Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
270,628
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 31

BAB 31

Masih Effa ingat lagi ketika mula-mula dia melangkah kaki masuk ke pintu gerbang University of Harvard. Salah satu universiti yang termashyur di dunia dan menjadi idamannya sejak dari bangku sekolah lagi.

Tidak disangkanya, di sana Effa bertemu dengan pelajar senior, Yuslee yang sama-sama belajar ketika Effa di USM dahulu. Yuslee menyambung masternya dalam jurusan undang-undang dan telahpun berada di tahun akhir di universiti itu. Bersama Yusleelah Effa banyak menerima nasihat dan panduan mengenai pembelajaran di universiti itu serta budaya penuntut-penuntut di sana.

“Cara pembelajaran sini lebih flexibledaripada di Malaysia. Kita yang atur dan decide apa subjects yang nak diambil dan arrange masa sendiri. Selalunya memang universiti dah setkan apa-apa subject yang perlu diambil masa sophomore, junior or senior years. So kita arrangelah mana-mana subject nak ambil and ada subjectyang kena ambil dulu sebab dianya jadi prerequisite untuk subjectlain.” Terang Yuslee ketika Effa meminta pandangan Yuslee.

Gaya dan bahasanya pun sudah terikut-ikut dengan gaya percakapan orang London! Terherot-herot mulut Effa menggayakan cara Yuslee bercakap.. Melihat Effa yang hanya tekun mendengar (padahal, satu apa pun Effa tidak faham! Maklumlah, pelajar junior..!,) Yuslee segera menyambung;


Firstly sebelum register kena jumpa advisor di department., then he or she will advise subject apa untuk diambil. Thenkena tengok schedule of classes andtengok lecturermana yang ajar. Meaning..kena cari lecturer yang bagus and flexible. Usually lecturer yang bagus tu popular and class dia akan cepat penuh, so kena register cepat-cepat.”

Effa mengangguk tanda faham.

“Selalunya, ikut regulation imigration, kena jadi full time studentsmaksudnya..kena ambil not less than 18 credit hours/semester melainkan summer school. So kena ikutlah regulation tu. And most university di US ni kena ambil juga general studies seperti sports, arts, social studies. Usually subjects ni tak susah and senang nak score, so bolehlah naikkan CGPA.” Sambung Yuslee.

“Untuk graduate school pula, lagi flexible daripada undergraduate. Full timekena ambil 9 credit hours. Classes usually sebelah petang or malam untuk cater for part time student. Kalau first semester results okay means more than CGPA 3.0, boleh apply jagi graduate assistant and dapatlah duit. I dulu dapat jadi graduate assistant dari second semester and dapat USD5,000 persemester. Siapa nak bagi you..! Jadi graduate assistant ni senang aje iaitu jadi pembantu kepada lecturer seperti tanda kertas peperiksaan, mengajar class dia dan lain-lain lagi..!”

Begitu bersungguh-sungguh Yuslee menerangkan kepada Effa. Effa yang pada mulanya mula merasa bosan mendengar penerangan panjang lebar dari Yuslee (a.k.a.) mamat London celup ini mula merasakan pembelajaran di situ menjadi semakin menarik!

“Apasal you termenung ni? Faham ke tak ni?” Sergah Yuslee.

Effa tersengih sambil perlahan-lahan menggelengkan kepalanya tanda kurang faham. Berkerut dahi Yuslee merenung Effa.

I understand. Biasalah, mula-mula memang macam tu.. Later, you will find that you will be happy study here..!” Kata Yuslee memberi semangat. Effa tersenyum.

Ketika itu, tiba-tiba datang seorang pemuda Inggeris yang tinggi lampai menghampiri mereka berdua. Effa merenung pemuda Inggeris itu. Namun ketika matanya bertembung pandangan dengan mata pemuda itu, barulah Effa menyedari bahawa begitu kacaknya lelaki Inggeris itu! Orangnya tinggi lampai dan berbadan tegap. Wajahnya sekali pandang macam Jason Statham, hero filem ‘Transporter’ lah pulak!

Berderau darah Effa bila pemuda itu tidak lepas-lepas memandang sambil tersenyum kepada Effa walau ketika itu, Yuslee sedang berkata sesuatu kepadanya. Effa cuba berlagak tenang ketika Yuslee memperkenalkan pemuda itu kepadanya.

“Effa.. meet my roommate, Edward Lucas from Cardiff, England. He is takingbachelor's degree in medicine. Edward, this is my junior from Malaysia, Effa.” Yuslee memperkenalkan Edward kepada Effa.

Itulah detik permulaan perkenalan Effa dengan pemuda Inggeris itu. Selepas itu, persahabatan mereka menjadi erat. Di mana ada kelapangan sahaja, Edward pasti menemui Effa. Bagi Effa, dia merasa selesa berkawan dengan Edward yang terlalu sporting dan memahami serta menghormati dirinya sebagai sahabat walaupun berlainan bangsa dan agama.

Seperti apa yang pernah Edward ceritakan kepada Effa dahulu mengenai persahabatannya dengan kawan-kawan yang beragama Islam;

For me my friends are a part of my family. I trust my true friends as much as I just my closet family member. A true friend would do anything to save your life.”

Edward terdiam seketika. Barangkali cuba mengingati kisah lalu. Effa pula menjadi pendengar setia. Menanti dengan penuh sabar apakah lagi sambungan cerita Edward.

“ I have experienced when I was 13 years old. My family and I were in Bahamas for our summer vacations along with our very old family friends from Canada. This family used to live in Pakistan but later on settled in Canada. Their youngest son Hassan and I had been together since we both were born. Our family’s had made our relationship so strong that we were more like brothers than friends. I had always trusted him because he was the only one of my age whom I used to associate with quiet often. That particular summer I had met him after two years and we were both extremely excited to see a drastic change in our personalities. Even though our personalities differed from one another we realized that our friend has had no effect. We got along the same way we used to when me were not mature…”

Begitu ceritanya kepada Effa. Terdetik di hati Effa begitu ikhlasnya Edward berkawan dan menghormati rakan-rakannya yang beragama Islam selain dari agama yang dianutinya.

Namun tanpa disangkanya, persahabatan yang Effa anggap suci dan ikhlas itu telah disalah ertikan oleh Edward. Sudah menjadi sifat pemuda Inggeris di situ yang terlalu berterus-terang dan tidak lokek dalam meluahkan rasa penghargaan mereka kepada sesiapa sahaja yang mereka rasakan patut dihargai dan dihormati.

Begitu juga dengan luahan perasaan. Berbanding dengan pemuda Melayu, ketebalan ego mereka dan malu meluahkan rasa hati masih begitu tebal dalam diri mereka. Itulah perbezaan antara pemuda Inggeris dengan pemuda Melayu yang Effa amati.

Masih Effa ingat akan detik itu, di mana Edward meluahkan rasa hatinya kepada Effa ketika mereka di dalamkapal pesiaran yang menyusuri Sungai Thames yang bermula dari Westminster Pier itu. Dalam rasa kagum melihat keindahan kota London sambil menyusuri Sungai Thames itulah Edward memulakan bicara;

I can not keep myself from hiding any longer to you, my dear..! I thought I would let you know that my love for you is burning very brightly. My heart longs to leap at the sound of your voice. My heart longs to be filled with joy by your smile…

“Mak Aii mat saleh ni.. bersajaklah pulak!” Sempat lagi Effa mengutuk Edward di dalam hati namun masih mempamirkan senyumannya di hadapan Edward.

I have missed much in life because… I did not have a companion.You are the companion that I have wanted for so long. You are the woman that I long to share life's adventures with.You are the friend that I can share my innermost secrets with.”Sambung Edward lagi.

“You are a loving and supportive friend to me. I feel that I have had so much love to give and that it has been bottled up inside me for so very long. No one has been interested in opening the bottle and seeing what was inside.You have not only been willing and interested in opening the bottle, but you have joyfully been surrounded and enveloped in the love that flows from my heart…” Luah Edward dengan panjang lebar.

Effa mula merasa lemas.. Mat Saleh ni.. macam baca skrip drama aje! Over actinglah! Fikir Effa di dalam hati. Dia cuba memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Edward.

Kalau diikutkan, gadis mana yang tidak lemah bila mendengar pujian dan bahasa yang syahdu lagi romantic yang dituturkan oleh pemuda yang menjadi kegilaan pelajar perempuan di universiti itu! Namun, Effa bukanlah orangnya yang begitu mudah ‘lupa diri’ dengan kata-kata manis dari mulut mana-mana lelaki..

Baru sahaja Effa ingin membuka mulut, Edward sudah menyambung lagi..;

“Effa… I must say that I am totally devoted to you.. From the first time I saw you, my desire for you has grown more and more and today I can’t think of a life without you. You are the most remarkable person I will have ever met in my entire life.You’re kind, caring, compassionate and loving…”

Edward merenung mata Effa. Aduhh.. Romantiknya…! Kalau tak kuat iman, rasa macam nak peluk je mat saleh ni! Tak pun.. aku terjun terus ke Sungai Thames ni ..! Hati Effa berkata-kata.

Gelabah sungguh dia bila direnung oleh pemuda Inggeris bermata biru itu.Effa cuba menarik nafas dan bertenang. Perlahan dia memandang Edward sambil tersenyum. Belum sempat Effa berkata-kata, Edward menyambung lagi;

If you asked me to convert my religion as a Muslim.. I’m dare to do it, as long as you accept me!”

Ayat itulah membuatkan Effa rasa bagai minyak panas tercurah di mukanya. Baginya,Edward tidak ikhlas menyintainya. Pendiriannya tentang agama tidak teguh. Dia sanggup menukar agamanya hanya semata-mata dia boleh bersama dengan Effa. Effa tidak berkenan dengan cara dan pendirian Edward itu.

Namun, sebagai seorang muslim yang beriman dan berharap agar semua orang tidak kira mereka yang beragama lain menghormati pendiriannya, Effa cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk Edward.

Akhirnya Effa mendapat kekuatan untuk bersuara;

Edward, firstly… I felt guilty because I had made your mind and heart been miserable. I do appreciate what you feel about me.. Many thanks to you. You are my friend who really knows how to appreciate me.. and its really touch me.. Seriously…!”

Effa terdiam seketika. Cuba mengumpul kekuatan untuk berterus-terang.

“ I know you are in difficult situation.. whether this is only your dream or reality..! Don't start thinking about how special I am…but think about my shortcomings. Be serious. This is your life, your happiness. To be with someone just in order to have someone who is not really with you, is something obviously not worth it..”Kata Effa.

Effa terdiam lagi. Mengumpul kata-kata yang sesuai untuk diluahkan kepada Edward. Sementara Edward pula masih diam membeku memandang Effa tanpa berkelip.


“Everyone can understand that outside the scene, but when you are the main character in the situation, things are totally different... You cannot see the truth. Try to see everything from distance. Imagine that you are not the main character but you are observing the story of someone else when you think about your own love story…”

Effa memandang Edward. Menanti apakah reaksi Edward. Namun Edward masih merenungnya tanpa bersuara. Effa mengeluh.

Edward… I’m still hoping that our “friendship” is still remain forever…without… any heart feelings…”

Selesai meluahkan rasa hatinya, Effa merasa lega sekali. Puas hatinya dapat meluahkan apa yang difikirkan tentang persahabatannya dengan Edward. Banyak perkara yang harus dia pertimbangkan sebelum memilih Edward sebagai kekasihnya.

Memang tidak dinafikan, ciri-ciri lelaki idamannya ada pada Edward namun Edward banyak kekurangannya terutama dari segi ilmu agamanya. Effa sendiri merasakan dia perlukan lelaki yang boleh membimbingnya ke arah kebaikan samada tentang dunia mahupun akhirat dan bukannya dia yang membimbing lelaki!

Lagipun, matlamat Effa ke situ adalah untuk menuntut ilmu dan melunaskan janjinya pada ayah dan abang-abangnya yang dia akan pulang ke tanahair dengan membawa PhDnya dengan aggregate terbaik.

Untuk itu, biar berapa ramai lelaki yang menggilainya, setakat ini, Effa masih belum terbuka hatinya untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.

Sejak itu, Edward mula menjauhkan diri dari Effa. Manakala Effa pula terpaksa akur walaupun dia berharap Edward dapat menerima luahannya secara terbuka dan positif. Effa masih mengharapkan agar Edward masih kekal bersahabat dengannya.

Namun, Edward “lenyap” terus dari pandangannya. Ada juga Effa bertanyakan khabar tentang Edward melalui Yuslee tetapi menurut Yuslee, Edward sudah sebulan lebih tidak lagi menjadi teman sebiliknya. Kata Yuslee, Edward sudahpun menjalani latihan praktikal di salah sebuah hospital berhampiran kampung halamannya di Cardiff.

Effa sedikit terkilan kerana Edward pergi begitu sahaja. Namun akhirnya Effa bersyukur, ada baiknya Edward berbuat begitu. Sekurang-kurangnya Edward tidak “membalas” atas penolakan cintanya oleh Effa. Dalam diam, Effa mengakui Edward sebenarnya adalah pemuda yang baik.

Effa kembali tersedar dari kenangannya yang lalu. Dia menarik nafas panjang. Effa akui, kehadiran lelaki Melayu bernama Irfan Azlan sejak kebelakangan ini.. telah merubah segala prinsip diri terhadap lelaki yang dipegangnya selama ini.

Hatinya mudah sensitive dan resah pada apa sahaja yang berkaitan tentang pemuda itu. Bersama Azlan, Effa mula memahami apa ertinya rindu.. resah.. sakit hati.. mahupun cemburu..!

Teringat Effa akan kata-kata Emelda dahulu; “Cuba kau bukakan hati kau tu luas-luas, cairkan sikit perasaan tu biar mesra.. Haa… confirm punya.. lepas ni jantung kau bukan setakat bergetar, silap-silap berhenti berdenyut..”Effa tersenyum sendirian dan terpaksa mengakui akan kebenaran kata-kata Emelda itu.

Setelah menyempurnakan beberapa kali solat istikharah, akhirnya Effa telah menemui jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Azlan nanti. Hatinya berbunga riang, senyumannya benar-benar melebar membayangkan sesuatu yang manis untuk digapainya pada hari esok….

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.