Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
271,131
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 14

BAB 14

Petang keesokan harinya lebih kurang pukul 1.45 petang, kereta Perdana V6 hitam kepunyaan Azlan tiba di perkarangan Glory Beach Resort itu. Azlan mencari tempat letak kereta dan akhirnya dia berjumpa di satu sudut, tidak jauh dari pagar masuk tadi.

Azlan masih berkira-kira mahu keluar kereta atau menunggu sahaja Surya di dalam kereta. Dia cuba mendail nombor telefon Surya tetapi tidak berangkat. Barangkali Surya sedang menguruskan “check-out” nya di kaunter. Akhirnya Azlan mengambil keputusan untuk menunggu Surya di dalam kereta sahaja.

“Mana pulak perginya minah ni..! Ni yang aku malas ni.. Tak pasal-pasal aku jadi supir minah ni pulak!” Rungut Azlan sendirian di dalam kereta.

“Salah aku jugak.. Aku yang gatal sibuk nak menolong dia!” Sambung Azlan lagi.

Tangannya masih lagi menekan nombor telefon Surya. Menunggu merupakan sesuatu perkara yang amat dibencinya.

Dalam dia merungut-rungut sendirian, ketika itulah Azlan seperti terkejut bila melihat seseorang yang seperti dikenalinya sedang membuka kereta Suzuki Swift bersebelahan dengan kereta Perdana V6 nya itu.

“Eh.. macamana perempuan ni.. ada kat sini pulak? Jangan-jangan.. dia pun joint dinner reunion Surya jugak tak?” Tanya Azlan sendirian di situ.

Dia masih lagi memerhatikan Effa yang sedang membuka pintu keretanya. Effa yang berbaju blaus ungu dan berseluar jeans putih serta bertudung bunga ungu juga kelihatan begitu anggun pada pandangan mata Azlan.

Wajah itulah yang selalu bermain di ruang khayalan dan fikiran Azlan walau pertemuan mereka itu sudah berlalu lebih kurang dua bulan yang lalu. Namun, ingatannya masih tidak dapat dihapuskan begitu sahaja. Azlan tidak tahu mengapa.

Baru sahaja Azlan ingin membuka pintu untuk menegur Effa tetapi niatnya terhenti apabila dia dapat melihat seorang pemuda sedang menghampiri Effa. Maka, Azlan terus sahaja diam di situ menyaksikan “drama” sebabak dari dalam keretanya.

Mujur cermin keretanya agak gelap dan ini memudahkan lagi Azlan berdiam di situ tanpa perlu risau orang luar memerhatikannya.

“Effa..! Tunggu sekejap…” Tegur Shameer.

Effa menoleh ke belakang. Bila dilihatnya Shameer mendekatinya, dia cuba tersenyum walau di hati kurang senang Shameer mengikutinya.

“Ada apa Shameer?” Tanya Effa sopan.

“Tak ada apa-apa… Effa dah nak balik dah ke?” Tanya Shameer.

“Hmm… ya Shameer. Ni tengah tunggu Emelda lah ni.. Err… ada apa sebenarnya Shameer?” Tanya Effa pula. Effa percaya Shameer ada suatu perkara yang ingin disampaikan kepadanya.

Shameer merenung Effa. Entah bila lagi dia dapat merenung dan memandang wajah yang mendamaikan itu dari dekat selepas ini. Fikir Shameer di dalam hati.

“Tak ada apa perkara penting yang nak saya katakan. Cuma… saya berharap.. kita tak terputus hubungan lagi selepas ini..” Kata Shameer.

“Insyaallah…!” Jawab Effa ringkas sambil tersenyum.

“Err… satu perkara lagi.. saya nak Effa tolong clarify..! Boleh?” Tanya Shameer.

“Nak clarify apa yee.. Shameer?” Tanya Effa.

“Saya nak tau… kenapa Effa lari dari saya? Saya cuba jejaki Effa lepas kita tamat sekolah. Tapi.. semua kengkawan tak tahu.. ke mana Effa pergi..” Tanya Shameer.

Effa menarik nafas panjang sambil memandang Shameer.

“Shameer… Effa minta maaf kalau selama ini Effa banyak menyusahkan dan buat salah kepada Shameer. Ya.. Effa mengaku.. masa sekolah dulu.. Effa sebenarnya bukanlah seikhlas hati menyayangi Shameer. Minta maaf banyak-banyak. Effa tau.. Shameer terluka.. Tapi.. niat Effa Cuma satu.. Effa nak lihat Shameer Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM ketika itu..”

“Effa sengaja menerima “cinta” Shameer kerana mahu jadikan diri Effa sebagai sumber inspirasi Shameer untuk Berjaya di dalam peperiksaan. Hasilnya… Shameer sendiri sudah Berjaya sekarang kan? Effa gembira kerana Shameer sudah bertemu jodoh dan sekarang sudah bahagia memiliki anak-anak yang comel kan.. Effa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Shameer..”

Melihatkan Shameer hanya diam mendengar penjelasan Effa, Effa meneruskan kata-katanya itu.

“Justeru itu.. Effa berharap… Shameer tidak akan lagi menyimpan apa-apa perasaan pun pada Effa.. Biarlah kita menjadi kawan sehingga akhir hayat.. Boleh kan Shameer?” Effa menerangkan dengan panjang lebar.

Shameer mengambil masa agak lama untuk berkata. Suasana ketika itu senyap dan sunyi. Hanya terdengar bunyi kicauan burung dan tiupan angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Dan akhirnya;

“Effa.. apa-apa pun.. terima kasih atas segala-galanya. I do appreciate what you have done to me.. Yaa.. our friendship remains forever. Semoga Effa bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai suatu hari nanti…! Okaylah… please keep in touch ya!” Kata Shameer.

Dia tidak menunggu lama. Habis sahaja ayatnya itu, Shameer terus pergi dari situ. Effa tidak terkata apa. Doanya agar Shameer menerima kenyataan dan hakikat bahawa mereka tiada jodoh.

Dalam waktu yang sama, Surya dan Emelda sedang berjalan beriringan menuju ke kereta Effa dan Azlan.

Melihat Surya sudah tiba sambil membawa beg pakaian yang agak besar, Azlan teragak-agak ingin keluar dari keretanya. Namun dia tidak mempunyai pilihan selain keluar dari keretanya dan berhadapan dengan gadis itu!

“Hai.. Abang!” Tegur Surya dalam nada manjanya apabila dia melihat Azlan keluar dari keretanya. Surya berlari-lari menuju ke arah Azlan.

Effa dan Emelda menoleh ke arah kereta sebelahnya untuk melihat siapakah lelaki yang dipanggil ‘abang’ itu. Demi terpandang muka Azlan, Effa terkejut bukan kepalang.

“Ehh.. bukankah ini.. mamat polis yang poyo tu?” Tanya Effa di dalam hati.

“Abang si Surya ke?” Effa tertanya-tanya sendiri.

Azlan masih berlagak selamba namun cuba melarikan pandangan dan wajahnya dari di”teliti” oleh Effa.

Surya yang sememangnya tidak berapa rapat dengan Effa itu cuba mengambil kesempatan untuk memperlihatkan “kemesraan”nya dengan Azlan di hadapan Effa dan Emelda. Inilah masanya dia menunjukkan “teman lelakinya” kepada Effa dan Emelda.

Surya segera memaut tangan Azlan. Azlan yang terkejut dengan tindakan berani Surya itu terkesima sebentar dan masih bingung-bingung diperlakukan begitu oleh Surya.

“Apahal pulak minah ni dok pegang-pegang aku nihh? Isshh… lemas betullah..!” Rungut Azlan di dalam hati. Bengang diperlakukan sesuka hati oleh Surya.

“Err… Effa.. kenalkan.. kawan I., Azlan!” Surya memperkenalkan Azlan kepada Effa dan Emelda dengan gaya manja dan mengada-ngadanya. Siap dilentok-lentokkan lagi kepalanya di bahu Azlan.

Azlan pula yang meremang bulu roma! Effa yang sedang memakai cermin mata hitam, membukanya. Dia merenung Azlan. Azlan pula cuba menundukkan wajahnya.

“Errr…” Belum sempat Effa ingin berkata lanjut, tiba-tiba Azlan berkata..

“Surya! Jom.. kita dah lambat ni..!”

Azlan terus melepaskan pautan Surya di lengannya. Dengan segera juga Azlan memasuki kereta. Tidak mahu berbalas renungan dan pandangan dengan Effa.

“Hmmm oklah Bang.. Ok yee., Effa.. Emelda.. jumpa lagi yee…!” Kata Surya sambil tergesa-gesa memasuki kereta. Riang hatinya bila Azlan segera mengajaknya pergi dari situ walau di dalam hati merasa agak kecil hati bila Azlan melepaskan pautannya dengan kasar.

Ketika kereta Azlan berlalu pergi, Effa masih lagi memikirkan tentang lelaki itu. “Hah.. betul lah..! Mamat tuhh.. ohhh… boyfriend Surya rupanya…” Kata Effa sendirian.

“Eeiii gediknya aku nengok..! Tak kuasa youuu..!” Ejek Emelda.

Effa masih lagi dalam “teka-teki”nya. Namun, Emelda pula seperti memikirkan sesuatu. Dia merenung Effa dan kemudian memandang kereta Azlan yang telah berlalu pergi.

“Eh Mak Cik..! Kau kenal ke pakwe si Surya tu? Aku tengok mamat tu pandang kau.. semacam je..! Tu sebab agaknya perempuan tu angkat kaki cepat-cepat! Takut kau kebas boyfriend dialah tu!!” Kata Emelda mengeluarkan kenyataan pedas dan berbisanya itu.

“Kau pun pandang pakwe si Surya tu pun macam kau kenal dia ajer…” Kata Emelda musykil dengan lagak ala-ala pengintip persendirian.

“Hisshhh.. kau ni.. tak habis-habis nak mengutuk orang. Dahlah.. jom kita balik.. !” Kata Effa.

“Alah.. cakap pun tak boleh!” Rungut Emelda.

Emelda memuncungkan bibirnya sambil membuka pintu di sebelah pemandu. Effa pula terus membuka pintu kereta bahagian pemandu. Malas dia mahu melayan bebelan Emelda.

Akhirnya, mereka pun pulang ke rumah dengan membawa segala kenangan indah yang terakam pada detik-detik sewaktu reunion malam tadi.

Namun… tanpa disedari.. dalam masa yang sama Effa dan Azlan sama-sama sedang memikirkan pertemuan secara tidak sengaja itu yang berlaku kepada mereka berdua…

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.