Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,016
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Ainun Afiyah terpaku memandang bulan yang bersinar terang di atas langit. Cahaya bulan yang memancar indah itu langsung tidak terkesan di hatinya yang sedang galau disaat itu.

Menangis?

Dia sudah lelah sebenarnya. Air matanya sudah kering. Apa tidak ada cara lainkah untuk dia mengurangkan derita hatinya saat itu.

Ya Allah,...aku berserah padamu Ya Allah. Hanya tempatmu aku bersandar.

Afiyah memejamkan mata.Terimbau peristiwa dua minggu lepas.


 ***

"I'm sorry," ucap Daffa tanpa memandang wajah gadis itu. Sakit hatinya hanya tuhan yang tahu. Tanpa rela dia terpaksa.

Afiyah memandang lelaki itu dengan rasa tidak percaya. Mimpikah dia??


"Daf..." ucapnya hampir tidak kedengaran.


"Daf memang sayangkan Fiyah. Daf tak boleh hidup tanpa Fiyah. Tapi Daf juga tak mampu nak  tolak permintaan mama. Daf tak sanggup sakitkan hati mama" sambung Daffa sambil tunduk tidak sanggup memandang wajah gadis itu. Sakit!. Tidak ada satu pun perkataan yang mampu menjelaskan kesakitan yang dia rasakan saat ini.

Afiyah hilang kata-kata. Matanya mula terasa pedih.


"I'm sorry," ucap Daffa hampir tidak kedengaran.

Afiyah menarik nafas perlahan. Dia cuba bertenang walhal kakinya sudah terasa lemah.


"Mama Daf masih tak boleh terima Fiyah?" soalnya dengan perasaan sebak.

Daffa serba salah memandang gadis itu. Afiyah mengangguk perlahan.


"Takpe Daf. Fiyah faham. Kalau Fiyah di tempat Daf, Fiyah pun tentu akan pilih mama. Pilihan Daf tepat. Seorang ibu takde penggantinya dalam dunia ini. Tapi tempat Fiyah oleh digantikan oleh sesiapa saja yang akan jadi pilihan mama Daf" sambung Afiyah dengan suara yang bergetar. Sakitnya apabila mengakui sesuatu yang bukannya kehendak hati.

Daffa meraup wajahnya. Kenapa aku perlu memilih...,


"Fiyah...nak ucapkan terima kasih sebab jaga Fiyah dan sayang Fiyah selama ini. Fiyah tahu. Walaupun Fiyah tak nak, tapi Fiyah kena juga lepaskan Daf. Fiyah redha. Jaga diri Daf. Fiyah mohon dengan Daf. Jangan cari Fiyah lagi lepas ini. Fiyah takut...tak mampu nak lupakan Daf." usai berkata Afiyah pantas berpaling membelakangi lelaki itu. Kakinya melangkah perlahan berlalu tanpa menoleh lagi memandang lelaki itu. Jika memang sudah tersurat antara mereka tidak ada yang namanya jodoh. Dia akur. Akur dalam terpaksa.

Daffa mengangkat wajahnya perlahan memandang gadis itu. Matanya mula berkaca. Kakinya melangkah perlahan menuruti langkah gadis itu. Hanya beberapa langkah sahaja, dia berhenti semula. Wajah sedih mamanya terbayang di mata. Daffa terduduk di atas pasir dengan pandangannya yang masih terarah pada Afiyah.Dia tewas. Air matanya mengalir perlahan. Dia ingin meraung memanggil nama gadis itu. Sayangnya kelibat Afiyah semakin jauh sehingga hilang dari pandangannya. Daffa memejamkan mata. Afiyah...,


Next: Part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena