Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 54

Malam itu riuh sebentar mahligai Bukhari itu dengan sorakan gembira Faris dan Nabila kerana masing-masing memenangi hadiah juga dari tournament golf yang mereka berdua berlatih beberapa minggu sebelum itu. Biarpun tidak memenangi hadiah utama mereka berdua tetap bangga dengan kejayaan mereka itu. Nabila memenangi hadiah percutian menaiki cruise ke Phuket berdua manakala Faris memenangi sebuah kereta Suzuki Swift berwarna biru. Tidak sia-sia juga mereka berlatih. Tok Zauyah dan Tan Sri Omar pula bangga dengan kejayaan dua beradik itu. Wafiq juga ada bersama menumpang keseronokan kejayaan adik dan abangnya. Dia pun turut sama mengucapkan tahniah. Sewaktu makan itu riuh Faris dan Nabila bercerita saat-saat kejayaan mereka.

“ Jom kita swap hadiah abang. Abang ambik percutian tu bawa Layla ke Phuket naik cruise, I nak kereta tu. Boleh?”kata Nabila. Faris mengeleng-ngeleng. Melihatkan kereta itu sahaja dia terbayang Layla memandunya. Dia bercadang ingin memberikan sahaja Layla kereta itu. Tapi, percutian itu menarik juga namun dalam masa yang tinggal beberapa minggu untuk ke Boston dia tak pasti mereka berkemungkinan untuk menaiki cruise itu.

    “ Abang ada plan dengan kereta tu, tak boleh.”

    “ Alah abang ni, saya bukan ada sesiapa nak bawa naik cruise tu pun. “

     “ Bawak Tok sajalah Nabila.” Layla mencadangkan. Lagipun itulah masanya Nabila merapatkan diri dengan Tok Zauyah. Nabilah mengangguk. Betul juga.

    “ Tok pun dah lama tak makan angin.” Ujar Tok Zauyah pula sambil tersenyum kasih pada Nabila, cucunya itu. Nabila tersenyum.

    “ Sounds great Tok and I can’t wait. Nanti Nabila uruskan ye.” Ujar Nabila seronok.

Layla juga teringat bahawa tadi bagaimana mereka semua berada di padang golf memberikan sokongan pada Faris dan Nabila. Bersungguh-sungguh Layla, Tok Zauyah dan Tan Sri memberikan semangat pada Nabila dan Faris. Wafiq pun boleh tahan juga memberikan semangat. Seharian mereka berada dalam sinaran matahari. Layla terasa wajahnya gelap disimbah matahari meskipun dari awal Faris telah menyuruhnya memakai topi dan juga cream sunblock di muka.

     “ Nanti kalau dah hitam legam siapa yang susah.”

Marahnya bila Layla macam degil sahaja hendak menyapu krim yang melekit-lekit itu ke mukanya. Layla buat muka tapi dia ikutkan juga arahan Faris.

   “ Yelah saya sapu ni ha…puas hati? “ Faris tidak menjawab. Nabila yang ada di situ tergelak-gelak.

    “ Good luck Nabila!” ujar Layla pada Nabila sambil memeluk adik iparnya itu.

    “ Thanks Layla. Really need it. Perut I dah sakit dah ni.”

    “ Mesti boleh buat insyaAllah. You dah cuba terbaik. Kalau Allah izinkan pasti berjaya.” Balas Layla menenangkan Nabila. Nabila tersenyum. Dalam banyak perkara seperti itu Layla pasti akan menenangkannya. Bagaimanalah dia boleh benci sangat dengan gadis itu dulu? Nabila kesal sendiri. Semuanya bermula dari buruk sangka dan cemburu yang dia rasakan sebelum ini. Bila dia kenal siapa gadis itu sebenarnya baru dia tahu betapa salahnya dia.

    “ Eh, pada Nabila saja good luck? Ni pada saya ni tak tak ada apa-apa?” sindir Faris. Dari tadi dia perhatikan mereka berdua terutama Layla.

    “ Yelah Encik Faris, Good luck!.” Kata Layla selamba.

    “ Good luck saja? Good luck kiss?” dia menunjuk pada pipinya. Huh! Tak kuasa Layla nak layan.

    “ Amboi nak good luck kiss bagai. Menanglah dulu kalau ye pun.” Ujar Layla bergurau namun agak perlahan. Lebih kepada mengomel sebenarnya.

Kemudian dia terfikir, kalau menang macamana? Tapi dia harap Faris tidak dengar apa yang dia katakan kerana selepas itu Faris dan Nabila telah dipanggil untuk ke tempat pertandingan itu. Dan Faris seolah tidak menunjukkan apa-apa reaksi pula. Kemudian selepas itu dia terlupa tentang kata-katanya itu.

Dan malam itu selepas makan bila hanya mereka berdua sahaja sahaja di bilik seperti biasa, Faris berkata,

     “ Saya sebenarnya nak bagi awak kereta tu.”

      “ Eh, tak apa. Jangan susah-susah, Saya pun bukan nak ke mana pun. Lagipun saya boleh pakai Mini Cooper ayah. “ balas Layla bersungguh.

      “ Apa yang susah, saya dah ada kereta. Apa salahnya awak ambik saja kereta tu…lagipun kereta tu sesuai untuk girl macam awak, cute !” ujar Faris tiba-tiba. Wah, dia anggap aku cute? Layla terasa seronok sekejap kemudian terfikir sejenak. Eh, tak, dia sebut kereta itu yang cutelah! Hisyh!! Perasannya aku. Desis hati Layla. Layla terasa macam mahu menepuk dahi sendiri.

     “ Betul ke ni?” ujar Layla bagai tak percaya.

     “ Awak ingat saya main-main ke? Ye saya nak bagi awak. Kalau awak naklah…”

       “ Okaylah. Kalau macamtu terima kasihlah. Saya nak.” Kata Layla. Seronok juga kalau ada kereta sendiri. Faris nak bagi pulak tu…

       “ Terima kasih saja awak kata? Ish..macam tak cukup je….Saya rasa awak dah lupa nak bagi saya sesuatulah.” Tiba-tiba Faris berkata begitu.

      “ Apa dia? Bagi apa? Saya lupa apa? “ ujar Layla cuba mengingat. Sungguh dia tak ingat.

       “ Awak kata tadi kalau saya menang awak nak bagi saya satu kiss.” Ujar Faris nakal. Layla tersentak. Dia serta-merta teringat. Aduhai dia dengar ke? Habislah aku. Mulut ni memang suka lepas cakap. Sekarang siapa dah susah. Marahnya sendiri. Muka Layla berubah risau. Macamana ni?

Faris yang melihat reaksi wajah Layla itu tersengeh. Seronok mengenakan Layla begitu. Sampai merah-merah menyala begitu. Tapi kasihanlah pulak. Tak mengapa. Dia masih banyak masa. Dia akan bersabar.

      “ Tak apalah, lain kali. Tapi ingat awak berhutang satu kiss dengan saya! Bila-bila saya akan tanya awak lagi dan tuntut. ” ujar Faris. Layla mengurut dada lega buat sementara. Dia harap Faris lupa selepas itu. Mereka terdiam seketika. Kemudian Layla teringat seuatu dan memanggil Faris dengan sedikit tergagap.

      “ Eh awak….saya… “

      “ Kenapa, dah sedia nak bagi ke tergagap-gagap ni?”

      “ Eh bukan…ini hal lain… saya nak minta izin balik kampung sebab dah lama saya tak ke sana. Dua minggu lagi dah nak ke Boston. Boleh ye saya balik?” Tanya Lyla. Tadi ibunya ada menelefon bertanya bila dia akan pulang kerana sebelum berlepas ke Boston, wajarlah ibubapanya ingin menghabiskan sedikit masa bersama.

      “ Okay, baliklah ke kampung awak. Saya izinkan. Sepatutnya sebagai ganjaran awak kena upah saya ni. Dahlah tadi hutang. Sekarang tambah lagi satu hutang. Setakat ni dua kiss ye tertunggak.” Ujar Faris mengusik lagi. Layla mencebik. Aduh, apa kena pulak mamat itu? Dari satu dah jadi dua pula? Namun dia lega kerana Faris memberikan izin juga padanya untuk pulang.

Jadi dalam waktu yang tinggal berbaki itulah Layla pulang ke kampung. Faris membenarkan memandangkan Layla memang sudah lama tidak pulang ke kampungnya setelah berkahwin. Terbit pula kasihan di hati Faris. Pada pandangan Faris, sudah tentulah Layla perlu menghabiskan masa bersama keluarganya sebelum berlepas ke Boston melepas rindu. Dia tahu Layla memang sayangkan keluarganya. Bahkan kasih sayang Layla juga telah merebak ke Mahligai Bukhari. Layla telah secara tidak langsung menyatukan mereka satu keluarga. Faris perasan hubungannya dengan Tok Zauyah, ayahnya dan Nabila semakin baik kerana Layla. Itulah sebabnya hatinya makin jatuh pada Layla. Cuma Layla sahaja yang masih keras hati tidak mahu menerima Faris.

Layla juga telah meminta untuk pulang ke kampungnya selama seminggu dan disebabkan Faris sedang sibuk menguruskan peralihan kerja kepada adiknya, Layla terpaksa balik ke kampung tanpa Faris. Pak Hassan, pemandu baru Tan Sri yang menghantarnya kerana Layla masih belum berani memandu jauh-jauh melebihi 1 jam untuk pulang ke kampungnya di Kuala Selangor.

Sesampainya dia di rumah, Layla bagi alasan pada mak dan ayahnya yang Faris sibuk maka tak dapat pulang bersama. Sebenarnya pada pandangan Layla sudah tentu Faris pasti tak sanggup mengikutnya pulang ke kampung melihatkan reaksinya semasa mereka mula-mula kahwin lagi. Tambahan pula Layla lebih suka bersama keluarganya tanpa ada orang luar seperti Faris yang akan mengganggu dia bermanja dengan ibu bapa dan adik-adiknya.

Previous: Bab 53
Next: Bab 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.