Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,034
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 7

"Siapa yang benarkan kau masuk dalam bilik ini? Keluar!!" arah Afiyah apabila melihat Aliya yang sedang duduk di atas katilnya. Dia tidak jadi mengambil tuala yang berada di atas katil. Rambutnya yang masih basah dibiarkan saja.

Aliya berdiri dengan perasaan berbaur.

"Liya tahu Fiyah masih tak boleh terima kenyataan. Tapi..."

"Berambus!!"

"Fiyah..,"

"Dah pekak? Aku kata berambus! Berambuslah!" bergegar tubuh Afiyah menahan kemarahannya.

"Dengar sini Aliya. Aku tak nak kau pura-pura baik depan papa. Depan kawan-kawan kau. Aku tahu kau siapa. Kalau dah dasar syaitan tak payah nak jadi malaikat sangat lah!" sambung Afiyah keras.

Berkerut dahi Aliya memandang Afiyah.

"Fiyah memang dah melampau. Liya tak pernah anggap..."

"Dah lah! Tak payah nak berdrama sangat.Berambus!" pintas Afiyah kuat.

Aliya memandang Afiyah tanpa sepatah kata. Matanya mula terasa pedih.

"Yang kau tercegat lagi kat situ dah kenapa. Aku kata berambus! Berambus lah!!" jerit Afiyah yang telah hilang sabar.

Aliya pantas berlalu. Langkahnya seiring dengan air matanya yang menitis.

Afiyah meraup wajahnya perlahan. Tanpa sedar air matanya turut menitis.

Mama...

                             *****

Datuk Hashim menghampiri Afiyah yang sedang duduk bersendirian di atas buaian yang berada di taman mini arwah isterinya. Walaupun isterinya telah tiada namun taman itu tetap dijaganya dengan rapi. Hasil tangan isterinya itu sangat sayang dibiarkan begitu sahaja.

"Kenapa tak turun makan tadi? Fiyah tak lapar? Kalau Fiyah lapar papa boleh panaskan lauk," tegurnya lembut.

Afiyah hanya membisu.

Datuk Hashim mengeluh perlahan.

"Fiyah,"

"Kalau nak tahu sangat punca anak kesayangan papa itu menangis, memang Fiyah puncanya. Dah tak faham bahasa memanglah kena. Lepas ini, nasihatkan anak kesayangan papa itu supaya jangan ganggu hidup Fiyah. Rimas!" kata Afiyah tegas tanpa memandang wajah Datuk Hashim.

"Liya itu adik Fiyah...,"

"Jangan nak buat lawak lah. Yang Fiyah tahu Fiyah ini anak tunggal. Dan Fiyah hampir lupa sebenarnya yang Fiyah masih ada papa. Fiyah ingatkan papa dah mat..."

"Fiyah!" Datuk Hashim menyentuh dadanya yang terasa pedih.

Afiyah berdiri dan memandang papanya.

"Papa marah?" soalnya sinis.

Datuk Hashim mengangkat tangannya. Afiyah tersenyum sinis.

"Nak tampar Fiyah? Tamparlah. Kalau papa berani tampar lah!" cabar Afiyah dengan perasaan marah bercampur sebak.

Pangg!!

Afiyah menyentuh pipi kanannya yang terasa perit. Sebak dada Datuk Hashim memandang anak daranya itu.

"Fiyah cabar papa. Fiyah memang dah melampau," katanya perlahan hampir tidak kedengaran.

Afiyah tersenyum sinis.

"Fiyah baru aje dua minggu kat sini.Well,thanks!" ucapnya sebelum berlalu.

Datuk Hashim terduduk lemah di atas buaian.

Ain. Maafkan abang. Fiyah, maafkan papa.


Previous: Bab 3
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena