Bab 19

Malam itu abah tidur awal pulang isyak. Esok pagi selepas subuh abah akan ke laut. Mak masih mengemas apa yang perlu sebelum tidur. Humaira sudah nyenyak. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu dengan kuat. Berkali-kali. Ali! Ali! Bukok pitu ni derah!Orang itu memanggil kuat nama abah dan menyuruh membuka pintu. Makterkocoh-kocoh pergi mengejutkan abah. Bimbang nanti didengari jiran. Sepertimahu pecah pintu rumah dengan dinding kayu itu. Abah yang masih mamai bangundengan mata terpisat-pisat. Menyarungkan baju kemeja tak berbutang. Abah pergimembuka pintu. Terus dicekak baju abah. Abah terkejut. Mung curi duit semejid ke Ali?!Duit mok cik  pung ilang jugok. Baik mung ngaku Ali?! Tak dok orang laing doh brahi ambik duit orang kapung ni!Tahamenuduh abah mencuri tabung surau dan duit mak Teh. 


Ada lagi dua tiga orangyang memegang abah dan melihat dari depan rumah. Mak yang melihat menangis. Humairahanya memandang orang yang datang ke rumah. Memahami abah dituduh. Dia juga ingin bersuara membela abah. Abah masih tenang dan meminta Taha melepaskanbajunya. Ketua kampung juga mengikut. Sudah diapi-apikan oleh Taha.Mentang-mentang Taha cucunya. Abah bertindak menumbuk perut Taha. Menyiku perutdua orang lagi yang memegangnya. Aku dok ambik duit orang. Susoh-susoh aku pung, aku dok jadi curi macang ge mung! Taha tergamam dan tergagap-gagap. Mung ingak aku dok napok mung ambik petang takdi?! Aku napok doh dengang Pok Awang. Aku dengang die saje wak dok napok. Duk berseh ke sura takdi, saje wak dok tahu. Mung nok buwi balek duit atau aku gi bala polih. Aku khije esok ning, nok tido.

Humaira menghulurkan golok kepada abah. Mak hanya diam. Taha dan geng berangsur pergi. Abah sudah mengagak perkara ini yang berlaku. Bukan sekali dia dituduh. Sudah lali kerana dia orang susah dan selalu pulang lewat dari surau. Abah yang menjadi orang yang dituduh. Taha dan geng hisap dadah.Hisap ganja. Pil kuda pun dialah orangnya yang merosakkan anak-anak kampunglain. Stok barang haram dijual kepada nelayan-nelayan muda dan tua. Sebelum kelaut mereka itu akan mengambil sedikit. Katanya untuk menghilangkan mabuk lautdan memberi tenaga. Pernah ditawarkan kepada abah. Abah tidak mahu. Mabuk lautditahannya sehingga biasa. Sampai lembik pulang ke rumah. Taha marah denganabah yang mengadu kepada Pak Daud tuan bot. Dia tidak suka membawa awak-awak taik dadah. Sejak dari itu tidak pernahmereka suka dengan abah.


Abah tidak mengendahkan. Sudah terbiasa. Polis juga tidak akanmenahan abah. Abah sudah memberi amaran. Polis juga bersubahat dengan penjahat.Tekong-tekong dadah dilepaskan dengan rasuah. Malah ada antara polis yang mengambil dadah sebagai ikat jamin kepada mereka. Itu sudah menjadi budaya didaerah-daerah yang menjadikan perikanan sebagai sumber pendapatan. Sudah tiada kesudahan. Mungkin semua ini akan berakhir apabila muncul Superman yang betul-betul menguatkuasakan undang-undang negara dengan kawalan ketat keluar masuk dan hukuman berat dalam kes dadah. Patut terus dipancung semua  yang terlibat. 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh