Home Novel Umum Koleksi Cerpen
BE CAREFUL WITH MY DAUGHTER
sumbangan SIDIE KDK

Daun-daun getah kering sesekali berterbangan ditiup angin. Suara hok haa hok haa lolongan lutong galak terdengar sayup dari hutan simpan berhampiran tanah rizab perkebunan itu. Sepasang burung pucung hitam terbang beriringan lalu hingga dipohon gelam yg mati meragan ditengah paya berdekatan..........

Selang beberapa rantai dari jalan mini tar itu tesergam sebuah rumah batu berbumbung lima yg agak sederhana besarnya. Rumah berwarna kuning air itu tampak gah dgn dikelilingi pohon-pohon getah dara yg baru ditoreh.

Dirumah itulah diamnya Zainab dan anak dara kesayangan Zulaika.
Zainab yg sudah tiga kali berjaya merangkul status janda di kampung Kubang Siamang itu bukanlah sebarangan wanita. Beliau memiliki berbelas-belas ekar kebun getah. Dan beliau sendiri pun masih 'bergetah', pada kaca mata Lebai dan Haji serta duda tua yg masih 'miang-miang keladi' dikampung itu.
Walaupun fakta 'bergetah' itu dibantah oleh Muhd Nizam selaku ketua belia di kg itu, namun ianya diiyakan pula oleh Tuan Hj Saad Hashim merangkap penghulu Mukim Bukit Bercabang itu...."hang budak lagi Muhd Nizam, ni hal org tua2"... candek Penghulu kpd ketua belia yg bekerja sebagai pomen kereta itu..

Sejak suami pertamanya meninggal dunia, Zainab tekun membesarkan anak tunggalnya itu dgn penuh kasih sayang ibarat 'mentatang minyak petrol yg mahal'. Zulaika dimanjakan sepenuh hatinya. Apa sahaja kehendak Zulaika diikutinya dgn penuh rela hati, kalau Zulaika tersepak tunggul , terlatah dan tersebut "oh pocot..!" pun , Zainab akan cuba cari dan belikan oh pocot tu utk anak kesayanganya itu.. Pendek kata Zulaika 'under control' sepenuhnya dari diet pemakanan, pakaian dan penampilanya. Teserlah keanggunan anak dara tunggalnya tanpa tolok bandingnya lagi. Zulaika ibarat ratu.

Hidungnya mancung bak seludang..
Rambutnya ikal mayang..
Alisnya lentik bak dimayang..
Lehernya jinjang..
Dadanya bidang..
Matanya pasak..
Kulit halus mulus..
Bibir bak delima merkah..
Pipinya bak telur merbah..
Betisnya bunting semai..
Pinggang ramping bak kerengga..

Begitulah gambaran kecantikan Zulaika seperti yg digambarkan oleh Azizan Shidan seorang pemikat tegar burung tekukur . Dia pernah mengintai Zulaika dari dalam jerumun tempat dia mengendap denak tekukurnya memikat lawan berdekatan rumah Zainab. Hal itu riuh diperkatakan olehnya sehingga gah keseluruh pelosok kampung dan daerah akan keayuan Zulaika itu. Maka berduyun-duyun dan berbondong-bondongan lah anak2 muda termasuk duda baik jauh dan dekat datang utk menyunting Zulaika sbgai isteri. Mereka seolah olah berlumba-lumba mencuba nasib bersandarkan kpd kiasan 'untung sabut dpt kelapa,untung batu benjol kepala'. Tetapi malangnya semua peminangan itu ditolak mentah-mentah oleh Zainab,tanpa dimasak.
Ibarat 'pulang paku buah keras'. Ramai yg merasa kecewa,terkilan dan malu sendiri seumpama 'melepaskan kentut ke kipas angin' yg menghala ke arah diri sendiri adanya...

Dalam menjalani kehidupan bersama anak dara kesayanganya yg cantik manis lagi rupawan itu, Zainab juga seperti wanita lain. Dia juga hauskan belaian mesra seorg lelaki, 'teman sembang sebelum melelapkan mata'..orang kata.
Zainab berkahwin utk kali keduanya dgn Mehat 60an ,seorang bomoh urat dan juga penjual minyak dhab dari Ulu Yam. Namun jodoh mereka cuma bertahan sebulan, bilamana Mehat menghilangkan diri tanpa dapat dikesan..khabar dari sumber yg buleh dipercayai, Mehat lari malam usung kain baju..
Selang setahun selepas ditinggalkan Mehat secara misteri dan tergesa-gesa itu, Zainab berkahwin pula dgn Bidin.

Bidin 50an seorang broker tanah di kenali juga sebagai 'broker ayiaq hangat'memang nampak sasa pada susuk tubuhnya. Kasut kulitnya pun bersaiz 9. Melihat kpd saiz kasut Bidin,sesiapun pun sudah boleh mengagak sebesar mana batang tubuh orangnya. Paling kurang sesaiz bapak benggali.
Namun, belum sempat bertegur sapa dan berkenal mesra dgn jiran tetangga didlm kampung itu, Bidin juga hilang secara misteri. Tiada siapa yg tahu kemana hilangnya Bidin bersama kasut kulit dan kereta Waja hitamnya itu. Perkahwinan yg mengundang berbagai sepekulasi dan teori oleh pakar-pakar penganalis kedai kopi itu cuma bertahan dlm seminggu sahaja. Serentak dgn itu Zainab telah dinobatkan sebagai janda 3 kali berturut-turut.

Akhirnya Zainab telah menutup rapat pintunya utk insan yg bernama lelaki,walaupun ada juga diperkatakan org mengenai percubaan Penghulu Saad cuba 'menjual minyak' dirumah Zainab. Bagi Zainab apa yg penting sekarang adalah kebahagian Zulaika yg sedang galak nak berlaki bak kucing dara yg mula 'mencakar bendul'. Setelah penat menolak puluhan rombongan peminangan, akhirnya Zainab telah menerima pinangan dari seorg putera yg bukan anak raja. Entah mengapa Putera Areji telah dipilih sebagai bakal menatunnya, tiada lah siapa yg tahu...mungkin dah jodoh gamaknya.

Sampai hari sandingnya Zulaika dan Putera Areji ditabal sebagai raja sehari. Ditumbangkan 3 ekor kerbau jantan yg gemuk lagi muda sebagai lauk peneman nasi beriani. Ditaboh gendang mengiringi berbelas pasangan pesilat, berpencak tumbuk- tepis,tendang- terajang dan bersepak-badek sehingga rata pasir selori.
Meriahnya tak terkata lagi. Seisi kampung Kubang Siamang bagai berpesta temasya. Disebelah malamnya orkes ghazal pati pula mengambil tempat, suasana bagai di Bagdad kota yg terkenal dgn kisah 1001 malamnya . Berkumandang lagu-lagu arab dari asia barat disulam pula dgn tarian gelak pondan dan darai yg jelita. Meliuk-lintuk tarinya mereka, walaupun pinggang keras bagaikan pinggang lembu.... Lendat anak pisang dikebun sebelah dipijak tetamu yg dtg dimalam kelam..habih reng depa kata..!

Kini sahlah Zulaika menjadi milik Putera Areji. Hiduplah mereka bersama Zainab didlm rumah besar itu. Berbangga sungguh Zainab dgn anak menantunya yg serasi dan sepadan itu bak 'tanduk bersendikan gading' layaknya...

Namun cerah tidak juga sampai kepetangnya.. Setelah tiga bulan, Putera Areji juga menghilangkan diri bersama bayang kelibatnya....
Menurut cerita Muhd Nizam, yg telah gagal mempertahankan jawatan Ketua Belia dlm mesyuarat belia minggu lepas, dia pernah terserempak dgn Putera Areji secara tidak sengaja di Pekan Naka seminggu lalu. Menurut Muhd Nizam lagi, beliau ternampak Putera Areji sedang membeli jeruk bersebelahan kedai Zahid Dobi.
"Hai beli jeruk untuk bini ka Putera Areji.?" Sapa Muhd Nizam dgn harapan utk menduga yg Zulaika tentu dah 'lekat perut' mengidam asam. "Aku dah ceraikan Zulaika, aku benar-benar tak tahan dah dgn kerenah mak mentua aku tu..ada ke patut sejak aku menikah dgn Zulaika aku tak pernah berpeluang sekalipun tidur berdua dgn bini aku tu.!"..luah Putera Areji. "Habis.!???"..Muhd Nizam meminta kepastian..

"Gila..! Kami tidur bertiga dlm satu kelambu,mak mentua aku tidur ditengah..!"... jerkah Putera Areji sambil berlalu pergi dgn membawa seuncang jeruk yg belum berbayar itu dgn meninggalkan Muhd Nizam bersama penjual jeruk dlm keadaan terpinga-pinga..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.