Home Novel Umum Koleksi Cerpen
Cerpen 2: Segenggam Harapan
Hadi merenung malam yang gelap pekat tanpa sebarang taburan bintang di langit atau sinaran bulan. Gelap sungguh malam itu. Hujan seakan hendak turun kerana kedengaran bunyi guruh dan sedikit sambaran kilat.

Hadi teringat kata-kata Ustaz Jumi di surau tadi.

"Petir dan kilat adalah panahan dari Malaikat bagi mengelak Iblis dan Syaitan naik ke langit," Ustaz Jumi menjelaskannya.

"Sebelum Nabi Muhammad dilahirkan para Jin selalu memanjat ke langit untuk mendengar bacaan wahyu, " semakin jelas penerangan Ustaz Jumi.

"Bagaimana jin-jin itu memanjat ke langit?" tanya seorang jamaah.

"Jin-jin tersebut membentuk rantaian, mereka memanjat di antara satu sama lain hinggalah sampai ke langit. Yang mendengar akan menyampaikannya kepada yang di bawah dan akhirnya sampai ke bumi," jelas Ustaz Jumi lagi.

Seorang jamaah kemudian bertanya "nampaknya jin-jin itu memanjat belakanglah Ustaz."

"Ya, berangkai-rangkai macam biji tasbih," jelas Ustaz Jumi sambail memegang tasbih dan dari atas ke bawah bagi menggambarkan keadaan jin-jin tersebut.

"Sekarang dah tidak boleh. Jin, Iblis dan Syaitan telah dihalang oleh Malaikat dari naik ke langit, Ustaz Jumi membuat perbandingan.

"Kenapa?" tanya Majid.

"Dulu, wahyu dari langit ditambah dan ubahsuai oleh tukang-tukang sihir dan bomoh dengan bantuan Jin. Sekarang pun ada bomoh yang menggabungkan ayat-ayat Al-Quran dengan jampi serapah, kena hati-hati," Ustaz Jumi menjelaskan kepada Jamaah, sambil memberi peringatan.

Itu adalah sebahagian dari butir-butir dari isi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Jumi. Seorang Ustaz muda dalam lingkungan 20an. Ustaz Jumi baru menghabiskan pengajian ilmu Usuluddin di bumi Anbiya', Mesir.

Hadi masih merenung. Di luar sana hujan telah mula turun. Petir dan guruh berdentum kuat, mengejutkan Hadi yang mengelamun. Cicak-cicak yang berkejaran di siling rumah juga lari bertempiran. Bukan sahaja tidak dapat menangkap serangga yang berehat di siling, bahkan bercempera lari dengan bunyi dentuman yang kuat itu.

"Subhanamalla Yusabbihur Ra'du Walmalaikatimin khifatih,"terpacul bacaan doa ketika panahan petir dari mulut Hadi.

Mahasuci zat Allah yang menjadikan petir bertasbih kepadaNya dengan memujiNya, demikian juga para Malaikat yang bertasbih kerana takut padaNya.

Hadi tinggal bersama ibunya yang telah uzur, Mak Jah. Ayahnya , Pak Lajim telah lama meninggal dunia, kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Hadi tidak boleh keluar dari kampung kelahirannya, Kampung Pinang Sebatang. Dia telah berkhidmat dengan ibunya sejak sekian lama.

Abang dan kakaknya iaitu Kodi dan Jeha telah lama berhijrah keluar dari kampung Pinang Sebatang. Mereka telah berkerjaya yang amat baik. Abang sulungnya Kodi adalah salah seorang akauntan di Malayan Bankin Berhad, manakala kakaknya Jeha adalah seorang penganilisis ekonomi yang terkenal. Kakaknya kerap kali muncul di kaca TV, memberikan laporan analisa ekonomi dalam slot berita.

Semua keperluan Mak Jah dan Hadi telah disediakan, tiada masalah bagi Hadi dan ibunya. Tetapi yang masih kurang adalah kebebasan pada Hadi. Semua hal berkaitan ibunya dia yang uruskan. Menyebabkan dia terikat di rumah. Abang dan kakaknya menyediakan belanja yang lebih dari cukup.

Hadi bukanlah tidak berjaya dalam pelajaran. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia bercita-cita menjadi seorang arkitek yang berjaya.

Rakan-rakannya seperti ....

to be edited

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.