Detik kelima belas.
Mak
Tam sudah tercongok di situ seawal jam tujuh pagi. Bunyi motosikal cabuknya
memecah keheningan pagi itu.
“Banyaknya
sayur..” Zamia membelek sayur-sayuran dalam bakul rotan yang dibawa oleh Mak
Tam.
“Kalau
nak sihat, kenalah makan banyak sayur.” Ujar Mak Tam. Zamia hanya tersenyum.
“Lena
tidur malam tadi?” Tanya Mak Tam. Tangannya ligat memotong sawi.
Zamia
mendekati Mak Tam dan memerhatikan kelincahan orang tua itu menyediakan sarapan
pagi.
“Alhamdulillah,
lena..” Balasnya perlahan. Mak Tam tersengih.
“Baguslah
tu. Mak Tam bukan apa, bimbang dengan Mia sorang-sorang kat sini. Dahlah Mia ni
cantik..” Wanita itu mengomel.
Zamia
berlalu ke peti sejuk dan memilih beberapa ekor ikan selayang untuk digoreng. “Takde
apalah Mak Tam. Mia boleh jaga diri sendiri.”
Mak
Tam berpaling ke belakang.
“Mak
Tam dengar tunang Mia dah meninggal?” Soalnya secara tiba-tiba.
Zamia
terkedu. Ikan selayang yang sedang dikelar hampir terjatuh ke atas lantai.
Pasti Imriz yang telah memberitahu Mak Tam tentang Azriq.
“Ye..”
Balas Zamia dengan suara yang bergetar.
“Dia
kemalangan ke?” Soal Mak Tam lagi.
Zamia
mengetap bibir, hatinya bagai disiat-siat dengan sembilu. Pedih menyucuk-nyucuk
sanubarinya. Akhirnya dia mengangguk perlahan.
“Sabarlah
Mia, Allah lebih sayangkan dia.. Mia yang masih hidup ni kena teruskan hidup…”
Nasihat Mak Tam sambil menggosok perlahan belakang Zamia. Zamia mengangguk
walaupun hatinya sedih bukan kepalang.
“Biar
Mak Tam yang goreng ikan tu. Mia pergilah berehat.” Usul Mak Tam.
“Boleh
Mia tanya sesuatu?” Zamia bertanya setelah agak lama membatu di situ. Mak Tam memandang
tepat ke arah Zamia tanpa memberi apa-apa reaksi.
“Pokok
besar kat belakang banglo ni, Mak Tam tau berapa umur dia?” Zamia mengintai di
balik tirai dapur. Pokok gergasi itu direnung tidak berkelip. Mak Tam turut memandang
pokok tersebut. Air mukanya berubah serta-merta.
“Dah
lama pokok tu. Mak Tam tak pastilah pulak berapa umur dia, tapi pokok tu dah
ada kat situ sejak Mak Tam kecil lagi.” Mak Tam membalas selamba. Dia kembali
menyambung kerja memasaknya.
“Pokok
tu tak membahayakan orang ke Mak Tam? Saya rasa baik ditebang aje.”
Cadangan
Zamia itu mengundang rasa tidak senang di hati Mak Tam. Gadis itu tidak sepatutnya
memberi cadangan bodoh seperti itu. Mulut cabul jangan sekali!
“Tak
boleh!” Tegas orang tua itu. Zamia tersentak. Wajah bengis Mak Tam membuatkan
hatinya berdebar-debar.
“Kenapa
tak boleh?” Sengaja dia menguji Mak Tam.
Mak
Tam mendengus marah, dia bergegas duduk lalu meneguk segelas air kosong dengan
rakus. Zamia sekadar mematungkan diri sambil memerhatikan gerak-geri Mak Tam dengan
penuh minat.
“Pokok
tu peninggalan arwah tok aki dan tok wan kamu. Takde sesiapapun yang boleh
tebang pokok tu.” Keras sahaja suara Mak Tam menjentik gegendang telinga Zamia.
“Tapi
saya bimbangkan keselamatan orang yang lalu-lalang kat bawah pokok tu Mak Tam.
Dah banyak kes yang melibatkan pokok besar macam ni. Baik ditebang aje.”
Kata-kata
Zamia bagaikan halilintar pada pendengaran Mak Tam. Turun naik dadanya menahan
geram dengan kata-kata yang baru dilafazkan oleh gadis itu.
“Biarkan
aje pokok tu. Dia dah lama dekat situ.” Keras nada suaranya.
Zamia
mengangguk faham walaupun hatinya membantah keras kata-kata orang tua itu. Jangan
disebabkan pokok aneh itu, dia bertengkar dengan Mak Tam pula.
Takpelah
kalau macam tu..” Zamia membuka paip dan mencuci tangan yang berhabuk. Hatinya
tertanya-tanya tentang motif tok aki, tok wan dan Mak Tam memelihara pokok aneh
itu. Ada rahsiakah?
“Mia...”
Mak Tam memanggilnya. Zamia segera berpaling ke belakang dan tangannya
dibiarkan basah di bawah pancuran air paip.
“Lain
kali Mia jangan cakap macam tu lagi tau. Mia kena tolong jaga pokok tu.”
Nasihat Mak Tam terselit seribu makna.
“Kenapa?”
Gadis itu bertanya hairan. Mak Tam berdehem dua tiga kali. Air kosong diteguk rakus
lagi sekali, menitik-nitik jatuh dari bibir orang tua itu.
“Sebab
tok aki dengan tok wan dah amanatkan supaya anak cucu jaga pokok dan banglo
biru ni. Mia kena hormat pada pesanan diorang. Amanah tu.” Nasihat Mak Tam
lagi. Matanya tajam menjamah wajah Zamia.
“Uhmm..”
Hanya itu yang terlafaz dari mulut Zamia.
Mak
Tam bingkas bangun dan menyambung kerjanya yang terbengkalai. Sesekali tawa
orang tua itu berderai apabila menceritakan pengalamannya ketika bersama tok
aki dan tok wan semasa mereka masih hidup.
Zamia
pula lebih banyak membisu. Gerak-geri Mak Tam diperhatikan penuh minat. Pasti
ibu kepada Imriz ini mengetahui tentang sesuatu namun sengaja tidak mahu
menceritakan hal yang sebenarnya. Mengapa dia perlu memelihara pokok tersebut?
Dia pasti akan mencari jawapannya..
Ikan
selayang goreng, sawi goreng dan nasi putih menjadi menu utama untuk sarapan
pagi itu. Ringkas namun menyelerakan. Puas hati Mak Tam melihat Zamia menggemari
masakannya yang tidak seberapa itu.
“Umur
Mia berapa?” Mak Tam bertanya ketika keduanya duduk berehat di ruang tamu.
“23
tahun Mak Tam.” Balas Zamia.
“Imriz
25 tahun. Sesuai sangatlah tu..” Mak Tam berkata separuh berbisik namun cukup
jelas pada pendengaran Zamia. Gadis itu berasa tidak senang. Jangan-jangan Mak
Tam ada niat mahu menjodohkannya dengan abang Imriz tak?
“Anak
Mak Tam tu entah bilalah nak berbini. Mak Tam ni dah tak sabar-sabar nak sambut
menantu dengan timang cucu..” Orang tua itu mengeluh.
“In
shaa Allah kalau dah sampai jodoh abang Riz, adalah Mak Tam terima menantu
nanti.” Zamia cuba menenangkan perasaan wanita tersebut.
Bayu
laut bertiup dingin, berpusu-pusu memasuki pintu utama banglo biru yang
terbuka. Dingin menyentuh pipi Zamia dan Mak Tam yang sedang berbual di ruang
tamu.
“Kalau
boleh Mak Tam nak bermenantukan Mia.” Orang tua itu mengusik sambil
tersengih-sengih. Zamia terkelu. Dia dengan Imriz? Ah, tidak mungkin!
“Mak
Tam..Mia..” Serba-salah dia mahu menolak niat baik orang tua itu.
“Mak
Tam bergurau ajelah Mia. Mak Tam faham dengan keadaan Mia sekarang ni. Takpelah,
Mak Tam boleh tunggu.” Sayu sahaja suara Mak Tam. Zamia semakin serba-salah.
Hendak ditelan mati emak hendak diluah mati bapa.
“Terima
kasih Mak Tam..”
Seperti
biasa Mak Tam akan meminta diri untuk pulang ke rumah sebelum masuknya waktu
zuhur dan berjanji akan kembali ke situ selepas maghrib. Sibuk benar Mak Tam ke
hulu dan ke hilir dengan motosikal cabuknya.
Zamia
masih berdiri di muka pintu walaupun kelibat Mak Tam sudah lama menghilang pergi.
Dia memikirkan niat Mak Tam yang ingin mengambilnya sebagai menantu. “Pening pening!..”
Dia
beredar ke dapur tanpa menutup pintu utama yang terbuka. Lauk-pauk yang terhidang
di atas meja makan dipandang sepi. Jendela dapur yang terbuka cepat-cepat
ditutup.
Kuala
Lumpur.
Danish
duduk berteleku di bilik pejabatnya. Otaknya berputar ligat memikirkan Zamia.
Mahu sahaja dia bertolak ke Terengganu dan mengambil adiknya itu pulang ke
Kuala Lumpur. Semakin hari semakin menjadi-jadi pula kerisauannya.
Pantas
sahaja lelaki itu menjawab panggilan telefon yang datangnya daripada Zamia. “Waalaikumsalam.
Mia okay ke kat sana? Kalau boleh hujung minggu ni abang nak datang ambil
Mia..”
Namun
cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Zamia.
“Abang
risaukan Mia...” Danish berjalan ke jendela. Panorama petang di kota
metropolitan itu sentiasa sibuk dengan penduduknya.
“Mia
okay je dekat sini. Kalau Mia nak balik KL, Mia akan inform abang.” Zamia cuba
meyakinkan abangnya. Danish melepaskan keluhan berat.
“Okay.
Dah makan?” Soalnya tiada mood.
“Dah.
Abang janganlah risau sangat. Mia suka tinggal kat sini. Ada masa abang datanglah
dengan kak Ain ye? Okaylah bang, Mia tak nak ganggu abang dekat ofis tu.
Assalamualaikum.” Zamia cepat-cepat mematikan talian. Khuatir jika abangnya
berkeras mahu mengambilnya pulang ke Kuala Lumpur.
Danish
mematikan talian dengan wajah gusar. Pantas dia mendail nombor telefon Imriz.
“Dia
okay, sihat Alhamdulillah aje Danny. Kau janganlah risau sangat.” Kata-kata Imriz
itu sedikit sebanyak melegakan Danish. Itu maknanya rakannya itu menjaga Zamia
di sana.
“Dialah
satu-satunya adik aku Riz. Perempuan pulak tu.”
“Aku
tau. Boss aku panggillah, nanti aku call kau balik. Assalamualaikum.” Imriz
mematikan talian dan bergegas pergi mendapatkan bossnya.
Tidak
kesampaian hajatnya mahu berbual panjang dengan rakan baiknya itu. Kebetulan lelaki
yang berlesung pipit itu sedang sibuk di pejabatnya. Danish berpeluk tubuh dan
membuang pandangannya ke langit petang.
Zamia
menghidupkan komputer ribanya untuk memeriksa status-status di akaun laman
sosial Azriq sekali lagi. Azriq yang pernah berkongsikan alamat e-mel dan kata
laluannya dengan Zamia memudahkan kerja gadis itu. Dia meneliti setiap status
yang pernah dikemaskini oleh Azriq sebelum dia meninggal dunia.