Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,031
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Datin Isnawiyah menghampiri anak tunggalnya yang sedang duduk membelakanginya. Dia terkedu apabila mendapati Daffa sedang tekun menatap foto Afiyah. Dia mendengus perlahan. Tangannya pantas merampas foto tersebut dari tangan Daffa.

"Mummy," Daffa memandang wanita itu dengan wajah berkerut.

"Mummy tak suka Daf kenangkan lagi perempuan ini! Mummy juga tak nak dalam rumah ini ada benda yang berkaitan dengan perempuan itu yang Daf tak hapuskan lagi! What's wrong with you Daf. Kenapa susah sangat nak dengar cakap mummy? Daf dah tak sayangkan mummy ke?" soal Datin Isnawiyah bertalu.

Daffa bingkas berdiri. Dia meraup wajahnya.

"Mummy please. Daf dah tinggalkan Fiyah. Apa lagi yang mummy nak?" balasnya sebak.

Datin Isnawiyah tersenyum sinis.

"Memang. Tapi Daf masih ingat perempuan itu. Masih cintakan perempuan itu! Mummy bukan saja nak Daf tinggalkan perempuan itu, tapi mummy nak Daf hapuskan terus nama dan wajah Afiyah dalam hati Daf itu! Kalau Daf sayangkan mummy, Daf kena ikut cakap mummy," katanya keras sebelum berlalu.

Daffa terduduk lemah semula di kerusinya.

Ya Allah...

*****

Tidak berkedip mata Rina dan Suha memandang Afiyah yang sedang berdiri di depan mereka saat itu. Aliya tergelak kecil. Afiyah memaksa dirinya sedaya upaya untuk mengukir senyuman membalas pandangan kedua-dua gadis itu.

"Kalau ya pun, janganlah sampai nak terjojol biji mata itu," tegur Aliya sambil menggeleng.

Suha dan Rina tersengih apabila sedar dengan kelakuan mereka.

"Awak cantik sangat. Anyway Saya Suha. Nice to meet you Ainun Afiyah," Suha menghulurkan tangan.

Afiyah menyambut malas.

"Nice to meet you too," balasnya perlahan.

"Hello, saya Rina. Saya setuju dengan Suha. Awak memang cantik," puji Rina masih tekun menatap wajah Afiyah. Afiyah menyambut huluran tangan Rina.

"Thanks," balasnya pendek.

Suha dan Rina masih memandang Afiyah. Betapa indahnya ciptaan Allah itu.

Aliya berdehem perlahan.

"Dahlah, korang ini buat bulu roma aku meremang pula. Aku nak bawa Fiyah jumpa pengetua jap. Korang tunggu kat cafe tau. Jom fiyah," celah Aliya sambil memeluk lengan Afiyah.

"Tak payahlah nak peluk aku," balas Afiyah sambil menarik lengannya kasar. Dia melangkah berlalu mendahului Aliya. Aliya hanya tersengih memandang kedua-dua rakannya sebelum turut mengikut langkah Afiyah.

Suha dan Rina saling berpandangan.

"Hello girls!" sapa Dahin dengan senyuman manis.

"Liya mana?" soalnya sambil mengikut langkah kedua rakannya itu.

"Liya ada dengan Fiyah," beritahu Rina sambil memandang sekilas lelaki itu.

"Fiyah? Who's that?" soal Dahin dengan dahi berkerut.

"Kakak Liya," beritahu Suha pula. Langkah Dahin terhenti. Kakak?

"Wait, kakak? Kakak mana pula ini? Liya ada kakak ke?" soal Dahin bertalu.

Suha dan Rina berhenti melangkah dan berpaling memandang Dahin yang masih kebingungan.

"Ainun Afiyah," beritahu Suha.

"Kakak kandung Liya," celah Rina.

Terkebil-kebil Dahin memandang kedua-dua gadis itu. Rina dan Suha tergelak serentak.

"Girls!!"


*****

Afiyah mengambil tempat di sebelah Suha. Suha hanya tersenyum memandang gadis itu.

"Nampaknya Suha tak sunyi lagi lepas ini. Sebab Fiyah dah ada temankan suha," kata suha teruja.

Afiyah memandang gadis yang masih tersenyum itu.

"Awak takde kawan ke selama ini?" soalnya tanpa senyuman.

"Ada itu memang ada.Tapi taklah rapat sangat. Sekadar kawan buat assignment aje. Kalau dengan Fiyah lain lah," jawab Suha ceria. Dia tidak menyangka yang gadis itu turut mengambil kos yang sama dengannya.

"Hai awak,"

Dahin mengambil tempat di depan Afiyah. Dia kini duduk berdepan dengan gadis itu. Afiyah yang agak terkejut dengan kehadiran Dahin hanya memandangnya tanpa senyuman.

"Suha lupa pula mamat ini sekelas dengan kita," kata suha sambil menepuk dahinya.

"Kalau Fiyah nak tahu, inilah dia kasanova meletup kat kelas ini. Bukan setakat dalam kelas ini, tapi satu kolej ini kenal siapa mamat poyo yang bernama Dahin Dahlan bin Tan Sri Fakrul," beritahu suha sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah Dahin.

"Suka hati nak fitnah aku.Awak,ada pembetulan sikit kat sini. Bukan kasanova tapi prince charming. Itu gelaran yang lebih sesuai dengan saya. Anyway, saya kenalkan diri semula.Saya Dahin Dahlan. Awak?" tanya Dahin sambil memandang tepat ke arah gadis itu.

Afiyah hanya memandang lelaki itu tanpa sepatah kata.

"Ainun Afiyah," celah Suha.

Dahin membesarkan matanya memandang rakannya itu.

Kacau daun betullah minah seorang ini.

Suha tergelak kecil.

"Tak payah nak menggatal kat sini. Sir dah masuk itu. Sila ke tempat duduk anda ye," sambung Suha sambil mula mengeluarkan bukunya.

Dahin mengeluh perlahan.

"Awak,kita tak selesai lagi tau. See you after this," katanya dengan senyuman sebelum berlalu.

"Fiyah mesti terkejut kan. Dahin memang macam itu. Nakal tapi hatinya baik" Suha bersuara perlahan apabila perasan yang Afiyah hanya membisu sedari tadi.

Afiyah hanya memandang sekilas gadis itu sebelum mencapai pennya. Suha memandang Afiyah agak lama sebelum pandangannya beralih memandang ke hadapan. Dia sangat yakin ada sesuatu yang tidak kena antara Afiyah dan Aliya.

Tapi apa ye?

*****

"Rina dan Liya tak habis kelas lagi. Kita tunggu kat sini aje lah. Lagipun saya dah lapar" kata suha sambil meletakkan begnya di atas meja.

"Takpelah. Saya balik dulu. Awak aje lah yang tunggu," balas Afiyah sambil mula melangkah.

"Awak tak nak temankan saya makan dulu? Takpelah, kalau macam itu Fiyah tunggu kejap. Suha nak tapau makanan balik rumah. Sekejap aje. Boleh kan," pinta Suha dengan wajah berharapnya.

Afiyah menarik nafas perlahan sebelum berpaling semula memandang gadis itu. Dia mengangguk perlahan. Suha tersenyum lebar.

"Fiyah tunggu kat sini tau. Duduklah dulu," kata suha sebelum berlalu.

Afiyah menurut sambil memandang sekeliling. Pelajar semakin ramai memenuhi cafe yang sederhana besar itu. Pandangan Afiyah terhenti pada seseorang.

"Jangan hairan Fiyah.Dahin memang macam itu. Tapi yang pasti bukan Dahin yang menarik tapi pelajar perempuan itu yang suka mengejar. Dahin dan seorang lagi memang dah jadi tumpuan kat kolej ini. Muka lawa lah katakan. Tak cukup dengan itu, poket pun boleh tahan, " beritahu Suha sambil mengikat bungkusan tapaunya.

"Dah siap ke?" soal Afiyah dengan dahi berkerut.

Cepatnya!

Suha hanya tersengih.

"Yes princes.Jom," jawabnya sambil menarik lembut lengan Afiyah.

"Saya tapau dua tau. Satu untuk Fiyah," beritahu Suha sambil memeluk lengan Afiyah.

"Saya tak minta pun," balas Afiyah tanpa senyuman. Suha tergelak kecil.

"Tahu.Saja nak belanja.Hari ini kan first day Fiyah. Tak salah kan,"

Afiyah terdiam mendengar kata-kata gadis itu.

"Thanks," ucapnya tanpa memandang wajah gadis itu.

Suha tersenyum lebar.

"welcome princes, "..


Previous: Part 6
Next: Part 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena