Home Novel Umum Koleksi Cerpen
CERPEN 8-KERONG

Lebai Cha dah jenuh punggai kayu. Namun, dia datang juga. Minggu lepas habis satu lau, habis telur ayam ibu koko dikerjakan binatang liar.

Puas Lebai Cha menggantungkan tin susu terpakai. Tin digantungkan pada tali Rafia yang direntang dari dahan Ketapang, disambung ke pokok Limau Nipis. Sekali binatang itu datang, sekali tali yang direntang itu dihinggut. Bercempera mereka lari mendengar bunyi dari lagaan tin kosong itu.

Sebulan lepas, habis anak-anak ayam dalam kepung habis dikerkah haiwan lapar. Lebai Cha cukup hairan kerana kalau dulu, haiwan itu akan bercempera lari apabila nampak kelibat manusia. Kini selamba saja mereka berjalan berbondong-bondong di kawasan tanah lapang, hingga ke jalanraya.

Hujan yang berterusan menyebabkan kawanan haiwan tersebut agak berkurangan. Mungkin kerana kesejukan. Namun, masih kedengaran suara mereka di atas dahan Nangka Madu yang terletak di tepi parit, perenggan dengan Liah Janda. Mungkin sedang berebut nangka. Hujan-hujan begini mungkin perut mereka minta diisikan.

Patutlah Liah Janda teriak 'wat wit wat wit' minggu lepas. Kawanan itu masuk menggeledah dapurnya. Habis 'periuk karan' dilarikan, bersepah nasi tumpah di dapur.

"Bang Lebai ! Mai tengok sat, cek takut. Kera masuk dalam runah." terkocoh-kocoh Liah Janda berlari ke rumah Lebai Cha, tak sempat berbaju,hanya 'tang kedada' dan ditutupi sehelai kain batik yang dibeli dari Langkawi.Liah beli kain batik itu semasa mengikut rombongan Perkumpulan Wanita Kampung ke pulau Lagenda itu. Terkejut Lebai Cha dengan kemunculan Liah Janda di halaman rumah.
"Awat?"
"Hah! Hang mai kok mana?"
"Hang randuk parit, ghonot kok bawah penyidai ka?" Tanya Lebai Cha bertalu-talu macam pegawai Polis menyiasat.

"Bapak kera selongkag rumah cek," ujar Liah Janda. Sempat Lebai Cha mengerling Liah Janda sekilas pandang.
"Patut kambing aku dok tak diam. Macam ada yang dok mai honggag kandang."
"La ni banyak sungguh menatang tu, Bang Lebai."

"Tolong sat nak buat lagu mana?," tutur Liah Janda.
"Hang tunggu sat."
Lebai Cha cepat-cepat naik ke rumah. Terserempak dengan Mak Limah, isterinya yang baru Solat Zohor.
"Awat yang kalut sangat ni?" Tutur Mak Limah.
"Kera mengamuk!"
"Tu lah yang mergastua dok pesan jangan bagi makan kera."
"Itu di taman, di Penang," ujar Mak Limah. Lebai Cha teringat kera di Taman Bunga Pulau Pinang, tempat wajib bila rombongan ke Pulau Pinang hantar jemaah ke Mekah pada tahun-tahun 70an. Bas rombongan akan bertumpu di situ, kera akan serbu pelawat yang datang, minta kacang atau roti.

"Depa kata kera di Penang dah terlampau banyak. Banyak yang lari mai ke Gunung Jerai."

Liah Janda tertunggu di halaman. Lama Lebai Cha naik ke rumah. Liah beransur berteduh di atas pangkin, di bawah pohon rambutan Merah Tok Nog yang merendang.
***

Mak Limah turun mendapatkan Liah yang bersandar di atas pangkin bawah pohon rambutan.

"Bunyi macam nak kiamat. Bunyi bergegar."
"Masa kami penat, terkejut kat Kera, kuat sungguh." Mak Limah yang turun mendapatkan Liah Janda. Berbulu dan rasa geli lihat Liah dalam keadaan berkemban.
"Tak dan nak pakai baju kak Limah ooi, dua tiga ekor kera serbu dapur," ujar Liah Janda sambil membetulkan kain batik di badannya.
"Aku ingat abang Lebai yang tembak seekor dua," ujar Mak Limah menunjuk-nunjuk arah menggunakan tangan. Gelang tangan sebesar jari kelingking dilengannya sedikit bergoyang.
"Dulu jatuh dalan hutan pisang. Bunyi bum nasib baik tak hilang," terang Mak Limah sambil mengurut-urut gelang pada lengannya. Liah Janda hanya menelan air liur melihat gelang tangan Mak Limah.

"Bunyi macam perang kelmarin."
"Ya ALLAH! apa yang dah jadi?"
"Kak tak tengok berita ke? Ada tong gas meletup."
"Tong gas? apa yang bunyi kuat sangat?"

Lebai Cha turun dengan selaras senapang patah. Senapang berhulu kayu buatan tangan itu sentiasa berkilat disapu 'varnis'. Senapang itu sudah banyak jasanya. Tupai, musang, lotong dan babi hutan sudah menjadi mangsa senapang itu sejak dulu.

"Mana,mana kera tu?" ujar Lebai Cha. Kartus peluru tersisip di pinggangnya.

[BERSAMBUNG]

---------

Daftar Perkataan

1. punggai - baling

2. lau - reban ayam

3. wat wit wat wit - bunyi yang bersambung-sambung cth. teriakan haiwan

4. periuk karan - periuk elektrik


Next: AWANG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.