Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 51

Selepas solat Maghrib, Faris membawa Layla ke Tony Roma pula untuk makan malam. Dia betul-betul ingin membelanja Layla makan dengan sebaik-baiknya. Dia memesan udang cocktail sebagai appetiser, manakala hidangan utama ialah daging rusuk kambing yang dipanggang atau lamb ribs dan sejenis roti dipanggil flatbread yang ditabur ricihan daging steak dan cendawan liar dan juga Ceasar Salad.

Namun, Layla tidak pernah makan makanan barat pun kecuali ayam goreng dan burger dari restoran makanan segera. Jadi, bila Faris pesankan dia makanan di situ dia jadi risau. Sedapkah? Tertelan tak dia makanan di situ semua kerana kelihatan pelik di matanya apa tah lagi rasanya. Faris pula bersungguh mengatakan lamb rib di situ yang paling sedap. Justeru Layla akur sahaja kerana dia tahu pasti bab makanan Western, Faris lebih arif kerana selalu berada di luar negara. Makanan yang dipesan semua dalam hidangan yang besar pula. Layla terfikir boleh habis semua ke tidak hidangan itu semua.?

Appetiser dari udang itu pula memang menyelerakan. Udangnya rangup di gaul dengan sos thousand island dan bijan hitam bersama ricihan salad butterhead di letakkan dalam satu cawan cocktail yang besar. Faris dan Layla makan berebut dengan menggunakan lidi yang disediakan kerana enaknya. Comot-comot mulut Layla sehingga Faris tergelak. Tak kan dia kena sapu lagi? Kali itu dia hanya menunjuk pada mulut gadis itu. “ Comotnya” ujar Faris merenung pada mulut gadis itu. Layla hampir ketawa gelihati lantas mencapai napkin dan menyapu mulutnya. Malupun ada. Dua kali makan dengan Faris, dua kali juga comot. Memang sah dia budak comot!

      “ Ada lagi tak? “ Tanya Layla menunjuk ke mulutnya. Faris telan air liur. Comel lah pulak nampak mulut Layla di matanya. Faris mengeleng.

     “ Dah tak ada.” Ujarnya kemudian mengalihkan pandangan. Bahaya pandang lama-lama ni, desis hatinya. Dia menarik pinggan berisi lamb rib pula.

      “ Semua ni kita share ye.” Faris mencarik daging dari tulung rusuk kambing itu ke mulutnya. Kemudian dia mencarik sekali lagi dan berkata,

     “ Cuba awak rasa lamb rib ni. “ Faris telahpun menghulurkan carikan daging kambing panggang itu ke mulut Layla. Layla tersentak. Hai, main suap-suap pulak.

    “ Isyh, tak payahlah suap-suap. Letak aje di pinggan saya.” Ujar Layla. Rimas kalau Faris tiba-tiba macam itu.

    “ Ni nak kena paksa la ni. Ha, apa janji awak? Kita di mana ni? Cepat buka mulut awak. Hai, orang nak bagi makan pun susah.” Rungut Faris.

Layla terpaksa buka juga mulut dia dan disuapkan oleh Faris. Bila dikunyah saja terasa begitu lembut sekali daging itu. Daging tulung rusuk kambing yang dipanggang itu memang sangat lembut dan penuh rasa bila dimakan. Rempahnya seolah menyerap ke dalam daging kambing tersebut. Layla tidak pernah memakan daging kambing yang sedap sebegitu. Layla mengakui pandai juga Faris memilih makanan. Kerana sedap, Layla ambil juga sendiri daging tersebut bersama-sama Faris. Ada masa Faris menyuapkannya pula. Hai kalau boleh dia nak suapkan sahaja. Biasalah Don Juan Malaya, memanglah pandai mencipta saat-saat romantik seperti itu.

Sambil itu Layla juga merasa flatbread yang bertatah cendawan liar dan hirisan daging steak yang sedap dicurah pula kuah barbeque. Memang sedap bagi Layla dan yang paling bagus, semasa makan Layla tak perlu risau untuk menggunakan pisau garpu kerana flatbread berbentuk seperti pizza. Pizza berbentuk segiempat tepat. Jadi, dia gunakan tangan sahaja untuk makan.

Kemudian mereka dihidangkan dengan salad Caesar yang Layla memang tak suka kerana ia menggunakan keju masam. Lidah Melayunya memang tidak sukakan keju kecuali keju pada pizza sahaja. Terus dia teringat disuapkan keju oleh Faris beberapa bulan dahulu yang dia tidak dapat lupakan rasanya yang teruk. Penyudahnya Layla hanya makan crouton sahaja iaitu kiub-kiub kecil roti kering bersalut daun herba. Rangup bila di makan bersama salad tetapi dia hanya makan salad yang tidak terkena dengan keju masam itu sahaja. Air pula, Layla memilih teh ais Lemon kerana sukakan kesegarannya begitu juga Faris.

Mereka makan seperti sepasang suami isteri yang bahagia biarpun masing-masing sarat dengan pemikiran ke manakah arah perhubungan mereka. Faris yang kian hari menyukai gadis itu dan Layla yang cuba untuk mencapai cita-citanya.

Biarpun ada masalah antara mereka tetapi sewaktu makan itu kemesraan terasa. Sambil itu mereka berbual-bual tentang majlis harijadi Tan Sri yang akan berlangsung hujung minggu itu.

     “ Selalu ke ayah buat majlis harijadi?”

     “ Tak selalu. Tapi tahun ni ayah mahu mengumpulkan family dan rakan-rakan untuk meraikan harijadinya dan juga saya rasa pemergian kita berdua ke Boston.” Layla mengangguk-angguk. Makin susahlah untuk dia ke Boston berasingan dengan Faris kerana semua orang akan tahu yang mereka akan pergi bersama-sama. Layla menyuap flatbread ke mulutnya lagi. Dan Faris pula sedang menghadap salad yang masih berbaki. Nampak sangat Layla tidak berapa suka dengan salad kegemarannya itu kerana ada keju. Dia perasan bila gadis itu menguis-nguis keju itu ke tepi sebelum makan.

     “ Faris, is that you? “ pertanyaan dari seorang wanita yang Faris kenal sangat menyebabkan Layla dan Faris terhenti dari menyuap makanan. Seorang wanita berambut kuning jagung dan bermata biru merenung mereka silih berganti. Layla perasan wanita berdress pendek itulah yang dia nampak bersama dengan Faris semasa di Carcosa Seri Negara dulu.

    “ Ariel? What are you doing here?” ujar Faris seperti terkejut. Aduhai kacau betul lah. Layla dan dia baharu saja ingin berbaik. Matanya melihat reaksi Layla kemudian wajah Ariel silih berganti. Hati Faris resah.

Oh, namanya Ariel. Desis hati Layla pula. Punyalah cantik macam supermodel. Seksi pulak tu, sambil Layla melirik pada pakaian Ariel. Patutlah Faris suka bersama dengannya. Memang tak terlawan Layla. Macam langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan dia. Ish! Bila pulak aku nak lawan dengan minah salleh ni!

     “ To eat of course? What about you?” ujar Ariel bersuara agak nyaring. Geram kerana teman lelakinya itu berseronok dengan wanita lain. Rasa tercabar melihat Faris keluar dengan wanita Melayu yang bertudung litup begitu. Fariskan ada dia, kenapa mesti bersama dengan gadis itu. Apalah agaknya yang Faris nampak dari gadis yang nampak sangat rendah di pandangan matanya dengan ketinggian Ariel hampir 6 kaki itu. Supermodel lagi.

     “ Having a quiet dinner with my wife.” Kata Faris penuh yakin dan bangga. Ariel terkedu. Dia rasa ingin menjerit. Sejak bila pula Faris beristeri. Patutlah Faris balik ke Malaysia meninggalkannya tiba-tiba! Tapi untuk gadis seperti itu? Sangat tak ada citarasa. Tak rimaskah tutup-tutup begitu dalam cuaca panas Malaysia ni? Tak tercapai akalnya kenapa Faris memilih gadis itu sebagai isteri. Ariel tidak puas hati.

    “ Wife? She’s your wife? For god sake I don’t believe this. No wonder you are not returning my calls nor asking me out anymore! Because you got a wife.!

    “ Yes, she’s my wife. Let me introduce you, this is Layla. Layla this is Ariel

    “ Really nice meeting you. Just to let you know I’m going back to States next weekend. My modelling shows completed yesterday. I hope you have a good life with your wife here.“ ujar Ariel menyindir. Kemudian dia memandang Layla dengan sinis pula dan berkata,

      “Such a husband you have but believe me, Layla, through my sweet experience with him, Faris here never enough with one girl. The next thing you know he will have mistresses!.” Perkataan mistresses itu dinyaringkan oleh Ariel. Kemudian dia ketawa buat-buat. Wajah Layla berubah. Muka Faris juga berubah. Berubah menjadi marah sangat-sangat. Kalau boleh dia mahu telan sahaja Ariel itu sekarang juga. Ataupun jadi seorang ahli sihir dan tukar Ariel menjadi katak. Sungguh kurang ajar memfitnah dia di hadapan Layla. Tak tahukah dia dalam misi merebut cinta gadis itu? Haishh! Kacau daun sungguh!

Betulkah apa yang dia dengar? Desis hati Layla. Satu kejutankah bila Ariel berkata begitu? Layla rasa dia sudah jangkakan semua itu sebaik sahaja dia lihat perangai Faris selama beberapa bulan itu. Mungkin benar mungkin tidak. Dia sebenarnya tiada hak atas masa lampau Faris pun. Tapi hati perempuannya terusik juga. Jelas, Faris mungkin tidak boleh dipercayai oleh itu dia akan pastikan selama mereka bersama, dia akan kawal hatinya supaya tidak jatuh hati. Dia tahu apabila dia jatuh hati dan Faris jelas masih berperangai lama sudah tentu dia akan terluka.

     “ Ariel!” marah Faris dari celah gigi yang diketapkan.

    “ Well Faris darling, goodbye. If you ever in States again and she’s not enough for you, you know where to find me” kata Ariel sahaja ingin menyakitkan hati Layla yang mendengar. Sambil itu dia ketawa buat-buat. Memang sengaja mengapikan Layla lagi. Perasan wajah Layla yang sudah semacam. Ariel mahu ketawa kerana jelas cucuhan batu apinya berjaya.

    “ Not in a thousand years. You and me is over Ariel. Over!” ujar Faris tegas ke arah Ariel. Dia sudah pun bangun menghempas kain napkin yang dipegang ke atas meja.

   “ Not till I say its over. I will keep haunting you! Enjoy your dinner!” Kata Ariel menepuk bahu Faris sebelum berlalu. Layla memerhatikan sahaja. Faris dan Ariel bergaduh seperti sepasang kekasih di matanya. Agaknya itulah wanita sofistikated yang disebut oleh Faris pada malam pertama dulu. Kalau tengok ketinggian mereka berdua memanglah sesuai.

    “ Layla, you jangan percaya cakap Ariel tu. Saya bukan macam tu.” Ujar Faris selepas itu cuba memujuk Layla kalau-kalau ada kepercayaan gadis itu masih bersisa untuknya. Dia telah pun duduk kembali.

     “ Faris, saya ingat apa awak cakap masa di malam pertama dulu. Saya sebenarnya tak kisah kalau awak mahukan Ariel pun. Ataupun wanita-wanita lain. Mungkin Ariel untuk awak. Entah-entah dia soul mate yang awak cari tak?. Kalau ya, awak sepatutnya bersama dia. Bukan dengan saya.” Balas Layla dengan tenang tapi bergetar di dada. Sebenarnya ada rasa macam hiba pula di hati. Biar betul aku ni! Getus hati Layla. Muka Faris menyinga.

     “ Awak ni manusia ke robot? Awak suruh saya bersama Ariel? Awak tak jealous? Tak jealous langsung?”ujar Faris geram. Entah apa yang gadis itu perkatakan. Pergi pada Ariel? Gila ke?

     “ Itu kan hak awak. Awak kan ada tiga tempat kosong.“ jawab Layla selamba. Faris rasa macam nak tarik-tarik rambutnya kerana geram. Sah! Layla tiada perasaan padanya. Sanggup dimadukan pula! Faris benar-benar tersinggung.

    “ Hisyh! Saya tak fahamlah awak ni. Awak nak suruh saya kahwin dengan orang lain dan madukan awak? ” Tanya Faris tak puas hati.

   “ Faris, awak tak berdosa pun kalau nak kahwin lagi. Dalam Islam memang dibenarkan.” Kata Layla.

Memang betul pun tapi sudah tentu ada banyak syaratnya. Tapi dalam hal Faris yang tak cukup satu dibolehkan saja. Tapi, Nabi Muhammad SAW tidak pernah memadukan Siti Khadijah semasa hidupnya. Lantas Layla teringat satu buku bertajuk “ Siti Khadijah, the love of Muhammad.” Satu kisah cinta yang hebat untuk dua insan yang bercinta dan berkasih kerana Allah SWT. Adakah dia dan Faris akan jadi begitu”? Arggghhh….apa aku berangan ni!

    “ Awak tahu tak apa yang awak cakap? Hisyh geram betul lah saya dengan awak ni, Saya nak awak seorang sahaja. Awak saja! Faham?!” ujar Faris menyebabkan Layla tersentak. Hah! Betulke apa yang dia dengar? Dia tak salah dengar kan? Tapi biar betul apa yang dia dengar itu. Layla tak terkata apa. Dia takut melihat wajah Faris yang dari menyinga sudah ke tahap raksasa.

Mood Faris terus berubah. Dia mengisyaratkan pada waiter untuk membawa bil ke meja mereka. Sebaik sahaja membayar dia berjalan laju-laju sambil menarik tangan Layla ke parkir. Membukakan pintu kereta penumpang dan menolak sedikit Layla ke dalam dan menutup pintu. Tiada lagi layanan seperti tuan puteri. Faris masuk pula disebelahnya dan menghidupkan enjin lantas kereta sport itu menderu laju keluar dari pusat membeli-belah itu.

Di dalam kereta, mereka membisu. Layla tak faham kenapa Faris mesti marah. Dia hanya mengatakan sesuatu yang benar sahaja tetapi Faris pula yang melebih.

    “ Err…Faris..”

    “ Do not… say a word. Not now!” ujar Faris marah. Tangan dihentak ke stereng. Ariel memang tak guna! Layla di tepi terkujat. Aduhai, godzilla dia dah keluar.! Habislah aku!

Previous: Bab 50
Next: Bab 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.