Home Novel Umum Koleksi Cerpen
CERPEN 7 : JUO RONG

Sekumpulan berok mat yeh melompat-lompat. Bunyi bedilan senapang patah bersipongang dalam hutan tebal itu. Seekor berok mat yeh betina, berekor kentoi mendakap anaknya yang masih kecil, bimbang anaknya akan jatuh ke bawah. Daun-daun berguguran di sana-sini serentak dengan bedilan dari muncung senapang. Berok-berok mat yeh jantan bercempera melarikan diri sambil mengambil kesempatan, menggatal dengan yang betina. Mengharapkan agar ada mana-mana betina yang meminta bantuan.

Bunyi bedilan masih terdengar. Berok-berok di atas pokok itu terus bercempera, menyelamatkan diri masing-masing.

Kedengaran di bawah pokok suara menjerit “cari sampai dapat!”

“Cari sampai dapat!”

“Cari sampai dapat!”

Tangkap ... jangan biar terlepas!”

Bunyi suara bising masih kedengaran dan terus membingitkan seolah-olah bunyi gendang tarian singa yang turut bersama-sama dengan dentuman mercun yang dibakar.

“Bersiap semua!” Sang Merah ketua kepada kawanan berok memberi pesanan kepada anak buahnya, perhimpunan di atas dahan menjadi wadah untuk menyampaikan kata-dua kepada kawanan berok-berok yang ada.

“Yang berekor kentoi, berbulu merah .... siap sedia. Tuan-puan (hahha?) selalu dicari,” pesan Sang Merah yang juga berekor kentoi.

“Kita perlukan transformasi!” jerit seekor anak berok yang berada dalam dakapan ibunya.

Kawanan berok berpaling. Saling berpandangan di antara satu sama lain. Hairan dengan apa yang diperkatakan itu.

“Yang berekor kentoi, berbulu merah .... siap sedia. Tuan-puan (hahha?) selalu dicari,” pesan Sang Merah yang juga berekor kentoi.

“Kita perlukan transformasi!” jerit seekor anak berok yang berada dalam dakapan ibunya.

Kawanan berok berpaling. Saling berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing bingung. Bingung dengan kata-kata anak berok yang masih dipeluk ibunya. Entah-entah belum bercerai susu lagi, mengejutkan kawanan yang berkumpul di dahan pokok besar itu.

“Kita perlukan transformasi!” kata anak berok itu sambil mengangkat salah satu tangannya, masih dalam pelukan ibunya. Ibunya hanya memandang kelakuan anaknya sambil tersenyum.

Dua tiga minggu lepas, kawanan Berok Mat Yeh itu amat terkejut, seekor berok dari kawanan mereka dipasung pada sebatang tiang, kaki dan tangan berikat kekar. Bukan mudah untuk melepaskan diri. Jeritan berok yang terikat itu memungkinkan berok-berok dalam kawanan itu bersiap-siaga.

Kawanan berok masih terkejut. Belum ada perbendaharaan kata itu.

“Kita keluar daripada kumpulan kita!”

“Kumpulan pun dah semakin mengecil!”

“Ramai rakyat yang dah lari meninggalkan kawanan,” menjerit beberapa berok.

"Kita perlu kekal, jangan berpisah!" teriak berok otai yang memegang dahan dengan kuat. Bimbang takut jatuh, Badannya agak terketar apabila cuba meninggikan suara. Dia bukan mabuk ketum atau mabuk pil khayal seperti sebahagian beruk remaja yang tenggelam dalam muzik gila.

Sang Merah berpaling ke arah berok otai. Bangga kerana masih ada berok dari kawanannya yang berpegang pada prinsip kawanan.

"Rao jong ruam gan!" berbahasa berok otai dalam bahasa asing. semangatnya berkobar-kobar dengan ucapan Sang Merah. Sang Merah ialah anak didik yang dilatihnya, dia bangga.

"Rao jong ruam gan!" berok otai terus bersuara lantang.

"Mai doi! mai doi!," dengan terketar-ketar berok otai bersuara. Lupa kepada kawanannya yang tidak boleh berbahasa asing itu. Bahkan berok otai itu berasal dari sebuah kawasan hutan di pemukiman berok ekor kentoi di Wang Burma, bersempadan dengan Siam.

"kita perlu bersatu!"

"jangan gaduh!" bersuara kembali berok otai dalam bahasa yang difahami oleh kawanannya.

"Silap kita, kita yang menceroboh," Sang Merah bersuara.

"Kita memang penceroboh," jawab seekor berok remaja yang berbulu kuning dilengannya.

"Ya! memang kita penceroboh, kita menceroboh bila terdesak," balas Sang Merah.

"kita perlukan transformasi!," anak berok dalam dakapan ibunya terus bersuara. Sambil turun menuju ke tempat Sang Merah sedang berucap.

"Kita perlukan fikiran yang kritis."

"Kita perlukan perancangan strategik," tambah anak berok itu sambil terus membingungkan kawanan berok yang ada. Masing-masing menggaru kepala yang tidak gatal.

"apakah dia kata?" seekor berok berpaling dengan penuh takjub ke arah kawan di sebelahnya.

"entah ... aku pun tak tahu," balas rakan berok di sebelahnya.

Berok otai pun tidak faham dengan kata-kata si kecil itu. Berok otai itu, marganya dari Banjaran Nakawan yang membelah hingga ke Wang Burma. Di situ dia dilahirkan, dan dibesarkan.

suku-sakatnya ada yang merentas dan bermukim di kawasan bukit batu kapur di Gunung Medan, yang terletak sejauh 8 km dari Bandar Kangar. Kawanan asalnya pula sebahagiannya menetap di Taman Negeri di Wang Kelian.

saku di pipi yang dianugerahkan oleh Allah amatlah membantu kawanan dan keturunan berok ekor kentoi, marga berok otai ini, mereka boleh menyimpan makanan di dalam saku itu. Cuma, kawanan ini amat takut air. Seboleh-bolehnya sungai dan lopak-lopak air akan dielakkan.

"Ke manakah kita nak pindah?" tanya seekor berok betina yang mulai bimbang.

"Kita tidak boleh berenang," katanya lagi

"Kita bukan macam kawanan yang lain," berok betina itu semakin bimbang.

"Kita bangun subuh-subuh lagi, fajar sadik menyinsing kita sudah bangun untuk mencari sesuap makanan," tambahnya lagi.

"kita perlukan biji tumbuhan, bunga, daun pokok-pokok," tambahnya.

"penting kita perlu mengelak harimau dahan yang akan membunuh kita," tambahnya lagi yang mencengangkan kawanan berok yang sedang mendengar nasihat Sang Merah tadi.

"tempat baru kita ada semua ini?" tanya Sang Kelabu, seekor berok jantan yang cuba menarik perhatian berok betina tadi, sambil tersengih menunjukkan gigi kaninnya yang menguning.

"Ingat! kawanan kita banyak terkurung di taman-taman," bersuara Sang Merah .

"Mereka sudah dilepaskan dan bermukim di Wang Mu dan Wang Kelian, " kata berok jantan Sang Kelabu.

"Dulu pernah Lang Hindik membunuh anak-anak kita," kata Sang Merah mengingatkan kepada kenangan dulu kepada kawananannya

#################################

Kawanan Beruk Ekor Kentoi di atas pokok itu terpinga-pinga. Ada yang melarikan diri, cepat bergayut ke dahan yang lain. Seekor demi seekor, mula meninggalkan kawanan di atas pokok rambutan berbuah lebat itu. Ada juga yang mencerlung ke arah bunyi tembakan bertalu-lalu.

Pang! Pang! Pang! Bunyi laras senapang memuntahkan peluru penabur 35, serentak dengan itu kacang-kacang dari kartus peluru berwarna oren menerjah angin membedal dedaun pohon rambutan ‘anak sekolah’, kartus peluru berjatuhan ke tanah.

Belum pernah terjadi kawanan itu dibedil peluru penabur. Sebelum ini mereka bebas menikmati rambutan anak sekolah’ yang ranum dan merah. Kadang-kadang lekang nyok-nyok’ dan ‘merah tok nor’ juga sempat dihabiskan oleh kawanan itu. Belum ada tembakan yang didengari. Puluhan tahun kawanan yang berasal dari Banjaran Nakhawan, di tanah Siam itu menikmati hasil bumi, rezeki dari Allah. Bebas-sebebasnya.

Bahkan, apa sahaja buah-buahan yang melintas di hadapan mereka habis dipelahap. Bak kata orang ‘tolak batu dan kayu sahaja’. Semuanya rezeki kepada kawanan beruk di kawasan perbukitan di Kaki Bukit Wang Mu itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.