Bab 24

“Hah! Panjak lagi panjak tinggi! Hoh! Molek-molek! Panjak lagi tine garrik!” Onyang menjerit.Humaira memanjat pokok inai di depan rumah Nyang Long dengan lebihtinggi lagi Ain pun ikut serta. Makin tinggi dipanjat hingga ke pucuk. Semakinbersemangat dan bangga apabila moyangnya memberi semangat dan sorakan untukmemanjat. Senah oh Senah! Ni tengok anok mung nih duk manjak macam bende nih!Nyang menjerit memanggil mak dari tingkap belakang. Humaira baru tahu rupanya Nyang sedang memarahinya kerana memanjat. Akhirnya Ain dan Humaira hanyatergelak lalu turun dari pokok. Mak yang sedang memasak hanya menjawab acuh tak acuh kerana sudah puas melarang anaknya itu. Rumah Nyang hanya beberapa langkah dengan rumak mak. Jiran dekat kerana tanah keluarga mereka di situ.

Mane la aku tau, hahahaaha..ingakkan yer suruh panjak koho tinggi!Hahahaha. Humaira hanya tersenyum riang sambil mengesat peluh di dahi. Tudung sudah lesap di kepala. Hanyadipakai apabila berjalan jauh atau ke sekolah dan mengaji. Ain juga begitu.Cakap orang tua dulu beralas, bukannya difahami budak-budak sepertinya. Selua rsukan yang dipakai sudah banyak koyak-koyak kerana selalu memanjat pokok. Dari kawasan betis ke bahagian kaki seluar, penuh dengan kemuncup yang dikutip darisemak-samun tempat mereka bermain. Betis yang sudah gatal tidak dihiraukan.Mereka bangun dan pergi duduk di pangkin rumah Nyang. Nenek masa itu tiada, dia pergi ke rumah mak saudara Humaira. 

Eh, laing kali jangang gi panjak la pokok-pokok tuh! Anok dare dok mangjak-mangjak! kekgi rabik lek bowoh tu barutau! Nyang menyambung nasihat. Kerana bimbang sistem peranakan cicitnya itu akan rosak. Humaira dan Ain tersipu-sipu. Umur Nyang sudah seratus enam tahun. Sudah tua dan uzur. Bertongkat dan bongkok. Namun tidak lah terlalu garang dan masih mengambil berat akan cicitnya. Kaki Nyang Humaira urut-urutdengan perlahan. Sangat kurus kaki Nyang. Sudah tiada banyak isi dan lemak.Hanya kulit berkedut dan sedikit isi menyelaputi tulang. Mudah bagi Humaira untuk mendapat upah. Humaira ingin membeli aiskrim kerana hari sedikit panas.Dia tahu nanti Nyang akan memberinya upah. Uban-uban halus Nyang dikepala turut dicabut. Nyang kesedapan hilang rambut gatal yang agak kerinting apabila telahdicabut Humaira. Ain sambung mengurut kerana turut ingin upah.

Habuk ubat nyamuk fumakilla di atas piring yang sudah tebaldicalitkan di jari telunjuk dan ibu jari. Jari akan menjadi kesat untuk menarik rambut uban yang halus dan licin. Mata Nyang samapi tertutup menikmati urutan dan cabutan uban di kepalanya. Mung nok wak beli bende pitih mek?Nyang bertanyakan Humaira. Kerana sudah terlalu ramai cicit, dia tidak menghafal nama mereka. Jadi semua cicit perempuannya akan dipanggil gelaran mek. Walaupun cermin mata Nyang sudah tebal, dari jauh Nyang mampu mengecam cicitnya apabila lalu di hadapan rumahnya. Humaira tersenyum. Nyang sudah tahu kemahuannya. Kite nok wak beli aiskering oreng. Dahage la Nyang panah-panah gini.Nyang nok gok ke? Nati kite beli ar ke Nyang etek. Nyang juga mengangguk. Dia juga sukakan aiskrim dan gula-gula. Sejak menjadi tua begitu,semua makanan ringan dan manis ingin dirasanya. Air gas juga tidak ketinggalan.Nyang juga turut mengirim aiskrim kepada Humaira. Baju dalam Nyang buka zip dan mengeluarkan duit kertas seringgit kepada Humaira. Digagau-gagau tangan dibawah tikar getah lalu diberikan lagi seringgit kepada Humaira. Zaman itu,  itu sudah terlalu mewah malah boleh disimpan buat tabungan. Seringgit diberi kepada Ain. Diambilnya lalu terus berlari bersama Ain ke kedai runcit Bota.


Tengahari itu abah sudah hilang. Sebelum waktu zohor lagi.Mak kataabah pergi berjumpa dengan seorang jiran di kawasan rumah. Baru pindah darikampung seberang. Humaira hanya mengangguk sebelum meninggalkan rumah pagi itu.

Aiskrim di tangan sudah mula mencair. terasa terlalu kenyang untukmenjilat air yang sudah belengas di tangan mereka berdua. Sudah tiga batangasikrim dihabiskan sepanjang perjalanan. Aiskrim Nyang terbuai-buai di tanganyang dihayun tinggi. Hampir terjatuh kerana terlalu asyik dihayunkan tangan.Macam robot pun ada. Nyang yang berda di muka pintu terjengul kelihatan.Humaira melambai-lambai kea rah Nyang. Tiada balasan. Ain sudah pun berpisah disimpang untuk pulang ke rumahnya. Petang nanti mereka akan bertemu lagi denganAsniwanie sekali gus untuk sambung bermain sementara menanti hari redup. Kesian Nyang, sampai tertidur di muka pintu. Terlalu lama menanti. Cermin mata Nyang yang tebal itu terlurut sudah di atas bibir. Hidung Nyang sudah kurang mancung.Kecut dan menggeleber kulit di wajahnya. Nyang membuka mata di saat Humaira memberi salam kuat-kuat. Tersentak Nyang lalu terkocoh-kocoh mendapatkan tongkat. Humaira menghulurkan plastik aiskrim yang dibeli. Nyang terkebil-kebil mengambil dan menarik kertas pembalut aiskrim. Humaira yang juga duduk di atasberanda rumah menolong Nyang memegang aiskrim itu dengan betul. 

Lama sungguhmung gi beli aiskring Nyang. Mu gi dottong mane gop mek wey? Humaira menggarukepala dan tersengih. Mengakui salahnya yang balik lambat kerana terlebihsembang dan bermain-main dengan Ain sepanjang perjalanan. Sekejap berhentimenengok mangga di dalam pagar orang. Sekejap menengok pokok jambu orang yanglebat berbuah. Bila tuan rumah menjengilkan mata di muka tingkap barulah merekalari. Kedekut. Macam-macam yang dilihatnya. Sungguh terliur dan seronok melihatbuah-buah yang lebat di atas pokok. Habis semua diceritakan kepada Nyang. Nyang hanya tersenyum sumbing. Sampai meleleh airkrim yang semakin lama semakin cair di tangan Nyang. Humaira tergelak-gelak melihat Nyang makan. Gigi Nyang yang jarang itu semakin menyukarkan dia untuk menghabiskan sisa-sisa aiskrim.

 

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh