KRING…
KRING… KRING
Rania
membuka matanya perlahan-lahan. Alarm
telefon bimbitnya dihentikan. Jam di skrin telefon bimbitnya menunjukkan jam
4.30 pagi waktu Korea. Waktu solat subuh sudah masuk. Rania mengeliat dan
mengikat rambutnya, perlahan-lahan membuka kain selimut. Kakinya cuba
digerakkan, alhamdulillah makin kurang sakitnya. Rania tersenyum sendirian
melihat sticker yang melekat di
kakinya.
Suasana
apartment Yoonah sunyi sepi. Sejuk
mula mencengkam tulangnya. Usai mengambil wuduk, kakinya segera disarung dengan
stokin yang diperbuat daripada bulu kambing biri-biri. Terasa hangat dan amat
selesa. Rania terus menjalankan kewajipan seorang muslimah. Setelah berdoa
kepada TUHAN, Rania menyiapkan diri dan mengemas barang-barangnya di dalam beg
sandang. Pagi ini dia perlu beredar dari apartment
Yoonah. Di dalam fikirannya mula memikirkan hostel baru untuk menginap. Dia mempunyai empat hari lagi di Seoul.
Rania
duduk bersandar di dinding, matanya terus menyemak pesanan yang masuk menerusi
SMS. Nama Zaidah muncul di salah satu peti masuk pesanan ringkas. Tanpa
berlengah, Rania terus membuka lalu membaca.
“Hish…
tak habis-habis Dato Kamil mengambil tahu tentang dirinya. Penting sangat ke
dirinya sampai begitu sekali dia mencari aku.” Rania bermonolog sendirian.
Jarinya
laju menekan kekunci telefon bimbit. Dia membalas pesanan ringkas Zaidah.
Waaikumussalam sahabatku yang baik
hati,
Tahniah kerana masih menyimpan
rahsia antara kita berdua. Tentang Dato Kamil tu, aku pun naik bosan bila mengetahuinya.
Hotel Princess ada banyak staf, aku juga yang dicarinya. Aku ini bukan orang
penting di hotel pun, hanya seorang pembantu eksekutif marketing! Entahlah,
malas aku nak bercerita kalau melibatkan Dato Kamil ni. Aku ada banyak cerita yang
menarik di sini nanti kita bercerita panjang ya. Apa-apa yang berlaku beritahu
aku. Mohon doakan urusan aku dipermudahkan dan dilindungi Tuhan.
Jumpa lagi. Bye.
Segera
ditekan butang ‘SEND’ ke Zaidah. Rania tersenyum puas hati kerana dapat
berhubung dengan orang Malaysia. Rania menguap berulang kali, matanya masih
mengantuk. Baru jam 5.30 pagi. Takut pula dia keluar pagi-pagi di tempat yang
asing. Rania terus menarik semula kain selimut yang berada di hujung kakinya.
Matanya mula layu dan perlahan-lahan terlena semula.
Seketika
kemudian, telinga Rania mula terdengar suara orang yang berbual-bual. Matanya
mula dibuka. Jam tangannya tepat menunjukkan jam 7.30 pagi, dia bingkas bangun
dan bersiap-siap.
Sebaik
sahaja dia melangkah ke ruang tamu, sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Rania
mengosokkan matanya berulang kali. Yoonah hanya tersenyum melihat gelagat Rania.
“Selamat
pagi, Rania.” Alex menyapa Rania yang siap untuk keluar. Rania tersipu.
“Selamat
pagi Alex dan Yoonah.” balas Rania
lemah. Dia segera melabuhkan punggungnya di meja makan.
“Kamu
hampir lewat, bukan ke hari ini kamu akan ke Jinhae Gunhangje Festival.”
soal Alex bersungguh.
“Hah?”
mata Rania terbeliak memandang Alex.
“Macam
mana kamu tahu?” soal Rania pantas.
“Ada
tertulis di kertas ini.” Alex segera menghulurkan sehelai kertas kepadanya.
“Oh,
inetari saya. Bagaimana ada bersama kamu?” soal Rania kehairanan.
“Kamu
tertinggal semasa keluar dari kedai kopi malam tadi.” balas Alex dengan tenang.
“Ayuh,
minum pagi. Jika tidak kamu berdua akan lewat ke sana.” Yoonah menyampuk dan
segera menghidangkan fresh oren, buah
epal Korea dan telur ayam yang direbus.
“Berdua?
Apa maksud Yoonah?” soal Aishah hairan.
“Kamu
dan Alex.” selamba sahaja Yoonah berkata. Alex pula hanya tersenyum.
Rania
segera memandang ke arah Alex yang segak memakai baju kemeja berwarna biru.
“Ini
nasi segera yang boleh kamu makan.” Yoonah menghulurkan kepadanya.
Rania
memandang Alex dengan pandangan yang mendalam.
“Kamu
tidak perlu risau. Nasi segera ini tidak ada bahan yang mencurigakan untuk
dimakan oleh orang Islam.” Alex berkata tanpa memberi peluang kepada Rania
untuk bercakap.
“Terima
kasih kerana memahami.” Rania menundukkan sedikit kepalanya.
Mereka
bertiga memulakan sesi menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Sekali
sekala Alex memandang Rania yang menikmati makanan pagi dengan penuh selera.
Yoonah hanya memerhati dengan cermat wanita dihadapannya.
Sesudah
makan, Rania segera mengemaskan barangnya untuk dibawa bersama.
“Kamu
tidak perlu bawa barang itu bersama. Hanya bawa kamera, passport dan dompet kamu sahaja.” arah Alex. Matanya sempat
menjeling Yoonah yang asyik memerhati mereka berdua.
“Ada
yang tidak kena pada saya?” Alex bersuara perlahan kepada Yoonah.
“Ada.
Kamu berdua, nampak serasi dan seperti sudah lama saling mengenali.” usik
Yoonah yang sibuk membersihkan meja makan.
Alex
hanya ketawa besar mendengar telahan daripada Yoonah. Rania hanya mengelengkan
kepala melihat gelagat Alex.
“Ayuh,
Rania. Balik nanti kita ambil barang kamu.” Rania hanya menganggukkan
kepalanya. Beg sandang kecil yang berisi barang dibawa bersama. Mereka berdua
mengucapkan selamat tinggal kepada Yoonah.
“Kenapa
kamu ikut saya?” tiba-tiba terkeluar soalan itu daripada mulut mungil Rania.
“Kamu
tidak bekerja ke?” soal Rania lagi.
“Hari
ini saya bercuti dan tidak ada aktiviti lain hari ini. Bosan terperap di rumah
maka saya datang awal untuk kembalikan semula itenari kamu.” pantas saja Alex
menjawab.
“Dan
saya dengan sukarela ingin menemani kamu berjalan-jalan di sekitar Seoul.” sambung
Alex.
“Kamu
tidak suka?” duga Alex lantas menoleh ke arah Rania.
“Erk,
bukan itu maksud saya.” Rania mengelengkan kepala.
“Tapi,
saya seorang pelancong yang memakai tudung kepala.”
Alex
mendengus kuat. “Salahkah saya mengiringi kamu. Anggap saja saya seperti
pemandu pelancong warga Korea yang menjadi pemandu pelancong kepada kamu.” balas
Alex bersungguh.
Rania
terdiam mendengar jawapan itu.
“Saya
tiada cukup wang untuk membayar kamu sebagai pemandu pelancong.” Rania menoleh
ke arah Alex yang asyik meneliti peta perjalanan perkhidmatan subway.
“Tidak
perlu. Anggap saja saya juga pelancong seperti kamu.” Alex tersenyum memandang Rania.
“Bagaimana
dengan kaki kamu, sudah baik ke?” soal Alex sambil tepat memandang ke arah kaki
Rania.
“Masih
sakit sedikit, tapi saya boleh berjalan. Cuma perlahan.” balas Rania sambil
mengangkat sedikit kakinya.
“Kalau
masih sakit, kita batalkan dan kamu berehat sahaja.” nasihat Alex kepada Rania.
“Tidak
mengapa, kaki saya semakin baik.”
“Kita
akan menuju ke stesen subway Jinhae.
Dari situ kita akan berjalan kaki dalam 640 meter ke Jinhae Gunhangje
Festival.” jelas Alex.
Rania
hanya menganggukkan kepala tanda faham.
“Berapa
hari kamu di Seoul?” soal Alex lagi.
“Di
Seoul hanya 5 hari sahaja. Selepas itu, pulang ke Malaysia.” ujar Rania.
“Lama
juga kamu di Korea.” Alex tersenyum.
“Mengapa
kamu tersenyum?” spontan sahaja soalan itu terpacul dari Rania.
“Saya
suka senyum. Itu sahaja dan tidak ada maksud apa-apa.” jawab Alex selamba.
Mata
Rania melilau keadaan sekeliling. Dia bermonolog sendirian. “Train yang dinaiki ini sungguh kondusif
dan bersih. Ada tempat yang dikhaskan untuk orang tua dan wanita mengandung.
Hatinya berasa tenang dengan kehadiran Alex walaupun baru beberapa jam mengenali
pemuda Korea yang persis seperti artis Korea. Bagus juga ada kawan untuk melancong
ke festival bunga.”
“Kita
sudah tiba. Ayuh!” kata Alex.
Mereka
keluar daripada subway dan menuju ke tapak
festival. Mata Rania tertancap melihat vending
machine dihadapannya. Seperti pernah dilihat di dalam drama Korea. Segera
dia mengambil foto vending machine
tersebut sebagai kenangan.
“Kamu
mahu minum air kopi 1500 won?” soal Alex kepada Rania yang sedang meneliti vending machine tersebut.
“Sedap
ke?” soal Rania.
“Kamu
perlu minum dulu. Saya belanja kamu minum air kopi ini. Rugi jika sudah sampai
di Korea dan tidak minum air kopi ini.” kata Alex sambil mengeluarkan wang
syiling dan memilih air kopi panas seperti yang diminta oleh Rania.
“Untuk
kamu. Selamat menikmati kopi magik.” kata Alex sambil menghulurkan secawan air
kopi yang berisipadu 50 milimeter.
Rania
memegang cawan kertas itu dengan cermat. Dia segera menikmati air kopi
tersebut.
“Sedapnya!”
Rania separuh menjerit. Alex hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
“Saya
perlu beli lagi sebelum pulang ke Malaysia.” Rania berseloroh.
“Sudah
tentu. Nanti kamu termimpi-mimpi pula mahu minum air kopi magik.” balas Alex senang.
Serentak
mereka berdua ketawa besar.
“Cantiknya
pemandangan di sini!” jerit Rania sebaik sahaja melihat pokok-pokok cherry hanya mengeluarkan bunga yang
berwarna putih. Senyuman tidak lekang
dari wajahnya.
“Ramainya
orang di sini!” kata Rania.
“Ya,
ramai. Festival ini berlangsung selama sepuluh hari, kebiasaannya bermula awal
April. Kamu bertuah kerana ini merupakan festival bunga yang paling utama di
Korea Selatan. Hampir dua juta pelancong setiap tahun akan datang ke sini.” terang
Alex bersungguh.
“Wow,
hebatnya festival ni!” Rania teruja. Tangannya segera mengambil kamera DSLR
lalu mula mengambil gambar .
“Pasti
seronok jika datang ke sini untuk honeymoon.
Sejuk, pemandangan yang indah dan bersama dengan insan yang tersayang.” kata Rania
yang tidak putus-putus memuji Jinhae Gunhangje Festival.
“Lain
kali kamu harus datang lagi, tapi pastikan akhir bulan Mac sehingga pertengahan bulan April kerana
itu adalah musim bunga di sini. Mari saya ambilkan foto kamu dengan pokok cherry yang berbunga cantik.” pelawa Alex.
Rania
tersenyum lebar. “Terima kasih Alex. Ambil foto saya cantik-cantik ya.”
“Kamu
sudah cantik. Pasti foto ini akan bertambah cantik!” usik Alex. Merah padam
wajah Rania bila Alex memujinya.
Alex
suka melihat Rania gembira. Memiliki wajah yang cantik, tingkah-laku yang sopan
dan emosi yang cepat turun naik amat menarik perhatiannya. Dalam diam, dia
menyukai wanita yang berada di depan matanya. Oh Rania!