! Otak orang bergeligalah,” jawab
Nisah memuji diri sendiri sambil ketawa. Petah menjawab sindiran daripada
abangnya itu.
“Otak bergeliga? Hmm!” Sekali lagi Akif memerli sambil
menjuihkan bibirnya untuk menyakat adiknya itu.
“Orang otak bergeliga tak tidur berdengkur bunyi macam
kereta kebal!”sindir Akif lagi. Sindirannya yang kelakar itu menyebabkan Nisah
ketawa mengekek.
“Ha...ha... ha! Itu namanya kreatif! Otak begeligalah tu,
waktu tidur pun boleh berdengkur mengeluarkan macam-macam bunyi,”jawab Nisah
nakal. Akif menjeling geram. Nisah kalau tidak menjawab percakapan orang, tak
sahlah hidupnya pada hari itu!
“Hai, kenapa nak geram pada Nisah pulak? Bukankah Nisah
dah nobatkan abang sebagai tunangan Kak Yana dan Kak Yana sebagai tunangan
abang?”soal Nisah sambil ketawa lagi. Ketawa Nisah membuatkan Akif bertambah makan
hati.
“Eleh! Nobatkan abang konon! Kalau Kak Yana langsung tak
mahu berjumpa dengan abang, kenalah Nisah nanti!”gertak Akif.“Abang tak bagi
duit belanja untuk Nisah lagi! Jangan haraplah,” ugutnya pula.
“Semua elaun Nisah, abang potong!”sambung Akif lagi
dengan suara kuat.
“Alah,abang tu marah pura-pura aje! Tapi dalam hati suka!
Nisah yakin, sekarang ini pun Kak Yana mesti sedang teringat pada abang, tunangannya!
He...he!!”Nisah ketawa mengilai apabila melihat Akif merenung dia seolah-olah
ingin menelannya.