Bab 4

Aboh dengang mok dok leh gi skoloh adik. Adik jangang brase ati pulok. Aboh pagi esok sebelung subuh lagi gi kelauk doh. Adik maing molep deh. Sudah maklum abah dan mak Humaira tidak dapat pergi ke sekolahnya untuk Hari Keluarga Pasti. Memang kebanyakkan ibu bapa anak-anak tidak dapat hadir. Kerja lebih penting untuk mencari rezeki. Rata-rata dalam kalangan mereka bekerja sebagai nelayan dan membuat kerja-kerja rencam untuk menambah  pendapatan. Guru-guru di sekolah juga sudah faham benar dengan situasi yang begitu. Itu tidak menjadi masalah besar kerana anak-anak itu yang hendak diraikan. Mereka patut diberi waktu untuk berseronok. Mereka akan rasa dihargaidan menjadi lebih bersemangat untuk belajar dan menghafaz al-Quran. Ini adalah penting bagi menyuntik semangat dalam diri anak-anak.



Mereka memecahkan belon secara individu. Pemecah terbanyak akan masuk ke pusingan yang seterusnya. Humaira adalah antara pemecah yang terbanyak. Dia akan duduk di atas belon tersebut dan mencari gula-gula yang telah diisi di dalam belon. tidak dihiraukan tepung yang memutih di seluruh wajahnya dan jubah yang bewarna hijau muda itu. Bunyi belon meletup ditahan dengan suara yang hingar-bingar. Arrrrrrh!.!!!Orhhhhhh!!!Waaaaaaaaaaa!Wooooooooooooo!!!Segala macam suara terkeluar dari kerongkongan anak-anak tersebut. Setelah belon pecah Humaira akan mengutip gula-gula sekiranya bernasib baik. Duduk, duduk dan duduk sehingga semua belon di atas lantai habis dipecahkan.



Akhirnya tiba pusingan yang terakhir, antara Humaira dan Ikhwan.Mereka memecahkan belon dengan cepat bagi mendapat jumlah gula-gula yang paling banyak. Setelah seminit, masa telah tamat. Jumlah gula-gula Ikhwan lebih banyak berbanding Humaira. Mungkin Ikhwan memakai seluar panjang memberinya kelebihan untuk lebih tangkas. Humaira tidak kisah kerana dia mendapat gula-gula yang sudah mencukupi untuk dikongsi bersama Amin. Humaira masih tersenyum dengan girang menampakkan gigi kapaknya. Seperti berada dalam dalam dunianya sendiri membayangkan gula-gula itu akan dinikmati bersama abangnya nanti.  Pelbagai perisa yang ada, anggur, epal,strawberi, laici dan nanas.


Humaira sangat gembira dan tidak sabar untuk menunjukkan kepada abangnya di rumah. Bagi dirinya, itu adalah kejayaan yang terbesar. Masing-masing dibahagikan bungkusan makanan sebelum balik. Anak-anak membuka makanan masing-masing dan meneguk air kotak kerana kepenatan. Wey Ikhwan, bagi aku sikit cukelak mu, aku nok prise anggo dengang strowberi! Fauzi meminta sedikit gula-gula daripada Ikhwan kerana dia pemilik terbanyak. Namun tidak dilayan dan Ikhwan masih mengira-ngira gula-gula yang dia ada. Fauzi semakinmarah. Aku tau doh rahsie mung, mu cocok belong paka jarung op? Kalu mung tak mboh buwi, aku kabo ke ustajah kekgi. Fauzi mula mengugut. Ikhwanmengelat. Dia menggunakan jarum untuk memecahkan belon-belon itu tadi. 


Ikhwanmasih buat tidak dengar dan menyambung makan tengahari. Mane buleh wi ke mung, mung ade doh kang? kalu mung nok mung kene beli ar dengang aku. 3 butir seposeng.  Hahahahaha... Fauzi bengang. Dia pun menjerit kuat, Ustajah!!!! Ikhwang cocok belong paka jarung!!!! Die pelawop!! Ikhwan tersedak. Semua memandang Ikhwan serentak. Humaira tersengih.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh