Home Novel Seram/Misteri MEREMANG
Sinopsis
Mohd Azriq dihantui bayangan dan suara-suara aneh semasa hayatnya menyebabkan dia menjadi separuh sasau. Keadaannya tidak terurus sehingga menyebabkan dia meninggal dunia dalam keadaan yang mengerikan.

Kematian tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan permulaan satu titik hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Azriq, Zamia mula mengalami kejadian-kejadian pelik yang menghantui alam lena dan jaganya. Dia bertindak melarikan diri ke banglo biru yang terletak di Terengganu untuk menenangkan perasaannya yang terseksa. Dan pada waktu yang sama, bayangan ngeri Azriq terus-menerus melemaskan Zamia.


Namun, kakak iparnya turut terkena tempias selepas berkahwin dengan abangnya, Danish Faqhim. Dia sering diganggu oleh suara-suara yang menggerunkan. Dia boleh menghidu kehadiran 'mereka' setiapkali bulu romanya meremang hebat.

Kehadiran Mak Tam dan Imriz menceriakan Zamia sepanjang dia berada di banglo itu. Dia dan Mak Tam selalu berkongsi cerita dan rapat seperti anak-beranak kandung. Namun, di sebalik keceriaan itu terselit sejuta rahsia dan ia mula terbongkar sedikit demi sedikit...
Previous: Detik kedua

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ninie Othman