Bab 10

1998

Tahun itu, Humaira masuk darjah 1, Sk Merchang. Ia adalah sekolah terdekat dari rumah humaira. Hampir 2km berjalan kaki mengambil masa 15 minit. Agak jauh bagi budak tak berapa nak tinggi seperti Humaira. Abah tidak lagi menghantar menggunakan motor seperti selalu. Motor abah sudah rosak. Mungkin sudah dijual di kedai besi buruk. Jiwa kecil yang berhasrat untuk ke sekolah bersama abang semakin suram. Amin tidak juga kebah dari sakitnya. Kakinya sudah tidak kuat untuk berjalan. Dunianya hanya di rumah, setiap hari menantikan kepulangan Humaira pulang dari sekolah.Akan bertanya itu dan ini kepada Humaira tentang sekolah. Humaira juga becok bercerita dari sekecil-kecil hal kepada Amin. Humaira setiap hari pura-pura kuat dan tabah di hadapan abang. Sedaya upaya memberi abang imaginasi yangpaling bagus dan tepat. Agar dapat dibayangkan seolah-olah dia juga berada disekolah bersama Humaira. Adiknya tidak pernah jemu berkongsi cerita. Setiap hari akan menghadap Amin untuk menemaninya menyiapkan kerja rumah dan membaca bersama-sama. 

Ternyata Amin sungguh rindu akan sekolah. Humaira juga simpati.Setiap pagi akan dilambaikan tangan kepada Amin bersungguh-sungguh dengan penuh semangat. Turun dari tangga rumah akan berjejeran air mata kasihan akan nasib abang. Humaira sentiasa berpesan agar Amin menantinya pulang setiap hari. Akan dibelinya gula-gula perisa anggur dan epal untuk abang dan makan bersama-sama ulang kaji. Begitulah Humaira menemani abangnya setiap hari tanpa rasa bosandan puas. Abang adalah dunianya, seluruh jiwanya. Dia kini sudah tidak kemana-mana selain menemani abang. Setia penuh kasih dan cinta. Tidak pernah disuruh mak dan abah. Tidak pernah walau sekali melainkan kehendak dirinya sendiri. Kawan-kawan sekampung sudah maklum akan ketiadaan dua beradik itubermain pagi atau petang sekiranya tidak bersekolah. Team –win- makers mereka sudah tiada.

Pergi dan pulang dari sekolah, Humaira berteman dengan Asniwani kawan barunya. Dia tinggal berdekatan pantai. Lebih lasak dan kasar namun baik hati. Badannya lebih besar dan tinggi berbanding Humaira seperti baka Nigerian. Adik beradiknya tinggi-tinggi lagak Husin Bolt. Kesemua mereka adalah atlit sekolah rendah dan menengah dalam sukan larian dan hoki. Setiap pagi Humaira akan turun rumah lebih awal daripada Asniwani. Mereka akan berjumpa di simpang kedai Cek Ngoh kerana Asniwani tinggal lebih depan dari rumah Humaira. Begitulah mereka bersaeng dan masuk ke kelas yang sama. Mujur ada Asniwani. Kalau tidak,mungkin Humaira akan kekok tanpa abang Amin.

Mak abah tidak lagi bimbang kerana Humaira sudah ada peneman.Masing-masing akan sentiasa pergi ke sekolah. Tidak pernah ponteng selagi tidak sakit kuat. Suatu tengahari, Humaira dan Asniwani berasa sungguh penat. Cuacapanas pada hari itu bukan main. Beg dengan buku yang padat terasa berat yangamat. Tidak diajar bagaimana mengikut dan membaca jadual. Mungkin cikgu sudah ajar atau mungkin tidak. Jadi, bimbang akan didenda dan dimarahi, semua buku dibawa mereka. Ibu bapa sibuk dengan tugasan masing-masing. Jarang buku dan beg anak diperiksa mereka. Sudah tidak sampai separuh jalan, mereka berhenti. Beg diturunkan. Berehat sebentar di tengah bayang-bayang pokok yang redup. Sejuk ubun-ubun buat sementara. Baju berceloreng dengan karbon pensel. Tudung senget,Kain pula dilipat sehingga senteng. Baru tadi di kelas Humaira ada melihat anak orang berada membawa beg ada roda. Mesti tidak penat bawa buku di mana sahaja.Humaira mendapat idea dengan mengheret sama beg kainnya. Diikuti dengan Asniwanie. Diheret beg mereka hingga sampai di simpang kedai Cek Ngoh. Aduh. Seolah baru diberi petunjuk dari Allah untuk melihat di bawah beg. Sudah terdapat 3 lubang kesan dari geseran jalan tar yang kasar. 


Barulah Humaira dan temannya sedar kesan mengheret beg tanpa roda. Mereka sama-sama tergelak dan tersenyum.Sesampainya di lorong jalan masjid lama, Humaira akan menyambung perjalanan seorang diri. Keaaan masih selamat. Rumah orang kampung berjarak dekat danmasing-masing akan tolong memerhati gerak langkah ank itu. Sampailah selamatsampai di rumah. Begitulah Humaira. Terus berlari mendapatkan abang yang beradadi muka pintu. Terus didapatkan tangan untuk disalami penuh kasih. Banyak juga cerita buat abang hari ini. Abang, cekgu royak ke adik, abang dapaknombor satu. nati minggu depan aboh kene gi ambik basika. Abang, derah la baikdemang. Tulung ajo adik gatteh basika pulok deh? dok sabo doh ni. Nati kite buleh gi skoloh same-same. 

Humaira memaklumkan tentang berita baik itukepada mak dan abah juga. Mak mengelap air mata. Amin tersenyum. Diri sendirilagi sudah lebih-lebih lagi gembira mendapat hadiah basikal. Teringat mahumengajar Humaira berbasikal keliling kampung. Abah akan ke sekolah bagi mewakili abang. Tengahari itu, abah berbasikal membawa Humaira dan Asniwanipulang ke rumah. Terhuyung-hayang abah memegang handle kerana beban beg danmereka berdua. Amin tersenyum melihat basikalnya. Riak sedih turut terpancarmemikirkan bila masanya dia akan membawa Humaira ronda kampung dan menunjukkanbasikal baru kepada kawan-kawan.

Humaira mendapat RMT, rancangan makanan tambahan. Ia adalah makananpercuma bagi pelajar miskin. Diberikan semasa waktu rehat bagi membantu mengurangkan perbelanjaan harian. Jumlah pelajar yang diberikan RMT adalah amatterhad. Mana-mana pelajar yang mendapatkan adalah pelajar yang bertuah. Wang saku Humaira hanya 50 sen.  Kadang-kadang tidak dibelanjakan. Waktu pulang nanti akan disimpannya di dalam tabung. SekiranyaHumaira ingin membeli apa-apa yang penting atau kesukaannya, akan dikorek tabung itu. Dia akan selalu membandingkan berat tabung abang dan dia punya.Kalau dirasakan semakin ringan, akan lebih jimatnya ketika di sekolah.

Hari itu, RMT yang diperoleh adalah mee goreng dan sebelah buah epal. Tersenyum girang Humaira. Sejenis epal merah maroon yang tidak begitu besar. Teringat terus pada Amin yang berada di rumah. Buah kesukaan mereka berdua. Buah epal yang sebelah terus disimpan di dalam poket baju kurung sekolah. Ingin dibawanya pulang. Masa belajar hingga ke tengahari dirasakanbegitu lama sekali. Humaira tidak sabar-sabar ingin membawa epal pulang.Kadang-kadang dibawa keluar dari poket separuh. Sudah oxidized. Isi putih sudah berubah jadi warna perang kerana terkena udara. Sudah tidak focus jadinya.Sudah tidak senang duduk.Amin pasti gembira.


Angin bertiup lembut di beranda rumah. Abah dan mak duduk-duduk disitu sambil berbual dengan Amin. Abah memangku kepala Amin yang sedang lelap.Sekejap dibuka dan sekejap ditutup matanya menanti Humaira pulang dari sekolah.Angin monsoon sudah berangsur pergi. Hujan sudah kembali luruh seperti jadual yang biasa. Abah menggosok-gosok kepala Amin. Kelihatan anaknya itu nampak sangat sihat hari ini. Boleh tersenyum dan bergurau. Tidak mengadu sakit atau pening di mana-mana. Abah dan mak sangat gembira melihat perubahan yang ketara.Mereka fikir tidak lama lagi Amin boleh kembali ke sekolah menemani Humaira.Mereka terus bersembang bercakap tentang itu dan ini. Mak tiba-tiba bercerita tingkah Amin sewaktu dia masih lagi bayi. Sangat nakal dan sukar dikawal. Suka mengamuk dan tidak mahu berkongsi mainan dengan sepupu-sepupu yang lain. 

Amin tersenyum membariskan gigi-gigi yang putih. Sungguh memang begitu. Namun setelah masuk umur dua tahun. Nakalnya berkurang. Mendengar cakap dan rajin menolong mak. Tidak lama setelah itu, mak mengandung lagi. Amin suka bermain danbercakap dengan bayi di dalam perut mak. Digosok-gosok lembut sehingga tertidur di atas riba mak. Meleleh air mata mak bercerita. Hatinya jadi sebak. Entah mengapa jadi rindu dengan bayangan-bayangan Amin sewaktu kecil. Lincah dan cergas melompat dan berlari. Mulut yang becok menanyakan itu dan ini. Sentiasamemerhati kerja buat mak dan abah ketika berada di rumah. 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh