Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,023
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Aliya mempercepatkan langkahnya menyertai beberapa pelajar perempuan yang sedang berkumpul di sepanjang kaki lima kelas. Aliya tersenyum lebar.

Eijaz Elman!

Putera idaman ramai itu sedang melangkah tenang melepasi mereka.

"Hoi Liya! Pekak ke!? Hampir nak tercabut anak tekak aku, boleh pula kau buat-buat tak dengar. Lah! Patutlah dah pekak, kau tengok itu Suha," Rina menunding ke satu arah. Suha tergelak kecil melihat kelibat Eijaz.

Aliya mencebik.

"Aku dengarlah," balasnya sambil melangkah meninggalkan kedua-dua rakannya yang masih lagi tergelak.

"Cik adik! Janganlah laju sangat. Nanti jatuh siapa nak tolong. Romeo cik adik itu dah lesap dah. Kami tak nak tolong tau," usik Rina lagi. Suha sudah tergelak besar.

Aliya berhenti melangkah dan berpaling semula. Dia menunjukkan penumbuknya kepada kedua rakannya itu. Rina dan Suha pantas mengangkat tangan.

"Tahu pula takut ek. Suka sangat nak kenakan Liya. Jom pergi cafe. Aku dah lapar sangat ini. Aku makan korang baru tahu," balas Aliya apabila kedua-dua gadis itu menghampirinya.

"Good idea! Kami memang nak bawa Liya makan. Tapi Liya itu lah, syok sangat tadi," balas Suha sambil tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik. Rina mengangguk turut mengiyakan.

"Lagipun cerita semalam tak habis lagi. Pasal kakak kandung Liya itu lah," celah Rina sambil tersenyum lebar.

"Ya Liya, hari ini kami nak tahu cerita sebenar. Itu pun kalau Liya tak keberatan nak berkongsi dengan kami," tambah Suha lagi dengan senyuman manis. Aliya tersenyum.

"Jom," balasnya sambil melangkah semula. Suha dan Rina tersenyum mengikut langkah gadis itu.

Banyak persoalan yang berlegar di kepala mereka saat itu yang memerlukan jawapan daripada Aliya. Sudah hampir 4 tahun mereka berkawan. Namun cerita mengenai kakak kandung sahabat baik mereka itu tidak pernah pun diketahui oleh mereka. Apabila Aliya menimbulkan cerita tersebut, mereka memang terkejut kerana apa yang mereka tahu selama ini, gadis itu merupakan anak tunggal Datuk Hashim Azri.


*****

Afiyah merenung lama tanah yang masih merah itu. Kenangan bersama arwah mamanya akan menjadi memori terindah dalam hidupnya. Tidak ada sesiapapun yang dapat menggantikan tempat wanita itu di hatinya. Banyak perkara yang dia belajar daripada wanita itu. Walaupun sukar, dia tahu, dia kena terima hakikat. Afiyah tunduk menahan sakit yang mencengkam dada.

Mama..,mama jaga diri tau. Fiyah..,akan jarang jenguk mama. Fiyah bukan tak nak lawat mama, Fiyah bukan tak sayang mama,tapi Fiyah terpaksa ikut papa. Fiyah terpaksa tinggalkan mama seorang kat sini.Maafkan Fiyah mama.Mama tentu suka kalau Fiyah tinggal dengan papa kan. Memang itu kemahuan mama. Mama nak Fiyah jadi anak yang baik. Fiyah akan tunaikan permintaan mama. Sebab Fiyah sayang sangat kat mama.

"Fiyah, jom," Datuk Hashim menyentuh lembut kedua belah bahu Afiyah. Afiyah berdiri dengan berat hati.

"Mama, Fiyah pergi dulu. Assalamualaikum."

Datuk Hashim sebak mendengar suara sendu Afiyah. Dia membiarkan Afiyah berjalan mendahuluinya. Dia memandang sayu kubur arwah isterinya itu. Isteri yang sangat mencintai dan setia kepada dirinya itu telah ditinggalkan terkapai-kapai seorang diri menjaga permata hati mereka.

Sebab apa?!! Datuk Hashim mengeluh perlahan.

Ain...,maafkan abang.Abang bersalah pada Ain.Abang tinggalkan Ain tanpa mendengar rayuan Ain.Abang ego!! Abang minta maaf sayang.Abang janji dengan Ain, abang akan jaga Fiyah dengan baik. Fiyah akan bahagia dengan abang.Abang janji Ain,abang janji.

Jiwa Datuk Hashim merintih pedih.

Afiyah hanya memandang dari jauh papanya yang sedang duduk berteleku di tepi kubur mamanya itu.

Papa menyesal?? Mama tak mungkin akan kembali lagi papa.Mama dah pergi buat selama-lamanya.Mama dah tinggalkan kita.

Afiyah tunduk menahan sebak di dada. Air matanya menitis lagi.

Previous: Part 4
Next: Part 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena