Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,033
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 6

Afiyah turun dari katil dan melangkah ke beranda biliknya. Dia meraup wajahnya perlahan.

Menyesal?

Afiyah menarik nafas perlahan. Dia membiarkan angin malam menyapa lembut wajahnya. Dia memang tidak menyalahkan gadis itu dengan apa yang berlaku 7 tahun yang lalu. Tapi dia tidak akan sekali-kali mahu berbaik dengan gadis itu. Kalau dia masih tidak mampu terima kehadiran papanya, apatah lagi Aliya. Afiyah mengeluh. Bagaimana dia harus melalui hari-hari yang mendatang jika setiap kali memandang wajah Datuk Hashim dan Aliya dia akan merasa sakit. Sakit yang bersilih ganti dengan rasa benci yang sukar untuk dia hapuskan. Afiyah memandang langit yang gelap.

Mama, beri Fyah masa mama. Maafkan Fiyah. Fiyah tak boleh nak tipu hati Fiyah sendiri. Fiyah tak boleh mama. Fiyah benci dengan orang itu. Fiyah benci dengan mereka!

Mata Afiyah mula berkaca.

"Ehem!" Afiyah pantas menoleh kerana terkejut dengan suara itu. Jiran sebelah rupanya!

"Who are you? Liya mana? Dah tidur?" soal Dahin sambil menguap perlahan. Dia memisat-misat matanya untuk melihat wajah Afiyah dengan lebih jelas.

Afiyah hanya membalas pandangan lelaki itu tanpa berkata apa-apa. Dahin mengangkat tangannya perlahan sambil melambai.

"Awak nampak saya tak?" soalnya apabila melihat Afiyah hanya membisu. Afiyah mendengus sebelum melangkah perlahan masuk semula ke dalam bilik.

Dahin menurunkan semula tangannya. Dia menarik nafas perlahan sebelum turut melangkah masuk.

Siapa gadis itu?


Previous: Part 5
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena