Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,028
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 8

"Liya,kau dengan Fiyah okay ke?" soal Rina dalam nada berbisik.

Aliya yang tekun mendengar kuliah agak terganggu dengan soalan rakannya itu. Dia mengangguk tanpa memandang gadis itu. Berkerut dahi Rina. Kurang percaya dengan anggukan Aliya.

"Aku bukan apa.Cuma hairan aje. Yelah kata adik beradik. Tapi bila dah jumpa langsung tak bertegur. Dulu masa kau kenalkan dengan kami okay aje aku tengok. Sekarang makan pun dah tak pernah sama-sama. Kau dan Fiyah memang macam ini ke kalau kat rumah?" soalnya lagi tidak berpuas hati.

Aliya memandang Rina.

"Boleh tak tanya soalan ini after this? Atau tak payah tanya langsung lagi bagus," balasnya sambil memandang ke hadapan semula.

Rina terdiam mendengar kata-kata sahabatnya itu. Telahannya tepat. Pasti ada sesuatu yang berlaku antara Aliya dan Afiyah.

Tapi apa?

                                                                                      *****

Berkerut dahi Afiyah memandang pakaian yang berselerakan di ruang tamu. Dia memandang Aliya yang sedang tergelak besar menonton televisyen. Afiyah mendengus geram. Dia pantas menghampiri dan menutup suis televisyen.

"Wei kau apa hal!?" bulat mata Aliya memandang gadis itu.

Afiyah tersenyum sinis. Dia memijak dan menendang kemeja milik Aliya yang kebetulan berhampiran dengan kakinya. Aliya pantas berdiri.

"Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan. Aku dah tak ganggu kau tapi kau masih tak puas hati dengan aku. Kau memang nak kena dengan aku Afiyah" jerit Aliya sambil menghampiri Afiyah. Bahu Afiyah ditolak kasar. Afiyah terundur ke belakang.

Mak Isma bergegas ke ruang tamu apabila mendengar jeritan Aliya.

"Aku memang tak puas hati dengan kau!!" balas Afiyah sambil membalas menolak bahu Aliya dengan kuat.

Aliya terdorong ke belakang dan hampir terjatuh. Nasib baik dia sempat berpaut pada sofa.

"Kau tak tahu ke wajah buruk kau itu yang mengganggu aku kat rumah ini?? Dan aku memang tak akan aman selagi kau ada kat rumah ini. Apa kata kau berambus terus dari rumah ini supaya aman sikit hidup aku," sambung Afiyah dengan wajah bengis.

Aliya tergelak besar.

"Kau tak sedar diri ke?? Kau itu yang sepatutnya berambus dari rumah ini. Dasar anak pungut!" balasnya tidak mahu mengalah.

Bulat mata Afiyah memandang gadis itu. Dia pantas menghampiri dan menarik rambut Aliya.

"Kurang ajar! Kalau aku anak pungut kau itu anak perempuan jalang! Sundal!" tengkingnya sambil menarik lebih kuat lagi rambut Aliya. Dia sudah tidak kisah sekiranya rambut gadis itu tercabut disebabkan olehnya.

Aliya yang tidak mahu mengalah turut menarik rambut Afiyah.

Terlopong Mak Isma memandang kedua-dua gadis itu.

"Datuk! Datuk turun cepat Datuk," jeritnya memanggil Datuk Hashim.

"Afiyah, Aliya. Stop it!!" suara keras Datuk Hashim yang kuat bagaikan halilintar menghentikan tingkah laku kedua-dua gadis itu.

Afiyah mendengus kuat sebelum berlalu naik ke tingkat atas. Dia melepasi Datuk Hashim yang masih berdiri di atas tangga tanpa berkata apa-apa.

Aliya menghentak kakinya kuat sebelum berlalu keluar dari rumah.

Datuk Hashim terduduk lemah di atas tangga.

Ya Allah..


Previous: Bab 4
Next: Part 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena