Bab 37

Assalamualaikum Ustazah Bibi! Ketua kelas memberi salam dengan nyaring dan lantang. Semua mengikut. Sama dan mantap. Langkahan Ustazah Bibi kedengaran begitu mendebarkan jiwa-jiwa yang berada di dalam kelas. Tidak lagi membuka mulut, tetapi sudah membuatkan aura masing-masing bergetaran hebat.Terlalu takut dan gentar. Seorang guru agama Islam yang berpendidikan sijilAgama Khas dari Johor dan keluaran maktab perguruan. Terlalu sempurna ilmu agamanya. Aurat ditutup. Tudung yang labuh menutup punggung. Kasut bertutupdan bersarung kaki panjang. Lengkap, ciri ustazah yang sepatutnya. Namun diribegitu rasa sempurna sehingga merendahkan agama orang lain. Memandang hina orang kampung yang cetek dalam soal agama. Bukan mahu diajar menjadi betul.Malah diperlekehkan dengan pandangan serong.

Murid-murid di situ hanya mengikut acuan ibu bapa. Humaira dan Ainduduk sebelah menyebelah. Peluh-peluh sejuk mula berputik di dahi dan tepipipi. Hari itu belajar tajuk niat solat fardhu. Niat belum diajarkan. Lafaz dalam Bahasa Arab dan niat dalam Bahasa Melayu. Sekarang ini, lafaz dalamBahasa Arab itu yang digerunkan. Tiada satu orang pun yang berani mengangkatkepala. Buat- buat sibuk dan rajin membelek buku teks. Humaira juga begitu.Perlahan-lahan dengan suara yang berbisik menanyakan Ain, apakah niat solatfardhu zohor dalam Bahasa Arab. Ain mula mereka-reka. Walaupun ayahnya kerap kemasjid, namun belum diajar cara untuk solat dengan sempurna. Sekadar mengikut ibu atau ayah di belakang ketika solat. Sekarang sudah di tahun 2. Bermakna sudah berumur 8 tahun.

Humaira cuba mengingat apa yang diajar Ain. Terkumat-kamit mulutnya menyebut. Gigi susu depan sudah tinggal satu. Ustazah Bibi semakin beranimenikam kegerunan anak-anak itu. Sudah tahu mereka tidak tahu. Tetapi masihmahu untuk menguji. Bukankah lafaz itu Cuma sunat? Humaira dipanggil lantas terpacul dari mulutnya laju. Ussoli Nawaitu Souma Syahri Ramadhana fardhu zuhri arba’a rokaatinlillahi taala… berdesup tanpa noktah. Terlalu gugup apabila dipanggil begitukuat dan garang. Semua yang lain tidak berani hendak ketawa. Apatah lagi memangtersedar lafaz itu sudah bercampur aduk. Eja sudah tidak mampu menahan tawalalu tersembur juga di situ. Ustazah Bibi mula marah-marah. Mujurlah Eja ituanak cikgu lain. Kalau tidak sudah lama disekeh.

Ustazah Bibi kemudian memarahiHumaira kerana mereka-reka lafaz niat sendiri. Ain juga terkebil-kebil keranasudah salah mengajar Humaira. Dia juga merasa bersalah dan tidak sanggupmemandang muka Humaira. Humaira sudah kecut perut. Sejuk kaki hingga ke tangan.Berpeluh. Mujurlah tidak dirotan. Yang lain hanya diam menahan diri. Takut.Malh yang lain juga sudah mereka-reka lafaz niat Bahasa Arab. Mujur sahajatidak dipanggil Ustazah Bibi.

Giliran Hafiz pula dipanggil.Terulat-kulat di situ. Dia hanya diam. Mula menyusun lafaz niat. Ussoli fardhusubhi uhri, asri arb’aba rokaatin lillah hi taala…Yakin sekali tanpa ragu-ragu.Ustazah semakin menyirap dan memandang sinis kepada semua anak-anak di dalamkelas. Semua polos sekali wajah. Tiada dosa dan tidak bersalah. Ustazah Bibi sepatutnya terus memperkenalkan lafaz niat yang betul, bukan terus menguji danuji lagi walaupun sudah tahu latar belakang murid. Semua sudah lemas. Hampirtercekik tak cukup oksigen. Mujur Ustazah Bibi sudah mengalah. Puas hati menguji dan menambah lagi keyakinan dia bahawa orang kampung di sini kurangilmu agama. Tidak setaraf dengan guru agama. Walaupun orang Islam tapi macamorang asli! Sampai begitu sekali tanggapan dia kepada semua orang kampung.

Bukan langsung tidak beragama,bukan tidak amal agama. Mungkin ilmu agama dan Sunnah Nabi tidak dipraktikkanlagi. Kanak-kanak tidak ditekankan dengan ilmu agama. Tentang solat dan fardhuain. Diambil mudah. Namun bukan untuk Humaira, Mak dan Abah bukan tidak mendidik, namun dididik dengan yang mudah-mudah dulu. Mungkin lebih besarsedikit akan diajar dengan yang lebih susah. Berguru. Ya, dengan berguru. Guru di sekolah. Guru yang bernama Ustazah. Namun, apakah nilainya andai semua dipersoalkan sekadar hendak menguji aras agama dan ilmu ibu ayah.

Firdaus dipanggil Awang dalam kelas 2 Kuning. Awang sudah lama tidak puas hati dengan Ustazah Bibi. Asyik diarah dan diherdik tidak tahu baca itu dan ini. Bukan mahu diajar dan diperbetul. Mengata ibu ayah Awang tidak solat. Hanya bekerja siang hingga malam. Ayah Awang suka bermain dam Haji.Hanya Mak Awang yang bekerja potong kepala ikan. Ambil upah hari. Percakapan orang kampung sebelah pantai lebih kasar berbanding orang kampung sebelahdalam. Lebih kuat dan kedengaran kasar. Biasa bagi mereka tapi asing bagi orang yang sebelah kampung lain. Faktor geografi mempengaruhi, angin kuat dan berpasir.Bunyi ombak menghempas pantai. Sukar untuk berkomunikasi. Pasir mula tenggelam di kaki untuk sampai ke satu-satu kawasan. Kebiasaan bersuara kuat, begitulahsehari-hari.

Awang mengeluarkan kaki dari bawah meja. Ustazah Bibi pusing kawasan dalam kelas. Lafaz Bahasa Arab dan rumi sudah ditulis di papan hitam.Kerja mereka salin dan hafal sahaja. Sampai di kawasan meja Awang dan Mat Din,Awang menyendal kaki Ustazah lalu tersembamlah Ustazah di simen kelas.Tercampak cermin mata bulat lalu dihempap tangan sendiri. Retak. Semua yang ada sangat terkejut dan segera mengerumuni Ustazah. Awang yang tadi sudah menarik kembali kakinya buat-buat terkejut. Dia juga berbuat yang sama seperti kawan lain. Ustazah menahan malu dan geram. Bercampur baur. Ada yang mengangkat Ustazah dan mengambil cermin mata yang retak itu. Humaira. Disapu-sapu dan ditiup segala debu dan habuk. Kaca-kaca halus yang berderai di tangan tidak dihiraukan. Yang lain memapah Ustazah untuk duduk. Jilbab labuh menjadi senget.Kotor kesan tertiarap di lantai. Hadir rasa sayu di pangkal hati. Sekejam manapun dia menghina anak-anak yang polos itu, masih berani membantu. Tidak hiraukan takut dan gerun. Dia termenung. Merenung jauh ke dasar mata semua.Humaira menghulur cermin mata. Diam dan tersenyum kecil. Berharap Ustazahjangan sakit apa-apa. Ustazah ketika itu terus merah dan berair mata. Lalu menitis. Kedua-dua pipi basah berjejeran. Humaira tidak berbuat apa-apa lagi.Semakin bimbang. Kaget. Ustazah Bibi tidak pernah menangis. Masing-masing terpegun dan melarikan diri ke tempat masing-masing. Mitok maah Ustazah! Saye mitok maah. Semua terdiam kembali.

Ustazah pergi dari situ dan masuk ke bilik guru selaju yang boleh.Suasana yang tadi kaku kembali hingar-bingar. Tidak kira yang perempuan atau lelaki, semua berlari berkejaran. Ada yang bermain batu Seremban. Ada yang menjentik kertas bermain bola sepak mini. Ada yang tidur dan tersenyum.Orangnya, si budak Awang Bocheh!

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh