Bab 43

Petang itu Humaira hanya bermain di laman rumah. Senang Mak mahumeminta apa-apa pertolongan. Kesiannya Mak. Hanya buat semuanya sendiri. Abahsudah ke Kedah melawat Tok Wan dan Tok Melur. Humaira kini sudah semakin kurangbersama-sama Abah meluang masa bersama. Abah juga sudah kurang bermanjadengannya. Fikiran terawang sambil melukis laju di tanah. Terhempas lantasmelihat langkah Nenek Melah yang baru turun dari tangga rumahnya. Rumah hanya10 meter dekatnya.

Nenek Melah datang ke tangga. Memberi salam dan duduk di situ. Cucubaru sudah tidur kesedapan setelah mandi. Mak yang mendengar suara Humaira danNenek Melah berjalan ke depan tangga sambil memasang telinga. “Kak Long nokikut Mok gi Pao Rusile dok esok? Mok nok gi dengo. Kite tupang prebek sapu. TokChik pun ada sekali, yer nok gi nege.” Nenek Melah mengajak. Humaira hanyamendengar dan terasa beria juga ingin mengikut. Bukan pernah dia ke situ. Makduduk juga di tangga. Melihatkan Humaira juga bersungguh, Mak ingin membiarkandia menemankan Nenek Melah. Memang bimbang ingin melepaskan anaknya yang daratseperti rusa masuk kampung.

Dulu tidaklah begitu baik dengan Humaira. Namun memikirkanbarang-barang yang hendak dibawa serta lutunya yang semakin terasa sakitdigagahkan juga ke sana dan ke sini. Pasar Rusila di Marang, hampir 20 minit dariMerchang. Sebuah pasar yang dipenuhi bazar-bazar jualan sejak berpuluh tahundulu. Entah, mungkin sebelum merdeka. Setiap pagi Jumaat hingga hampirtengahari sebelum sembahyang Jumaat, akan diadakan kuliah atau ceramah agamaserta politik PAS terutamanya. Sangat menarik dan seronok. Ada yang membentangtikar, ada yang duduk berlapik selipar. Masjid sentiasa penuh. Di situlah akanNenek Melah bawa Humaira bersamanya.

Selepas subuh, Nenek sudah memanggil Humaira di rumah Mak. Humairasudah siap. Bermacam-macam yang dipesan agar pandai meenjaga diri. Humairasudah hilang kantuk. Terasa sangat teruja untuk sampai di tempat itu. Berbajukurung berbunga kecil-kecil. Tidak bertudung. Rambut lurus sudah tersisir rapi,masih basah. Air menitik di atas bahu baju. Duit dua ringgit Mak beri buatbekal. Sekiranya ada yang mahu dia beli nanti. Tersenyum gembira Humaira.

Biarlah hari ini dia berjalan bersama nenek. Kasihankan diri anakitu yang sudah lama tidak bermain menemankan Mak di rumah.

Rumah Tok Chik perlu 10 minit berjalan kaki. Di depan jalan besar. Dalamkelam subuh lagi mereka sudah menunggu di depan beranda Tok Chik. Rumahnya lagikecil berbanding rumah Mak dan Nenek. Berwarna hijau yang sudah pudar danterhakis.Agak lama. Suami Tok Chik sudah lama tiada kerana sakit jantung. TokChik berseorangan sahaja, tiada anak. Namun itu tidak menjadi penghalangbaginya. Mencari pendapatan sendiri. Berniaga minyak urut dan barangankain-kain batik dan pelikat. Untung tidaklah begitu besar. Namun Tok Chik gemarberniaga. Mengisi sisa-sisa hidupnya yang kian senja. Atau mungkin juga pergimencari ilmu akhirat di majlis-majlis tempat dia berniaga. Humaira masih kecil.Hubungan dengan Tok Chik tidaklah begitu rapat kerana Tok Chik tinggal agakjauh di seberang jalan besar. Mak pasti tidak membenarkan, apatah lagi untukselalu melawat. Mak tidak suka anaknya pergi duduk di rumah orang walaupundengan nenek sendiri. Bimbang anaknya akan meminta-minta. Menyusahkan atau buatorang lain sakit hati. Budak kecil. Banyak ulah, ramai yang tidak sukalagi-lagi orang susah seperti Mak Senah sekeluarga. Tidak dibiarkan meskipunkaum kerabat sendiri. Dari kecil sehingga kini, anak-anak Mak Senah tiada yangsuka bertandang lama di rumah orang, kecuali di depan halaman Nyang Putih.

Tok Chik membuka pintu tinggi dua keping. Tidak begitu lebar.Selebar pintu moden sekarang, tetapi dibuat dua keping. Cat sudahberkuping-kuping. Hijau muda. Kebanyakan rumah bewarna hijau pada zaman itu.Fanatik dengan parti Islam yang terbawa-bawa ideologi sehingga ke anak cucucicit. “Masuklah Melah wey, aku duk semayang takdi, sakit peruk tu yang lamabaksikit buke pitu ke mung. Nenek Melah hanya mengangguk tersenyum. Masuk dahuludijamu dengan biskut kering dan air teh o panas. Subuh masih panjang. Humaira dengantudung yang agak senget hanya mengikut minum air the o. Masih panas bersap.Diambil piring dituang berhati-hati. Dihirup. Dia ambil biskut kering sekeping.Dipatah dua lalu makan. Alhamdulillah. Ada makanan masuk ke perut. Mata Humairahanya memerhati Tok Chik yang sedang bersiap. Baju kurung kain nylon kerasberwarna hijau muda disarungkan ke tubuh. Tok Chik begitu sopan sekali. Setiapperilaku dan bahasa lembut di telinga. Tudung labuh kelabu menjadi penutupkepala. Jarum peniti dicucuk di tepi kepala. Humaira kebingungan. “Dok sakit kepale Tok Chik Mok? Yer cocok jarung masuk dalang pale. Daroh dok Mok?? Humairakepelikan dan seriau memikirkan Tok Chik dengan batang jarum. Nenek Melah hanyatersenyum. Kelakar difikirkan pada masa itu. Padahal jarum hanya disematsetelah tudung dilipat bagi mengemaskan sisi muka tudung.

Giliran Tok Chik mengambil sarapan. Kelihatan satu balang nescafelama, tudung hitam plastik beserta balang kaca. Kelihatan seperti sejenisrempah ratus. Bunga cengkih, diambil tiga biji, Tok Chik mamah dan kemam.Humaira mencuba juga. Ekkk. Terjuih mulut menahan pedas. “Ni bunge cekeh nimoleh wak wongi muluk. Sego napah ni. Sedak tekok.” Tok Chik memberitahu.Nenek Melah ambil juga, satu sahaja. Dia tidak biasa kerana sudah lama memakaigigi palsu. Usai makan biskut dua keping, Tok Chik habiskan air secawan. Sedangelok, kedengaran hon tiga kali di luar. Prebet sapu sudah sampai. Humairakembali excited.

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh