Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,036
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 4

2 minggu kemudian...

Afiyah merebahkan tubuhya di atas katil sambil mengeluh perlahan.

"Fiyah, papa nak Fiyah ikut papa balik Johor," beritahu Bienda lembut.

Afiyah mengeluh lagi apabila teringat semula perbualannya dengan Bienda.

"Untuk apa aunty? Fiyah tak nak. Fiyah nak tinggal kat sini. Sini ada mama. Ada aunty. Fiyah tak akan tinggalkan Melaka," jawabnya tegas.

"Fiyah, aunty faham. Tapi fikirkan pasal arwah. Arwah tak nak Fiyah bencikan papa. Kalau Fiyah sayangkan mama, berilah peluang pada papa Fiyah. Manusia takde yang sempurna Fiyah. Masing-masing melakukan kesilapan dalam hidup. Begitu juga dengan papa Fiyah."

Afiyah bangun semula. Dia mendengus perlahan. Datuk Hashim sepatutnya tidak muncul semula setelah meninggalkan dia dan mamanya. Dia benar-benar tidak suka dengan kehadiran orang tua itu!

"Fiyah, jom makan sayang," panggil satu suara seiring dengan ketukan pada pintu biliknya.

Afiyah merebahkan semula tubuhnya. Selimut tebal ditarik sehingga menutup seluruh tubuhnya.

Datuk Hashim akhirnya mengalah apabila lama menunggu namun tidak ada balasan daripada Afiyah. Dia mengeluh perlahan sebelum melangkah semula turun ke tingkat bawah. Afiyah masih tidak dapat menerima kehadirannya. Dia sendiri tidak akan pernah berhenti untuk memujuk sekeping hati gadis itu. Dia akan tunggu sehingga Afiyah dapat menerima dirinya sebagai seorang ayah.


Previous: Part 3
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena