Bab 41

Mak Senah ketiduran. Terlalu letih menjaga dua orang bayisekaligus. Abah sentiasa membantu. Memandikan, membersihkan pakaian, memasakdan semua benda lagi. Mak Melah hanya lebih suka mengarah-arah sahaja.Sekali-sekala menolong jika terpaksa tanpa Abah.


Humaira juga banyak membantu. Menguruskan keperluan Mak.Dibersihkan lampin-lampin kotor dan dijemur sendiri. Rajin dan mengikut tanpaalasan. Mak juga bersa kasihan dengan Humaira. Tetapi begitulah, tidak ramaiyang boleh menolong. Seperti juga waktu menjaga Humaira dan arwah Amin dulu. Mujursimpanan Mak Senah masih cukup sekiranya tiada pekerjaan yang boleh dilakukanAbah.


Humaira mengiring, menghadap kelambu bayi adik-adiknya. Meletakkanjarinya di jari-jari adik-adiknya, terlalu seronok. Sudah punya teman baru.Permainan petang-petang dengan kawan sudah jarang-jarang pergi. Hanya di rumahselepas waktu sekolah untuk membantu Mak Senah. Aisyah dan Hakim. Nama diberiuntuk adik-adiknya. Kembar lelaki dan perempuan.


“Adik Kimi, Adik Aisyah, comel sangat awok dua orang. Saya kaklong. Kak long Humaira…” Humairaberbual perlahan melayan diri sendiri. Adik-adik sudah bangun tidak mahu tidur.Macam-macam yang disembangkan. Adik-adiknya hanya memandang kakaknya bercerita.Kadang-kadang menangis, kadang-kadang ketawa. Humaira hanya melayan. Begitulah sehari-hari sehingga ada juga masa dia terlewat ke sekolah.

Abah pulang lewat malam itu. Mak Senah tersedar dengan bunyi keriukpintu. Sedar Abah sudah balik. Kecewa juga kerana Abah mahu keluar minumberjumpa kawan lama katanya. Mak Senah hanya membiarkan. 


Kepala Humaira sudahterlentok di dalam kelambu. Abah mengambil sehelai selimut nipis dan menutupbadan Humaira. Menutup kelambu dengan perlahan. Mak Senah berpura-pura tidur.Hatinya tidak sedap. Terlalu lewat Abah pulang malam itu. Bau asap rokok kuatdan hapak. Terlalu lama di warung, sehingga berembun. Dipendamkan sahaja. SalamAbah terlalu perlahan namun masih dijawab di dalam hati.


Abah pergi mandi, air dijirus perlahan bimbang kedengaran lalumasuk ke dalam bilik. Mmeikirkan pertemuan dengan kawan lamanya, Sahak.

“Bini mung branok pulok? Alhamdulillah. Molek. Memang molek!Anok-anok rezeki. Esok aku bowok mung tengok nasib utung rugi budok-budok tu.Mung nok tengok dok,” Sahak memulakan cerita. Seolah-olah begitu rahsia. Hanya perlahan sahaja, separuhberbisik.  

Abah tercengang, mengangguk seperti ditekan-takan kepala terus.Taksub!

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh