Bab 13

1999

Hari-hari berlalu denganpantas. Kini Humaira sudah menganjak ke tahun 2 di sekolah rendah. Pemergian abangnya ibarat mimpi. Gadis kecil molek itu sudah tinggi sedikit. Namun sudah kurang bercakap dan pandai memendam perasaan. Jarang diceritakan yang berlakudi sekolah sekiranya tidak ditanya mak dan abah. Bercakap hanya mengikut mood.Sudah ada sedkikit nakal berbanding dulu. Sudah agak berdikari membasuh kasut sekolah sendiri. Humaira masih tetap dengan bayangan Amin tapi tidak ditunjukkan kepada sesiapa. Dia akan mengunci bilik dan memakai pakaian abang sehingga ketiduran. Dibelek-belek buku latihan Amin yang lama. Dikira umur Amindan darjah tahun baru sekiranya Amin masih ada. Begitulah cara dia mengubatrindu.

Hari itu dia pergi ke sekolah seperti biasa. Kali ini lebih ramai kawan-kawan yang bersaeng berjalan kaki. Humaira sudah punya ramai kawan lain ketika berada dalam darjah satu.Sedikit mengubat kedukaan. Tahun ini wang belanja jadi seringgit. Humaira akan terus ke kelas mengaji pulang dari sekolah. Oleh itu mak dan abah memberinya wang saku lebih. Pagi itu seperti biasa mak tidak sempat menyiapkan makan pagi Humaira. 


Ketika berjalan kaki ke sekolah, terlihat asap nipis melayang diudara. Bau pulut lepe dibakar sungguh menusuk hidung dan menggendang perut. Disinggah sebentar kerana tidak dapat menahan kesedapan pulut lepe Pak Ali dan Mak Wan. 30 sen satu. Tebal pulut dan sambal ikan yang banyak. Boleh kenyang sehingga menunggu waktu rehat. Lidi kiri dan kanan dicabut perlahan. Hitam jarinya terkena arang lidi. Dicabut perlahan daun pisang yang berkerak hitam sebelum dimasukkan pulut lepe ke dalam mulut.Sungguh nikmat dengan perut yang kosong. Pulut digigit bercampur dengan sambalikan yang digoreng garing, isi ikan segar dan tidak gatal. Dinikmati denganpenuh penghayatan kerana pulut hanya satu. Duit perlu disimpan untuk belanja dikantin dan kelas mengaji pula nanti. Ada baki 70 sen lagi.

Mereka berjalan bersama-sama. Waktu itu masih tidak banyak kereta yang lalu menggunakan jalan kampung. Apa yang bahaya apabila tiba di jalanbesar atau jalan utama. Kereta dan lori sangat laju dan lebih banyak berbanding jalan kampung yang mereka lalui. Mana-mana orang yang lebih tua yang menaiki motorsikal melihat mereka ingin melintas pasti akan berhenti. Dia akanmeletakkan motor di tepi jalan dan membantu mereka melintas sehingga selamat.Sekolah agak dalam sedikit dari jalan utama tersebut. Waktu masih agak awal. Jalan melalui pagar sekolah dengan pokok kaktus jenis tinggi dan berbunga. Waktu pagi bunga itu kuncup, apabila tengahari bunga akan kembang. Sama seperti mereka yang malas ke sekolah dan laju hendak pulang. Kelakar. Analogi dicipta sendiri. 


Habis laluan berpagar mereka melalui jalan becak menuju ke kawasan rumah kampung. Mereka akan pergi ke kedai kecil berhampiran sekolah untuk membelimakanan ringan. Semua ada di situ. Gula-gula, Cukedih, lollipop, maggi, asam masin, biskut, jeruk, pudding segera, aiskrim dan air gas. Kedai itu sebenarnya adalah bahagian beranda depan rumah, dipanggil lambo. Di situ bermacam makanan ringan disusun dan digantung. Habis penuh tiang rumah dan beranda digantung dengan makanan ringan. Sangat meriah. Menjadi syurga buat anak-anak sekolah seperti mereka. Sudah cukup membeli barulah masuk sekolah. 30sen sudah dapat dua tiga jenis gula-gula. Aiskrim poli tidak dibenarkan mak dan abah sama sekali. Masih terbayang-bayang mak membedal mereka berdua kerana makan aiskrim tersebut. Bibir dan lidah akan bertukar warna. Pewarna dan bahan pengawet yang sangat kuat digunakan kata mak.Memang betul sebenarnya. Sekiranya ia masih cair, rasanya seperti ubat demam cecair. Hanya sedap dan menghilangkan haus apabila beku. Ketika panas tengahari ceng-ceng amatlah nikmat. Perisa anggur yang paling best. Kata maklagi, kilang aiskrim tidak bersih dan bermacam lagi sebab. Dicubit, dirotan dan dimarah mak sampai mereka berdua serik. Ah!Abang Amin! Humaira tiba-tiba rindu.

Sejurus meletakkan beg di kelas, mereka akan berkumpul di satu dataran. Di tengah-tengahnya terdapat satu pokok mangga yang besar cukup dijadikan untuk semua pelajar berteduh. Ada bangku-bangku kayu yang panjang disekeliling dataran untuk sesi belajar di luar kelas, di denda cikgu dan digunakan sebagai tempat makan ketika rehat. Blok kelas hanya ada 3 blok. Satu blok baru dua tingkat dan dua blok lama setingkat. Cikgu akan memulakan perhimpunan dengan bacaan doa dan nyanian lagu Negaraku dan lagu negeriTerengganu. Lirik lagu sekolah tidak dihafalnya. Apabila dilihat cikgu, merekaakan berpura-pura menggerakkan mulut mengikut muzik. Humaira tidak begitu minatdengan lagu dan muzik melainkan ciptaannya sendiri. 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh