Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,038
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 10

Dahin menghalang langkah Aliya.

"Nak apa?" soal Aliya malas. Dahin tersenyum.

"Petang ini balik dengan Dahin. Dah lama kita tak balik sama-sama,"

Aliya menarik nafas perlahan.

"Okay," jawabnya pendek sambil melangkah semula.

Dahin menarik lengan gadis itu.

"Apa lagi?" soal Aliya agak keras.

"Are you okay?" soal Dahin prihatin.

Aliya tersenyum sinis.

"Kalau tak okay?"

"Liya,"

"Nantilah Liya cerita. Liya ada kelas ini," balas Aliya sambil menarik lengannya.

Dahin menarik nafas perlahan memandang langkah lemah gadis itu.

*****

"Amboi, kau call aku ini sebab nak tanya pasal Liya dan Fiyah aje?" soal Suha sambil merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Aku sayang kau," ucap Rina sambil tergelak kecil.

Suha ikut tergelak.

"Yelah itu. Kau nak tahu pasal apa?"

"Kau kan rapat dengan Fiyah.Beritahu lah aku apa-apa yang kau tahu. Aku rasa ada sesuatu tak kena dengan dua beradik itu.Cerita lah sikit," pinta Rina separuh merayu.

"Kau ingat aku ini apa? Paparazi?" soal Suha geram.

Rina tergelak besar.

"Aku sendiri pun tak pastilah Rina. Fiyah itu tak bersedia lagi nak berkongsi.Kau nak tahu tak. Aku rasa bertuah sangat bila jadi orang pertama yang lihat senyuman Fiyah. Kau bukan tak tahu Fiyah itu sejak datang ke kolej masam memanjang aje,"

"Oh my god.Betul ke? Fiyah senyum?" soal Rina kurang percaya.

"Yup. Manis sangat wei. Memang cantik," jawab Suha dengan senyuman.

"Kita berdua ini dah mengalahkan mamat-mamat kat luar sana yang ternanti-nantikan senyuman Fiyah," balas Rina sambil tergelak besar. Suha ikut tergelak.

"Betul lah itu. Kau tanya aku,kau itu sekelas dengan Liya takkan tak tahu apa-apa. Liya tak cakap apa-apa ke?" soal Suha pula.

"Kalau aku tahu aku tak lah tanya kau. Entah lah Suha. Aku lihat Liya itu dah lain. Asyik nak marah aje. Aku pun tak berani nak tanya. Apa kata kau pula yang cuba tanya. Kau kan jenis psiko sikit," jawab Rina.

Suha mengeluh perlahan.

"Aku pun risau juga dengan dua orang minah itu. Aku cuba juga tak nak ambil tahu. Tapi dah namanya kawan takkan buat-buat tak tahu pula kan. Pening aku," sambung Rina perlahan.

Suha terdiam mendengar kata-kata sahabatnya itu.

"Dah lah aku nak tidur lah. Ngantuk sangat ini," kata Rina sambil menguap.

"Good night," ucap Suha sambil menekan punat merah. Dia mengeluh lagi.

Aku pula yang lebih...

Suha tersenyum sambil memejamkan matanya.

Tidur.


Previous: Bab 5
Next: Part 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena