Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,025
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

"Awak tolong,"

Langkah Afiyah terhenti dan memandang bola yang bergolek berhampirannya. Dia memandang empunya diri yang meminta tolong sebentar tadi.

Eijaz tersenyum melambai.

Afiyah menendang bola tersebut dengan lebih jauh lagi sebelum berlalu.

Eijaz terkedu. Dia mendengus perlahan sebelum berlari anak menghampiri Afiyah.

"Tunggu!"

Langkah Afiyah terhenti lagi apabila Eijaz berdiri menghalangnya.

"Kau dah kenapa? Aku cuma minta tolong kau angkat bola itu bukannya angkat batu," marah Eijaz tidak berpuas hati.

Afiyah memandang tajam lelaki itu.

"Get lost," balasnya selamba sebelum mula melangkah semula.

Sekali lagi Eijaz terkedu. Dia berpaling memandang Afiyah.

Eijaz melangkah semula cuba menyaingi langkah gadis itu.

"Kau memang nak cari pasal dengan aku kan," kata Eijaz sambil menarik lengan Afiyah. Tarikan yang kuat itu menyebabkan Afiyah jatuh dalam pelukan Eijaz. Afiyah terkedu sejenak. Apatah lagi jarak wajahnya dengan lelaki hanya beberapa inci saja lagi.

Eijaz terpana memandang wajah Afiyah dari jarak dekat. Cantik!

Afiyah yang tersedar dengan pandangan nakal lelaki itu pantas menolak tubuh Eijaz.

Pangg!!

"Idiot!!" kata Afiyah keras sebelum berlalu.

Eijaz menyentuh pipinya yang terasa perit sambil memandang langkah gadis itu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

                                                                                           *****

Suha menghulurkan kotak minuman perisa mangga kepada Afiyah. Berkerut dahi Afiyah memandang gadis itu. Suha tersenyum.

"Jangan risau. Suha yang beli," katanya faham dengan apa yang difikirkan oleh gadis itu.

Afiyah menyambut perlahan.

"Thanks," ucapnya. Suha mengangguk tersenyum.

"Sorry," ucap Afiyah lagi hampir tidak kedengaran.

Suha yang sedang meneguk air mineralnya hampir tersedak.

Aku salah dengar ke?

Suha memandang gadis itu. Afiyah membalas pandangan gadis itu dengan senyuman hambar. Bulat mata Suha memandang senyuman gadis itu.

"You smile," kata Suha kurang percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Yes I am," balas Afiyah kini dengan senyuman manis.

"Fiyah," Suha pantas memeluk gadis itu. Afiyah tersenyum membalas pelukan Suha.

"Sorry. Sejak masuk saya tak pernah layan awak dengan baik. Awak pula layan saya dengan baik sekali," ucap Afiyah lagi.

Suha melepaskan pelukannya sambil tergelak kecil.

"Hisy, apa pula cakap macam itu. Takpe saya faham. Syukurlah setelah dua minggu kat sini, akhirnya awak dah mula tersenyum," balas Suha teruja.

Afiyah hanya tersenyum.

"Lambat lagi kuliah nak mula. Tak sabar rasanya tengok reaksi rakan sekelas kita," kata Suha sambil membelek jam tangannya.

"Melebih," balas Afiyah. Suha tergelak kecil.

"Sorry terlebih," jawabnya sehingga mengundang gelak Afiyah.

Suha memeluk lengan rakannya itu.

Tanpa sedar si pemerhati yang leka memerhati kedua-dua gadis itu sedari tadi turut mengukir senyuman.


Previous: Part 9
Next: Part 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena