Bab 2

Di sekolah, Humaira termenung. Perut berbunyi. Sudah lapar. Ustazah Fatimah memandang sayu kearahnya. Humaira! mari sini kat dapur. Ustazah ada simpan mihun goreng denganteh o untuk Humaira.Budak-budak lain sudah selesai sarapan. Humaira tersenyum. Hati melonjak kegembiraan.terima kasih ustajah!

Semakin bersemangat Humaira. Berkobar-kobar di dada anak kecil iniuntuk belajar. Sebelum duduk bersila menghadap meja ala jepun yang dicantumkan menjadi kumpulan, Humaira menadah tangan dan berdoa di dalam hati untukmemulakan pelajaran. Semakin bertenaga Humaira.

Sengaja abah menghantar anak-anak ke Pasti bukan tadika. Pengajaran di Pasti lebih menekankan akidah Islam berbanding tadika yang lebih ke arah hiburan dan nyanyian. Humaira mampu menghafaz doa-doa dalam arab bersama maksud serta surah-surah dalam juz 30 al-Quran. Malah, Humaira menjadi lebih mudah untuk membaca surah-surah lain kerana telah mengenal huruf dan bunyi. Walaupunbegitu, masih ada cabang ilmu duniawi yang diterapkan kepada anak-anak melalui Pasti.


Abah mahu berjimat kerana yuran Pasti lebih murah berbanding tadika. Pada masa itu, Pasti di bawah parti Pas dan tadika adalah di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Oleh yang demikian, silibus pembelajaran adalah sangat berbeza dan membawa makna yang berbeza. Ada yang memilih parti dan adayang memilih silibus pembelajaran. Namun bagi abah, parti bukan segala-galanya.Ilmu dunia dan akhirat harus dipenuhi sejak dari kecil.

Hari ni ustazah nak ajar kamu semua mengenai cita-cita.Cita-cita itu sebenarnya perkataan yang jarang digunakan dalam kalangan budak-budak kampung di Terengganu. Oleh itu, ramai yang ternganga dan buat kening berkerut dan jatuh. Humaira terbongkok-bongkok. Semakin layumatanya kerana mihun dan teh o panas. Semangat tadi kian pudar walaupun jiwa kental macam getah baru. Aduh! Humaira terhantuk pada papanmeja. Humaira...Cita-cita tu apa? Perlahan ustazah memanggil Humaira agar kembali cerah anak itu. Hah? Hah, ermmm..dok tau ustajah..bende ape?jari-jarinya dimain-mainkan, Hujung tudung dipintal-pintal. Hujung kaki dikertap kertap  dan kepala jatuh. Takut dengan ustazah kerana sudah terlelap tertangkap. Catch red handed. ustazah meneruskan pembelajaran. Semuabangun, kita senaman dulu. Humaira tersenyum dan menggoyangkan kepaladan tangannya. ke kiri dan ke kanan lalu duduk kembali.


Hari ni ustazah nok cakak pasal cite-cite. Cite-cite ni ialah bende awok sume nok jadi bile beso kekgi. Awok nok kije ape untuk tanggung hidup awokdang buak banyok duit. Seterusnyer akang memastikang mase depang awok sumeterjaming dang dapak tulung keluarge awok, mok ayoh awok dan sebagainyer. Jadiustazah nok tau awok sume nok jadi bende.

Istilahcita-cita dijelaskan satu-satu kepada mereka. Barulah semua menganggukkan kepala dan berebut-rebut menyebut nama-nama pekerjaan yang mereka impikan. Kite!Kite ! Kite! Kite nok jadi cekgu! Kite nok jadi bombe! Kite, ustazah, kite nokjadi dokter! Kite nok jadi polih! Kite nok jadi askor! Humaira masih terfikir-fikir. Dia tidak tahu apa yang hendak dia lakukan. Pekerjaan-pekerjaan sebegitu bukan familiar dengan latar hidupnya. Abahnya hanya orang yang terlalu biasa. Maknya pula hanya membantu abah. Humaira juga tidak punya adik-beradik yang berjaya atau jiran-jiran yangmempunyai pekerjaan yang sebegitu. Tiada dalam lingkungan akal fikirannya.Ustazah di sebelah memerhati semua anak-anak lain yang bersemangat berkongsicita-cita mereka. Kecuali seorang, Humaira. Assalamualaikum Humaira, doh awok nok jadi bende bile beso esok-esok?tak mboh kabo ke ustazah ke? orang lain pakak kabo blake sume doh. 


Humaira menyatukan kedua- dua tangannya.Sudah ada jawapan yang barangkali menjadi pilihannya waktu itu. Erm,kite dok tau gop ustajah, kite rase kite nok jadi tukang jua kobeh.Humaira dengan penuh yakin dan lantang menyuarakan cita-citanya kepada semua orang. Suasana senyap seketika. Kata orang malaikat lalu. Entah betul atau tidak. Allah yang Maha tahu. Setelah itu,semuanya tertawakan Humaira kerana cita-citanya yang dianggap murahan dan tidak terkenal. Mana tidaknya, dia hanya memilih untuk menjadi penjual kubis. 


UstazahFatimah hanya tersenyum. Humaira begitu polos akalnya. Dia sedar anak muridnyaitu masih kurang akal tetapi begitu bercita-cita besar di mata seorang guru. Sudoh,sume orang ustazah nok bereti suke blake. dop baik wak gitu ke Humaira.Cite-cite die paling bagus sebab die nati duit buleh hari-hari. Awok sume hujung bulang baru buleh. Sesok mepeh harak ke gaji saje dop cukup. NabiMuhammad kite pun dulu kije niage barang-barang gi dagang cari pitih. Bersamesape anok-anok wey?? Semua pun menjawab beramai-ramai. SitiKhadijoh!!!!!!!!!!!!Humairatersenyum bangga walaupun cite-cite itu sahaja dapat difikirkan. 


Dia berbangga dengan cita-citanya yang bakal menjadi seperti kekasih Allah dengan isteri Baginda. Humaira bersorak kegembiraan dengan kedua-dua tangan ke atas.Masing-masing yang lain terus menukar cita-cita mereka. Ada yang ingin menjual pisang, pasir, buah, ikan dan pakaian di pasar malam. Ya. Memang betul, detikitu, pasaraya yang paling mewah buat orang miskin seperti mereka hanya pasar malam setiap Sabtu di Kampung Merchang.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh