Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
270,630
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 1

BAB 1

Effa masih lagi leka memerhatikan kawasan sekeliling.

“Mana nak mulakan dulu ni ye?” Tanya Effa sendirian.

Dia membetulkan tali beg sandang belakangnya. Beg kosong yang hanya berisi sebotol air miniral itu beralun-alun mengikut lenggok tubuhnya. Effa melihat jam di tangannya.

“Isshhh… baru pukul 10.00 pagi! Dah panas semacam jek!” Rungut Effa.

“Hmmm… shopping punya pasal sanggup aje!” Katanya lagi sambil tersenyum.

Tiba-tiba telephone bimbitnya berbunyi.

“Aduhhh… sape pulak ni..! Kacau betullah… tak boleh tengok orang senang langsung!” Rungut Effa.

Effa lantas menjawab panggilan itu.

“Hello.. assalammualaikum..!” Effa menjawab.

“Wei… kau kat mana ni? Kau kata kau dah balik Malaysia.. aku singgah rumah kau.. ayah kau kata, kau pergi bercuti!” Tanya si pemanggil di hujung talian.

“Hello.. hantu! Cuba kau jawab salam aku dulu.. satu-satu nak Tanya pun.. hadoii… masih tak berubah macam dulu gak!” Marah Effa.

Terdengar ledakan tawa di hujung talian.

“Sorry…!” Jawab Emelda sambil ketawa.

“Ehh.. sudahlah! Aku tengah busy ni! I’ll call you later, okay!” Kata Effa.

“Wei.. nanti!! Hampeh..! Kau kat mana ni?” Jerit Emelda membuatkan Effa terpaksa menjauhkan telefonnya dari telinga.

“Aku kat Chatuchak!” Jawab Effa ringkas.

“Ha?? Kat mana tu?” Tanya Emelda pelik.

“Kat Bangkok ler sayang…!” Jawab Effa gelak-gelak.

What?? Buat apa kat sana?..” Tanya Emelda.

“Puan Emelda.. shopping ler.. apalagi..! Eh.. sudahlah.. nanti aku call kau. Aku tengah busy ni!”

Serentak itu Effa mematikan talian. Dia mendengus perlahan.

“Tak boleh nak senang langsung!” Rungutnya sendirian.

Effa memulakan langkah memasuki kawasan Pasar Minggu Chatuchak itu. Sebuah pasar minggu yang mempunyai tapak jualan dua hari seminggu (Sabtu dan Ahad) seluas 21 hektar yang menempatkan kira-kira 5000 gerai. Ia merupakan antara pasar terbesar di dunia.

“Huh… dah lama aku mengidam nak ke sini.. Akhirnya!!” Kata Effa sambil tersenyum.

Pasar Minggu Chatuchak adalah raja segala pasar yang menghimpunkan peniaga-peniaga yang datang dari seluruh pelosok bumi Thailand. Jumlah pelawat dengar khabarnya mencecah sehingga 200,000 orang pada setiap minggu!

Effa semakin pening dan bingung. Tidak tahu mana hendak dimulakan dahulu. Mana tidaknya, Chatuchak yang dibahagikan kepada lebih 25 bahagian utama menempatkan gerai jualan pakaian, kraftangan, buku, tumbuh-tumbuhan, perabot, hiasan rumah, barangan antik, haiwan peliharaan dan galeri seni.

Effa menyedari dengan meredah masuk ke 'lautan gerai' tanpa peta pasar adalah kesilapan yang terpaksa diakuinya. Sepatutnya sebelum memasuki lorong-lorong di bazar itu dia perlu mendapatkan maklumat di kaunter pelancong terlebih dahulu untuk mengatur perjalanan dengan lebih teratur.

“Huh.. pandai sangat..!” Rengusnya sendirian.

Akhirnya, tanpa mengetahui pembahagian jenis-jenis perniagaan, Effa meneruskan langkahnya mengikut rentak kaki dan pandangan mata. Untuk tidak tersesat lebih jauh perjalanan hanya dilakukan melalui gerai-gerai yang terletak di bahagian pinggir pasar. Walaupun peluang untuk mendapatkan barang-barang yang dicari agak tipis dengan cara itu, kemeriahan di lorong sempit yang penuh dengan pengunjung itu sebenarnya tidak mengecewakan kunjungan Effa ke situ.

Pasar Minggu Chatuchak menawarkan peluang membeli-belah yang pasti memuaskan nafsu membeli setiap pelawat. Kepelbagaian pilihan barang, harga yang murah dan kemesraan peniaga adalah pengalaman melancong yang pasti kekal di ingatan. Daripada hiasan yang berharga kurang daripada 10 baht (RM1) sehinggalah ukiran-ukiran kayu berharga puluhan ribu ringgit.

Chatuchak juga menempatkan galeri seni lukis yang menjadi tempat pelukis tempatan bersaing untuk menghasilkan karya terbaik. Selain itu beberapa gerai menjual buku-buku lama juga antara yang banyak menarik perhatian pelancong asing . Di Chatuchak juga ada banyak gerai peniaga Islam yang menawarkan pelbagai pilihan cita rasa.

Dek terlalu ghairah berbelanja sakan, masa di situ dirasakan Effa seperti terlalu singkat. Perjalanan berterusan sehingga beberapa jam sehinggalah Effa menyedari bekalan air di dalam botol minuman sudah kehabisan.

“Mak Oii… panasnya!! Ya Rabbi…! Dah pukul 2 petang. Patut ler macam rasa dah rentung ni!” Kata Effa sambil memandang jam di tangannya.

“Hmm… balik dululah… petang nanti sambung lagi..!” Sambung Effa lagi.

Tanpa berlengah lagi, Effa terus ke stesen perkhidmatan MRT di mana mengambil masa hanya lima minit perjalanan ke Stesen Kamphaengphet. Dari situ, Effa akan membuat pertukaran dengan keretapi BTS ke pusat Bandar Bangkok. Kos tambang menaiki MRT lebih kurang RM4.

Effa hanya menyewa hotel bajet di mana jika di Malaysia ianya setaraf dengan hotel 2 atau 3 bintang. Tujuannya ke Bangkok bukan untuk bercuti dan merehatkan badan tetapi untuk membeli-belah. Untuk itu, adalah rugi jika duit dibazirkan untuk menyewa hotel yang mahal sedangkan Effa hanya perlukan hotel untuk tidur sahaja.

Oleh kerana hotel penginapannya betul-betul mengadap kompleks membeli-belah yang terbesar di Bangkok iaitu Mah Boon Krong atau singkatannya MBK, Effa tidak perlu tergesa-gesa untuk memulakan “operasi membeli-belah” untuk seterusnya.

“Hmm… malam nantilah…!” Kata Effa lagi ketika dia memandang bangunan MBK itu dari tingkap hotel.

Ketika selesai sahaja Effa menghabiskan salam yang terakhir solat Zohornya, telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Effa segera mendapatkan telefon bimbitnya kerana dia tahu siapa sipemanggilnya.

“Assalammualaikum…!” Kali ini sipemanggil itu memulakan salam.

“Waalaikummussalam…. Ha..Cik Puan Emelda.. kau tengah buat apa tu?” Jawab Effa sekaligus terus bertanya Emelda.

“Aku baru sahaja hantar anak aku si Natasha ke kelas tuisyen. Hmm… kau kat mana tu?” Jawab Emelda.

Effa membuka telekungnya dan terus merebahkan dirinya ke atas katil.

“Aku kat hotel ni. Baru je balik..” Jawab Effa.

“Seronok shopping? Berapa kilo beg kau perabis duit?” Tanya Emelda sambil ketawa.

“Eh… sapa yang tak seronok shopping? Mestilah seronok..! Adalah nak dekat 10kg!” Jawab Effa dalam tawanya.

“Mak Oii! Kau ni lepas gian ke apa? Baru satu hari kat Bangkok kan? Lagi berapa hari kau nak stay kat sana tu?” Tanya Emelda.

“Hari Isnin, aku check-outlah! Hmm… memang lepas gianlah ni! Dah lama aku tak gi shopping mana-mana kau tau..!”

Terdengar Emelda ketawa kuat di hujung talian.

“Apasal kau ketawa?” Tanya Effa. Dia terbangun namun kemudian terbaring semula.

“Selama kau kat University of Havardtu.. takkan tak ada langsung kau pergi bershopping? Kau carik kat Bangkok tu.. apa kelas?” Tanya Emelda dalam sisa tawanya.

“Kau gila aku nak bershoppingdalam pound sterling? Setakat tengok tempat-tempat menarik dan beli cenderahati tu.. adalah..! Lagipun.. aku nak buat benda-benda yang aku nak buat dari dulu sebelum aku mulakan tesis aku ni..!” Jawab Effa.

“Kau ni memang pelik lah!..” Kata Emelda.

“Apa yang peliknya?” Tanya Effa pula.

Terdengar keluhan berat di pihak Emelda.

“Orang kalau pergi shopping.. bawak kawan ke.. boy friend ke.. tak pun.. sugar daddy ke.. Ini yang dok syok sendiri gi shopping sorang-sorang apa kes? Tu laa.. suruh kahwin tak nak! Tak habis-habis nak study lagi. Kau tengok aku ni.. dah lima orang anak dah..!” Emelda mula membebel.

“Hello Mak Cik..! Kalau kau telefon aku semata-mata nak membebel macam mak nenek ni.. baik kau stop sekarang!” Kata Effa dalam nada keras.

Terdengar Emelda ketawa terkekek-kekek. Effa mula geram. Kalau dibiarkan makin melarat nenek kebayan ni! Rungut Effa.

“Eleh.. janganlah marah..! Okay… aku nak kau tengok email kau sekarang!” Arah Emelda.

“Apasal pulak? Alah… malam nantilah..! Jap lagi aku nak ke MBK dan Pratunam pulak…” Jawab Effa.

“Amboii…! Macam tak ada hari esok…! Sudah-sudahlah tu dengan kau punya shopping. Esok sambung lah Mak Cik! Ehh.. okaylah.. nanti kau jangan lupa tengok tau.. aku tunggu jawapan kau!” Kata Emelda dan terus mematikan talian.

Effa mendengus. Dia mencampakkan telefon bimbitnya ke tepi katil. Memikirkan Emelda, dia menggelengkan kepalanya.

“Mel..Mel.. tak berubah-ubah dari zaman sekolah dulu! Kecoh…!” Kata Effa sendirian.

Tiba-tiba perasaan rindunya kepada teman-teman lama sewaktu zaman persekolahan mula mengundang. Indahnya saat itu…! Effa mencongak-congak sendiri.

“Wow..dah 13 tahun rupanya aku meninggalkan zaman persekolahanku! Lamanya tu..! Ehh… ye tak yee jugak… umur aku pun dah masuk 30 tahun! Si Emelda.. dah lima orang anak dah…! Aku je yang masih begini….!” Effa berkata-kata lagi.

Dia merenung jalan yang sesak di kota Bangkok itu dari tingkap hotelnya. Walaupun jalan sesak namun keadaannya tidaklah bising dan hingar-bingar. Deretan kereta kelihatan tersusun dan tidak ada pintas-memintas sesama mereka. Jika adapun, kenderaan tut-tut yang menyusuri laluan deretan kereta di sepanjang jalan. Namun masih lagi berhemah.

Berbanding dengan Malaysia. Jalan sesak sikit sudah hon sana, hon sini. Itu belum lagi maki hamun dari pemandu yang tidak sabar.Begitulah bezanya rakyat Malaysia dengan rakyat di Negara-negara luar yang dilawatinya. Terlalu banyak bezanya. Bukan Effa ingin merendahkan rakyat senegaranya tetapi memang telah terbukti tahap pemikiran mereka memang berbeza.

Effa mengeluh lagi. Sebenarnya, dia sepatutnya pulang ke Malaysia minggu lalu setelah selesai peperiksaan semester akhirnya di Universiti Havard. Bagi menyempurnakan PhDnya, Effa dijadualkan menyiapkan tesisnya di Malaysia.

Namun, tiba-tiba Effa teringat ingin membeli-belah di Bangkok dahulu sebelum kembali semula ke tanahair. Justeru itu, Effa menghubungi ayahnya memaklumkan perancangannya. Pada mulanya, Ayahnya tidak bersetuju dengan perancangan Effa.

“Apa yang dikejar sangat Bangkok tu? Baliklah dulu ke Malaysia nihh.. Lagipun, Adik dah lama tak balik sini…” Tegur Ayah Effa ketika Effa menghubungi Ayahnya minggu lepas.

“Alah Ayah… Please…! Esok-esok.. dah sampai Malaysia.. Adik tak tau.. bila Adik free nak pergi jalan-jalan macam nii.. Please…!!” Rayu Effa dengan nada manja.

Abdullah Said yang memang sudah masak dengan perangai keras kepala Effa, anaknya itu akhirnya mengalah dengan syarat Effa mesti kembali ke Malaysia dalam masa tiga hari. Maka peluang sebegini tidak akan Effa sia-siakan begitu sahaja kerana sememangnya sudah lama dia ingin melawati Bangkok seperti yang diceritakan oleh teman-temannya.

Justeru itu, Effa tidak kisah melawati Bangkok seorang diri kerana selama ini pun, dia melawati Negara-negara luar juga berseorangan.

“Ah.. aku nak habiskan masaku ini dengan bershopping dulu sebelum aku memulakan tesis aku. Lepas ni.. entah bila lagi aku nak enjoy sakan sorang-sorang begini…!” Kata Effa sambil tersenyum.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.