Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 26

           Faris kalau ada di rumah pun tidak pernah melayannya dengan baik. Satu hari dia tidak tahupun Faris sudah ada di dalam bilik hari itu. Dia berada di perpustakaan sepanjang hari dan apabila masuk ke bilik dia tidak perasaan apa-apa sehinggalah membuka pintu bilik air. Terkejut dia melihat tubuh Faris dalam jacuzzi. Faris pun terkejut juga. Faris dengan suara hodoh menjerit marah kerana ketenteramannya di dalam jacuzzi itu terganggu. Layla dengan malu berlari keluar. Kemudian Faris keluar dengan tuala terikat di pinggang dengan rambut dan badan yang masih basah.

        “ Boleh tak kalau nak masuk tu ketuk dulu? Ini tidak main terjah aje. Awak ni tak ada manners ke?’ marah Faris padanya. Dia baharu saja ingin berehat melapangkan fikiran. Baru pulang dari London beberapa jam lepas. Dah beberapa malam dia tidak berapa tidur untuk memastikan semua kerjanya di London siap. Jadi bila pulang saja dia cuba berehat dengan memanjakan diri dalam air panas jacuzzi tersebut. Tiba-tiba gadis itu masuk untuk ke bilik air. Mahu tak terkujat dia. Dia terjerit. Layla pun terjerit. Benar-benar terkejut. Layla tahu memang salah dia tadi tapi manalah dia tahu Faris ada di dalam tadi.

       “ Mana saya tahu awak dah balik. Dah lama saya tak nampak awak. Kalau awak telefon ke atau bagi mesej pada saya awak dah balik tak de lah saya nak terjah macamni.” balas Layla geram tapi menundukkan pandangannya, tidak sanggup melihat Faris dengan hanya bertuala itu. Tahulah badan berketul-ketul saja buat seksi pulak pakai tuala sahaja. Argghh! Habis ilmu aku, getus hati Layla.

          “ Banyak cantiklah saya nak mesej-mesej bagai. Inikan bilik saya, bilik air saya, tempat saya, rumah saya...suka hati sayalah nak masuk bilik air saya. Awak ingat bila saya bagi awak tumpang bilikni, bilik air ni awak punya? Boleh masuk sesuka hati? Awak tumpang je tau...sedar sikit” ujar Faris beria.

      “ Yelah saya tahulah semua ini awak punya. Tapi selalu time macamni awak mana ada kat rumah?” Awak kan kerja? Selalu balik pun lambat. Kadang-kadang tak balik. Saya ingat awak dah tak mahu balik rumah”. Sindir Layla sedikit mengomel. Faris mendengus. Ish..ish! dah macam mak nenek pulak gadis itu!.

     “ Ikut sayalah nak balik bila. Nak kerja bila. Nak balik ke tak. Ooo sebab saya tak adalah awak naik lemak kan? Awak ni kena ajar manners sikit. Dasar orang kampungkan manalah ada manners kan?. Dengar sini lepas ni kalau nak guna bilik air ni kena ketuk dulu 5 kali. Kemudian kena cakap, Encik Faris, may I use your bathroom please? Ada faham? Kalau tidak saya boleh cakap awak saja-saja nak tengok saya kan? Saya tahulah saya handsome!” ujarnya menengking.

    Layla membulatkan mata mendengar apa yang dikatakan Faris itu. Amboi! Mamat perasan mulut tiada insurans! Kata orang kampung tak ada manners? Dia memang melampau. Adakah patut nak masuk bilik air sehingga begitu sekali. Dia ingat dia anak raja ke apa? Apa Faris ingat mentang-mentang dia anak orang kampung jadi senang-senang saja mahu buli dia begitu. Dia ada harga diri. Paling dia tidak boleh terima bila Faris kata dia sengaja masuk untuk melihat lelaki itu. Malam sikit!

     “ For your information ye Encik Faris, saya ni tak ingin langsung nak tengok awak!” balas Layla menaikkan suara. Dia tidak mahu dibuli sebegitu. Faris datang menghampiri Layla kemudian merentap tangannya sehingga Layla terkejut. Gadis itu mengada-ngada. Geram dia mendengar kata-kata gadis itu. Menengking pula tu. Faris pandang dia atas bawah. Layla meneguk air liur. Dia dapat lihat wajah lelaki itu yang kian tegang. Urat di dahi kelihatan. Jelas lelaki itu sudah naik angin.

      “ Apa you cakap? Cuba ulang sekali lagi” Faris telahpun merapati Layla sehingga Layla tersandar ke dinding bilik.

    “ Saya tak ingin nak tengok awak!” ujar Layla degil. Kedua-dua tangan Layla ditekan ke dinding. Layla mengaduh. “ Sakitlah”. Faris menguatkan lagi pegangan.

    “ Oh tak ingin ye...awak tahu, kalau ikut surat nikah awak itu isteri saya. Kalau saya mahu saya boleh paksa awak layan saya, tak siapa pun akan persoalkan. Tapi sebab sayani tak ada nafsu pada awak maka saya sampai sekarang tidak teringinkan awak. Jadi, saya tak kisah kalau awak tak inginkan saya ke apa ke tapi saya bagi awak amaran. Saya tak suka orang kacau privacy saya. Mulai hari ini awak kena ketuk pintu bilik air dulu sebelum masuk. Faham?” ujarnya marah kemudian melepaskan tangan Layla dengan kasar sehingga Layla terjatuh. Layla mengaduh.

    “ Isteri? Saya isteri awak ke?” jerit Layla. Faris tersentak lantas memandang gadis itu seketika. Dia teringat syaratnya.

“ Ah! Tak kisahlah awak isteri saya ke tidak....yang pasti saya tak suka awak ganggu privacy saya. Ingat! Ketuk 5 kali. Dan cakap apa tadi? Sebut!" jeritnya di telinga Layla menguatkan lagi pegangan di tangan.

"Err...Please Encik Faris can I use the bathroom." ujar Layla tergagap-gagap kerana takut. Dalam hati Faris rasa mahu tergelak suka. Seronok mengenakan gadis itu. 

" Ingat tu setiap kali awak nak masuk bilik air. Kalau awak main terjah lagi siaplah awak!” jeritnya sehingga Layla rasa telinganya mahu pekak sahaja. 

Faris memang sengaja ingin membuli gadis itu yang makin lama makin menyesakkan jiwanya. Dia rimas, benar-benar rimas dengan gadis itu. Dia membalas tekanan terpaksa menghadapi gadis itu dengan cuba menyakitkan hati gadis itu. Hatinya akan puas bila air mata gadis itu keluar kerana dia tahu dia masih lagi waras dan membenci gadis itu. Gadis yang tiada hak untuk menjadi isterinya. Gadis yang tidak layak menjadi suri hidupnya apatah lagi soul matenya. Tidak layak berkongsi hidup dengannya.

Faris berlalu ke bilik salin pakaian menghempas pintu dan kemudian keluar semula bila siap dengan berpakaian kasual. Dia mahu keluar dari situ mencari ketenangan kerana ketenangannya tiada lagi di rumah itu. Dia meninggalkan sahaja Layla yang terpempan di situ yang masih terkejut dengan tindakan dan kata-kata lelaki itu. Hina sungguh pandangan Faris terhadapnya. Air mata merembes perlahan keluar dari mata galaknya. Sedihnya hati Layla tetapi Layla segera mengesat air mata di pipi dengan kasar. Dia tidak mahu menangis kerana lelaki itu. Tangannya masih sakit dan berbekas dipegang kuat begitu tapi hatinya lebih sakit. I hate you Faris Nabhan Omar! I hate you forever! Jeritnya tapi hanya di dalam hati.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.