Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
271,222
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 36

BAB 36

Menantimu di dalam keheningan…
ku terbuai dalam dakapan malam..
hangat.. lewat saat manis itu

Ku jelajahi mimpi yang tak bertepi..
walau tanpa dirimu di sisi..
aku akan tetap bertahan..
menahan rasa rindu yang mencengkam..

Akan kubawa rindu ini
menghiasi dan mewarnai di setiap hariku..

Azlan menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Dia mengetuk-ngetuk pen yang dipegangnya itu. Lantas dikoyakkannya kertas A4 itu sehingga menjadi cebisan kecil. Lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah.

“Apa kena dengan aku ni? Dah buang tebiat agaknya! Bukan ke aku kena buat draf analsis untuk kes penculikan kat Johor tu.. Yang aku buat sajak ni,. Apa hal?!” Marah Azlan dengan dirinya.

Lain yang difikirkannya, lain pula yang ditulisnya! Teruk masalah aku ni..! Azlan mengeluh lagi. Sejak kejadian itu, tumpuannya kepada kerja terganggu dan dia tidak dapat memikirkan sepenuhnya secara rasional bagaimana mahu menyelesaikan masalah kes-kes yang dihadapinya. Bukan apa, masalah peribadinya itu pun sudah cukup membuatkan dirinya huru-hara dan kadangkala bertindak di luar kesedaran. Sila-silap, boleh jadi gila..!

Dan kalau benar dia disahkan gila, bolehlah dia menjadi pesakit Effa.. Effa..! Menyebut namanya sahaja, Azlan sudah terasa rindu. Sudah seminggu tidak menatap wajah dan senyumannya. Malah suaranya juga..

Sejak hari di mana Azlan berterus-terang dengan Effa tentang apa yang berlaku pada dirinya, Effa mula menjauhkan diri. Azlan dapat merasakan, Effa amat sukar menerima kenyataan ini. Biar Effa mengatakan yang dia masih menyintai Azlan walaupun Azlan akan mengahwini Surya tidak lama lagi, namun Azlan tahu bagaimana remuknya hati Effa menerima kenyataan ini.

Sukar untuk Azlan memujuk hati Effa sedangkan dalam masa yang sama, Azlan juga berperang dengan perasaan marah, geram dan macam-macam lagi yang ada dalam dirinya. Pening dia memikirkan jalan penyelesaiannya. Banyak tanda Tanya yang bermain di fikirannya di kala ini.

Terutamanya tentang kes lelaki misteri yang mencederakan Surya. Selepas kejadian itu, Surya mengatakan yang kesnya masih lagi dalam siasatan polis.

Sebagai pegawai polis yang berpengalaman, merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, tanpa pengetahuan Surya, Azlan telah membuat siasatan berasingan tentang kes Surya itu. Azlan juga telah menghubungi semula doctor yang bertugas yang telah memeriksa Surya pada malam kejadian itu. Buat masa ini, Azlan hanya menunggu laporan penuh dari doctor itu sahaja. Jika terbukti benar apa yang difikirkannya selepas mendapat keputusan laporan itu, tahulah bagaimana Azlan ingin membuat perkiraan dengan Surya.

Sejak menyedari pandangan sinis dan mengejek dari Surya pada malam kejadian itu, hati Azlan kuat mengatakan bahawa Surya mempunyai sesuatu agenda yang tersembunyi. Azlan benar-benar pasti.

Azlan berdoa dan amat berharap semoga dia dapat merungkaikan agenda tersembunyi itu sebelum tarikh pernikahannya dengan Surya. Sebelum dia melafaz dan melakarkan sejarah dalam hidupnya bahawa Surya adalah isterinya dan bukannya Effa seperti yang diimpikannya.

Di waktu yang sama, sahabatnya Meor berterusan membuat panggilan dan kadangkala menghantar pesanan ringkas mengingatkan tentang tarikh pernikahannya dengan Surya seperti yang dirancangkan. Sempat pula Meor mengugut akan menjatuhkan nama baik Azlan dan menghancurkan kerjaya Azlan.

Hilang sudah kemesraan persahabatan di antara mereka berdua. Azlan tidak Nampak lagi karisma Meor sebagai seorang akauntan yang diseganinya dan mesranya Meor sebagai sahabat baiknya. Pada pandangan matanya kini, Meor kini tidak ubah seperti musuhnya atau penjenayah dalam kes-kes yang ditanganinya. Azlan juga tidak faham mengapa Meor berkelakuan begitu. Perubahan mendadak sahabatnya itu benar-benar memberikan lagi tekanan dalam dirinya.

Mujurlah hanya ibunya sahaja yang dapat memahami perasaan dan hatinya di saat itu. Kepada ibunya, segala-gala tentang Effa dan Surya diceritakannya. Begitu juga dengan kakak-kakakhnya yang begitu memahami Azlan.

“Mungkin benar kata Effa tu Lan.. Kamu berdua sedang diuji. Bermuhasabah dan mintak petunjuk dari Allah. Solatlah nak..! Moga-moga Allah akan tunjukkan jalannya. Adalah sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada kita.. Ibu doakan yang terbaik buat anak Ibu ni… Ibu percaya, anak Ibu ini kuat.. dan boleh membuat keputusan yang bijak. Jika tiada lagi jalan lain untuk selesaikan masalah ini.. harungi sajalah dengan tawakal dan redha dengan semua ini. Ibu akan sentiasa di sisi anak Ibu ini walau apa keadaan sekalipun…”

Begitu tulus sekali pesanan dan doa Ibu Azlan. Berjurai-jurai air mata Azlan kerana terharu dengan kata-kata ibunya itu. Hatinya lapang dan yakin, berkat doa dan restu ibunya,

Azlan tidak akan gentar mengharungi segala dugaan yang diterima biar perit dan pedih terpaksa dia tanggung. Azlan pasti… biar berapa lama sekalipun dia harus menunggu, suatu hari Effa pasti akan menjadi miliknya juga.

“Tuan..! Tuan Azlan!” Panggil Inspektor Azam yang sudah berdiri tegak di hadapan Azlan.

Azlan tersentak. Dia memandang Inspektor Azam. Terus dia menepuk dahinya sambil mengeluh kuat.

“Masyaallah…!” Keluh Azlan.

“Tuan Azlan…! Tuan okay tak ni?” Tanya Inspektor Azam.

“Err.. apahal agaknya awak ke sini ye?” Tanya Azlan dalam kebingungan.

“Laa… kan Tuan nak buat discussion pasal draft strategi kita untuk kes penculikan di Johor tu. Team kita dah lama tunggu kat bilik meeting. Tuan okay tak ni? Tuan sihat?” Tanya Inspektor Azam perihatin.

Azlan kembali tersentak. Dipandangnya kertas kosong di atas meja yang tidak bertulis. Azlan menggelengkan kepalanya lagi. Serentak itu, Azlan terus bangun sambil berkata perlahan;

“Saya okay. Sudahlah, mari kita ke bilik meeting, dah lambat dah ni!”

“Baik Tuan!” Sambut Inspektor Azam sambil memberi tunduk hormat.

Azlan melangkah dengan tenang. Dia menarik nafas sambil cuba membuang segala masalah yang membelengu dirinya sejak kebelakangan ini. Azlan tidak mahu mencampur adukkan masalah peribadinya dengan urusan kerjanya.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, Azlan tidak akan sesekali meninggalkan masalah kes yang dikendalikannya tanpa penyelesaian. Itu amanah yang telah diikrarkannya untuk dipikul. Tambahan pula, Azlan sememangnya menyintai kerjayanya itu.

Azlan merasa bersalah, kecewa dan terkilan kerana tidak dapat menumpukan sepenuhnya tumpuannya ke atas kes yang dikendalikannya itu. Dia sedar betapa pentingnya peranannya di dalam kes ini. Azlan dipertanggungjawabkan untuk merangka dan menganalisis strategy dalam melepaskan mangsa penculikan yang dipercayai berada di sekitar kawasan negeri Johor.

Masih lagi Azlan teringat bagaimana penculik berkenaan telah menghantar rakaman video kepada pihak polis dengan cara mengugut mangsa penculikan itu dengan menggunakan senjata api seperti pistol dan M16. Sakit hati Azlan melihat rakaman video yang telah dihantar melalui email itu. Penculik itu seolah-olah seperti mencabar pihak polis dengan cara kekerasan.

Dalam waktu yang sama, Azlan sebenarnya telah mengarahkan pasukan polis komando supaya bersiap-sedia di Johor untuk melakukan serangan terhadap penculik itu kerana dikhuatiri keselamatan mangsa berada di dalam tahap bahaya. Apatah lagi, penculik telah mengugut dengan menggunakan senjata api.

Mangsa difahamkan merupakan seorang wakil rakyat berbangsa cina di kawasan Kepong dan dipercayai telah diculik dan dilarikan ke Johor. Melalui maklumat dari syarikat telekomunikasi, pihak mereka telah berjaya mengesan lokasi sipenculik melaui isyarat telefon bimbit penculik yang ketika itu telah berada di negeri Johor.

“Saya mahu team kita dan team di Johor sentiasa berhubung dari semasa ke semasa agar tidak ada masalah komunikasi antara sesama kita. Saya percaya.. penculik itu akan menghubungi kita tak lama lagi untuk mendapatkan wang tebusan. Saya pasti, penculik itu tidak akan membunuh mangsa selagi wang tebusan tidak ada di tangan mereka.” Kata Azlan tegas mengingatkan anggota-anggotanya.

“Seperkara lagi.. saya nak ingatkan kepada semua.. kes ini adalah kes yang berprofil tinggi. So, semua pihak termasuk media semuanya sedang menunggu perkembangan terkini dari kita. Seboleh-bolehnya, buat masa ini.. tidak perlu didedahkan akan status kes ini. Saya tak mahu ada campurtangan pihak lain yang menganggu plan dan strategy kita.” Kata Azlan.

“Biar pihak media mengapi-apikan dan mensensasikan cerita yang ada.. Bagus juga dengan cerita-cerita sensasi mereka itu. Sekurang-kurangnya tumpuan orang ramai dan mungkin sipenculik akan beralih kepada cerita-cerita panas begitu dan dalam masa yang sama, kita teruskan strategy seperti yang dirancang..” Sambung Azlan lagi dengan semangat.

Azlan pasti sipenculik itu akan menghubungi pihak polis lagi untuk memberitahu jumlah wang tebusan yang sebenarnya dikehendaki. Dua hari lepas, sipenculik itu telah meminta Singapore Dollar Sepuluh juta sebagai jumlah tebusan. Namun pihak polis berpendapat permintaan sipenculik itu adalah tidak munasabah.

Mereka meminta penculik itu mengurangkan sedikit jumlah tersebut. Maka, terjadilah tawar-menawar dalam menentukan berapa jumlah wang tebusan yang dikehendaki. Akhirnya, sipenculik itu bersetuju akan menghubungi pihak polis semula untuk memberitahu jumlah yang muktamad.

Azlan menarik nafas panjang. Azlan sebenarnya begitu teruja dalam menyelesaikan kes ini. Dia telah meminta semua pihak bersiap sedia. Pihak syarikat telekomunikasi telah dimintanya bersiap sedia bila-bila masa sahaja sebaik sipenculik itu menghubungi pihak polis untuk menentukan dan mengenal pasti lokasi sebenar di manakah sipenculik itu berada.

Azlan amat berharap agar kes ini dapat diselesaikan dalam seberapa segera dengan jayanya. Dia tidak mahu orang ramai memberi persepsi negatif dan memandang rendah kredibiliti polis-polis Malaysia dalam menyelesaikan kes-kes berat dan berprofil tinggi ini.

Azlan sebenarnya mahu mengubah tanggapan orang ramai tentang imej-imej polis Malaysia yang semakin tercemar di mata rakyat akibat dari segelintir polis yang menjatuhkan dan memburukkan imej polis sejak kebelakangan ini.

Dia mahu membuktikan bahawa tidak semua polis-polis di Malaysia ini seburuk seperti yang disangkakan. Lebih-lebih lagi, peranan pihak media yang banyak memainkan peranan dalam memberi respons kepada orang ramai samada positif mahupun negative.

Begitu juga dengan tanggapan negative segelintir masyarakat yang menuduh polis kejam, mencabul hak asasi masyarakat malah ada juga di kalangan ketua atau wakil rakyat yang mencampurkan elemen politik dalam urusan keselamatan orang awam.

Namun yang peliknya, setelah begitu teruk mereka mengecam pihak polis, kepada polis juga mereka meminta pertolongan! Hakikat sebenarnya, mereka yang suka mengecam pihak polis ini walaupun mereka hanya di kalangan minority sahaja, mereka tidak memahami dan menghargai tugas-tugas murni seorang polis.

Bagi Azlan, selagi tidak kena dengan batang hidung mereka sendiri, selagi itu mereka akan terus mengecam, mengkritik apa sahaja yang negative tentang polis.

Dalam masa yang sama, Azlan merasa sedih juga kerana ada segelintir pegawai-pegawai polis muda yang tidak sepenuhnya menghayati dan mencintai kerjaya mereka sebagai polis.

Mereka tidak pernah mahu menghormati dan merasa bangga bila memakai baju seragam polis itu. Lebih menyedihkan, ada di kalangan mereka memilih kerjaya sebagai seorang polis kerana sudah tiada pilihan atau sebagai pilihan terakhir dalam mencari pekerjaan di pasaran sekarang ini. Amat sukar untuk mencari mereka yang benar-benar ikhlas dan cintakan kerjaya ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab.

Dalam Azlan leka duduk melayan fikirannya itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia melihat di skrin siapakah yang telah menelefonnya itu. Dr Parim? Azlan tertanya-tanya sendiri. Namun akhirnya, wajah Azlan berubah teruja apabila mula mengingati siapakah Dr Parim itu.

“Ya.. Doktor..! Apa yang perlu saya tahu?” Tanya Azlan berdebar-debar.

“Tuan Azlan ingin datang berjumpa sayakah atau… saya hanya beritahu melalui telefon sahaja?” Tanya Dr Parim.

“Err… saya rasa.. buat masa ini, saya tak boleh ke mana-mana sebab saya ada operasi penting ni. Kalau Doktor tak keberatan, kita cakap di sini sahajalah..” Kata Azlan.

“Okey.. kalau itu yang Tuan mahukan. Begini…..”

Dr Parim akhirnya menerangkan secara terperinci tentang apa yang telah ditemui. Azlan terus mendengar dengar tekun. Sekali-sekala wajahnya seperti orang terperanjat.

Sekali-sekala dia mengeluh dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada ketikanya pula, Azlan kelihatan seperti resah dan bimbang. Tentu ada sesuatu yang menarik yang telah diberitahu oleh Dr Parim itu.

Apa yang pasti, setelah lebih dua puluh minit, Azlan akhirnya menutup talian. Dia kelihatan termenung dan menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Aku perlu bertindak sekarang sebelum semuanya sudah terlambat!” Ucap Azlan seraya bangun dan beredar dari bilik pejabatnya itu dengan tergesa-gesa.

Namun, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia cuba menekan nombor orang yang ingin dihubunginya. Azlan akhirnya lega apabila talian dapat disambung dan suara orang yang ingin dihubunginya menjawab salamnya di talian.

“Sayang…! Lan ada kes tergempar ni. But I need you to attend this case too..!” Kata Azlan sedikit tegas. Dek terbiasa memanggil Effa dengan panggilan itu, amatlah sukar untuk dia menukarkannya walau pun atas urusan kerja.

“Kenapa? Serious ke?” Tanya Effa.

Masih lagi dalam keadaan terkejut dengan panggilan Azlan itu. Namun, bila memikirkan yang dia perlu professional dalam urusan kerja tanpa mencampur adukkan urusan peribadi, Effa sedikit tenang.

“Yap.. Very serious! Lan jemput Sayang kat rumah okay. Nanti Lan ceritakan..!” Jawab Azlan.

Tanpa menunggu jawapan dari Effa, Azlan terus mematikan talian. Dia perlu segera beredar untuk menjemput Effa di rumahnya. Harap-harap, tiada apa-apa halangan..! Doa Azlan di dalam hati.

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.