Bab 36

Aiskrim jeruk kelubi Humaira cicip perlahan. Air sejuk mengalirlaju sampai ke lengan. Suka benar. Masam dan manis. Buah asam itu dimakan habissehinggakan biji putih itu dimamah lumat. Sayang mahu membazir. Buah asam ituhanya diletak satu. Kedekut. Mahu dibeli lagi duit sudah habis. Baki duitsekolah semalam tinggal seposen. Bosan menunggu Ain dan Wanie. Begitu lamamenunggu, tidak sanggup lagi. Lalu Humaira ke lorong belakang kedai runcit cina. Bau tandas. Busuk. Tandas itu berada di luar kedai. Dia menutup hidung lalu melepasi kawasan kedai. Bunyi buah jatuh semakin kuat didengari. Buah mangga epal jatuh. Terus berlari dia mendapatkan. Pak Cik Daus punya. Aduh.Perut masih lapar. Terus sahaja mangga itu digigit. Berjejeran air berwarnakuning di baju. Ain dan Wanie memanggil kuat nama Humaira. Terkejut bukan kepalang, hampir tersedak. Buah mangga yang jatuh dikutip kembali. Mujur terjatuh diatas rumput. Disapu sekadar sahaja, Lalu digigit semula.

Ain dan Wanie tidak tengok sahaja. Selipar dikaki dibaling laju.Jatuh. Mangga tidak jatuh. Tangkai masih lagi bergetah dan kuat. Selipar Ainpula ambil giliran. Air liur ditelan. Terliur dengan Humaira. Humaira sudahberjeluas mulutnya. Getah buah tidak dihiraukan lagi. Melekat hitam-hitam dibibir mulut dan pipi. Dikutis-kutis. Dibuang pula urat-urat buah yang melekat dicelah-celah gigi. Habis sudah. Biji mangga juga sudah habis dicicip. “Sekmung bakpe yang mari lambak sangak? Lama aku tunggu. Doh kita nok gi mane arini?” Humaira yang sudah agak kenyang, berasa lebih bertenaga. Dia juga turutmembaling selipar kepunyaan untuk mendapatkan mangga lain. Di atas pokok itukelihatan sudah banyak yang masak-masak. Ain mengambil kayu pokok yang sudah mati dekat-dekat situ. Ada juga bongkah-bongkah kayu lebihan buat rumah. Terusdibaling. Mengena.

Berlari Ain dan Wanie mendapatkan mangga yang jatuh. Tidak dibasuh dan digolek di dalam baju. Getah juga turut sama melekat di baju. Melekit.Tidak dihiraukan. Air mangga berjejeran mengalir di mulut sampai ke lengan.Nikmat buah manis itu tidak terkira. Kadang-kadang rasa getah yang seakan plasticdan acid terlekat di lidah. Pijar. Tidak dihiraukan hanya menghabiskan. Pak Daus mengintai dari tingkap. Diselak langsir ingin melihat siapa gerangan yangmencuri buah mangganya. Amat berkira. Padahal buah itu kalau luruh hanya dibiarburuk. Begitu juga buah durian belanda yang dia tanam. Dibiar buruk di situ.Pak Daus melihat Humaira, Ain dan Wanie yang masih duduk di situ melahap mangga masak. Habis daun-daun hijau mangga berguguran ke tanah. Bersepah. Dia lantas membuka pintu dan menjerit lancang. Terkejut budak bertiga itu bukan kepalang.Lantas tidak sempat memakai semula selipar lalu berlari dengan selipar ditangan. Kecut. Anak Pak Daus, Munirah hanya terdiam melihat mereka bertiga.Isteri Pak Daus, Mak cik Nita juga tergelak sakan.

Munirah sebenarnya mahu berkawan, tetapi begitu terkawal sekali dilarang Mak cik Nita dan Pak Daus. Munirah anak tunggal. Satu-satu zuriat yang lahir. Hampir 20 tahun menunggu barulah diberi rezeki.  Namun anak itu begitu sempit sekali dunianya.Sudah lama kelemasan walaupun rumah 4 bilik itu sangat selesa untuk mereka tigaberanak. Munirah menghempas rasa yang semakin dirasakan sesak. Mungkin sudah nyawa-nyawa ikan jika dilihat semangat yang semakin luntur.

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh