Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,027
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Suha menghampiri Afiyah yang sedang duduk bersendirian.

"Di sini rupanya," tegur Suha sambil duduk bersebelahan dengan Afiyah.

Afiyah hanya memandang sekilas gadis itu. Suha memandang sekeliling. Ramai juga pelajar yang mengunjungi taman itu biarpun sudah masuk waktu makan tengah hari. Suha kemudian memandang Afiyah semula.

"Liya dan Rina ajak makan sekali. Fiyah tak lapar?" tanyanya dengan suara lembut.

"Tak," jawab Afiyah pendek.

Pandangannya masih pada tasik yang ada di depan mereka.

Suha tersenyum sambil bersandar selesa pada kerusi.

"Kalau Fiyah perlukan seseorang, Suha boleh jadi pendengar yang baik," katanya sambil turut memandang tasik.

Afiyah hanya membisu mendengar kata-kata gadis itu.

"Masuk tahun ini dah 4 tahun Suha, Liya dan Rina berkawan. Kami memang dah rapat sejak Form 4. Walaupun dah lama berkawan, tapi Liya tak pernah sekali pun cerita pasal Fiyah. Sebab itu bila Liya beritahu yang dia ada kakak kandung, Suha dan Rina memang terkejut. Suha memang tak bermaksud nak masuk campur hal Fiyah dan Liya. Tapi sebagai kawan, Suha teringin nak membantu," sambung Suha sambil memandang tepat wajah gadis itu.

Melihat Afiyah yang masih membisu, Suha mula memahami. Afiyah berat untuk berkongsi.

"Takpe, Suha faham. Tapi kalau Fiyah perlukan seseorang. Suha sedia membantu," sambung Suha lagi sambil menyentuh bahu Afiyah. Dia mengeluh dalam diam melihat wajah kosong Afiyah.

Apa sebenarnya yang berlaku?.

Tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang. Dia tersenyum lebar.

"Fiyah nampak tak pelajar lelaki yang duduk kat hujung taman ini? Namanya Eijaz Elman, putera idaman kat kolej ini. Dalam erti kata lain, saingan terdekat si kasanova Dahin Dahlan. Kalau si Dahin itu digelar kasanova. Eijaz ini pula digelar romeo. Kalau Fiyah nak tahu, Liya itu sebenarnya minat dengan Eijaz. Tapi Suha dengar Eijaz itu dah ada yang punya. Cuma yang masih jadi tanda tanya ialah tidak ada siapa pun yang tahu gerangan gadis bertuah tersebut. Tapi dengar khabar pelajar perempuan itu budak kolej ini juga," beritahu Suha sambil tergelak kecil.

Afiyah hanya memandang sekilas pemuda yang ditunjukkan oleh Suha itu.

"Kacak tak? Eijaz Elman itu juga merupakan pelajar baru kat kolej ini. Baru aje dua bulan kat sini. Kira dia awal sikit dari Fiyah. Suha ada juga dengar gosip lain pasal romeo ini. Ada yang kata si romeo ini budak pandai. Dulu belajar kat luar negara tapi pindah kat sini. Mungkin tak nak berjauhan dengan kekasih dia kut. Entah lah betul ke tak cerita orang. Suha sendiri pun tak pasti,"

Afiyah berdiri.

"Eh. Nak ke mana?" Suha turut berdiri.

Afiyah memandang gadis itu.

"Dah habis?" soalnya sebelum berlalu.

Suha hanya tergelak kecil. Dia mengikut langkah gadis itu.

*****

Melihat Afiyah hanya duduk bersedirian di mejanya. Dahin datang menghampiri. Dia meletakkan minuman kotak perisa mangga di depan gadis itu. Afiyah memandang lelaki itu tanpa senyuman.

"Saya tak nampak awak kat cafe tadi," kata Dahin dengan senyuman.

Afiyah tunduk semula memandang telefonnya tanpa menghiraukan Dahin.

Dahin masih lagi tersenyum. Dia mengambil semula kotak minuman tersebut. Dia mencucukkan straw pada lubang kotak minuman tersebut dan meletakkan semula di atas meja. Kali ini lebih hampir dengan Afiyah.

Afiyah menarik nafas perlahan. Dia menepis kotak minuman tersebut sehingga jatuh ke atas lantai.

"Get lost!" arah Afiyah sambil memandang tajam ke arah Dahin.

Beberapa pelajar mula memandang mereka. Suha yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas pantas menghampiri.

"Dahin," tegurnya agak cemas. Dahin tersenyum membalas pandangan Afiyah. Dia berdiri dan memungut kotak minuman tersebut.

"Takpe next time saya belikan awak perisa lain pula. Mungkin awak tak suka jus mangga. Am I right?" tanyanya dengan senyuman nakal.

"Get lost!!" balas Afiyah semakin geram melihat senyuman lelaki itu.

Dahin tersenyum mengangguk. Suha yang risau pantas menarik lengan Dahin berlalu dari situ.

Afiyah menarik nafas perlahan sebelum memandang telefonnya semula.

"Awak dah gila ke?" marah Suha.

Dahin menarik kerusinya dan terus duduk.

"No," jawabnya pendek. Dia tersenyum menayangkan lesung pipit di pipi kirinya.

"Lepas ini jangan ganggu Fiyah lagi," Suha memberi amaran.

"No,"

"Dahin!" marah Suha. Dahin tergelak diikuti oleh rakan-rakannya. Suha mendengus geram. Dia berlalu pantas.

Buat rugi air liur aku aje kalau cakap dengan kasanova kepala batu ini.


Previous: Part 7
Next: Part 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena