Home Novel Umum Koleksi Cerpen
Cerpen 3: Stesen Kasih Kamalia

“Kau ingat kau boleh terlepas?” satu tamparan hinggap di muka lily.

“Betina sial!” satu lagi tendangan diberikan menyebabkan lily terjatuh.

“Hey! Apa yang kamu buat ni?” Miza sempat menahan Lily dari jatuh.

Beg milik Lily dilempar ke arah mukanya oleh Joki.

Beberapa orang yang ada di situ cuba meleraikan pergaduhan itu, menyebabkan Joki dan Razi melarikan diri dengan motor berkuasa tinggi yang diletakkan di tepi kafeteria itu.

"Apa sebab mereka pukul kau?" Miza kehairanan.

"Entah, aku pun tak tahu," spontan Lily menjawab.

Lily sebenarnya tahu kenapa Joki dan Razi datang, kemudian memukulnya. Sebab  ia dipukul dirahsiakan dari pengetahuan Miza.

------------------------------------------------------------------------------------------
91-000629

Lily telah lama berkawan dengan Johan. Lily dan Johan belajar dalam satu kampus, di sebuah IPTS di ibu kota. Selain Johan, Lily juga bergaul dengan ramai orang. Ini semua adalah atas urusan bisnes. Johan tidak mengetahui semua ini. Cuma yang Johan tahu, Lily cintakannya.

Johan tinggal bersama ibunya, Kamalia. Kamalia seorang wanita berkerjaya. Sentiasa sibuk dengan tugas seharian. Kadang-kadang tidak sempat mengikut perkembangan anak bujangnya.

Johan berada di tahun akhir pengajian Diploma Ekonomi.

"Mana kau pergi Johan, lewat malam baru balik?" Kamalia yang telah memerhatikan anaknya, Johan bertanya. Ketika itu jam 1.00 pagi, Johan baru sampai ke dalam rumah.

Pertanyaan Kamalia tidak dijawab oleh Johan.

"Mama, Johan penatlah, Johan nak tidur," balas Johan kepada ibunya.

"Dah balik merayau, lewat malam sampai pagi ...," belum sempat Kamalia meneruskan kata-kata, Johan telah cepat meninggalkannya naik ke tingkat atas.

Kamalia yang telah berpisah dengan suaminya kira-kira lima tahun yang lalu tinggal bersama anak bujang di sebuah rumah kembar dua, di Taman Permata. Hidupnya kini hanya ditumpukan kepada anaknya. Dia harus mencari nafkah yang halal. Kerjayanya sebagai seorang akauntan kanan di sebuah syarikat swasta , tidak menjadikan beliau bermasalah dalam membesarkan Johan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

"Ke mana Johan semalam. Johan belum menjawab pertanyaan Mama?" Kamalia terus bertanya anaknya untuk mendapatkan kepastian. Mereka berdua duduk menghadapi meja, bersarapan pagi.

Sarapan pagi itu amat membuka selera. Sarapan yang disediakan oleh Bibik Suwami, mee goreng berempah dengan ayam percik. Namun selera Johan tersekat dengan pertanyaan ibunya.

"Tak ke mana Mama. Johan jumpa kawan saja," jelas Johan.

"Kalau jumpa kawan pun, tak kan sampai lewat malam ... sampai pagi?" Kamalia masih tidak berpuashati dengan jawapan anak bujangnya.

"Johan kena ingat. Belajar bersungguh-sungguh," Kamalia berpesan kepada anaknya.

"Johan tahu mama, " jelas Johan secara spontan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu ketika Johan di kampus.

"Johan, Mama balik lewat hari ini. Ada meeting urgent," suara Kamalia memberitahu anaknya melalui telefon.

Johan akur. Mamanya selalu sibuk.

Di waktu tengahari Lily menefonnya.

"Awak, jom kita lunch!" bunyi suara Lily melalui telefon bimbitnya.

"Kita jumpa tempat biasa, " pantas Lily memberitahu.

"Ok, nanti awak tunggu, " balas Johan.

Pertemuan berlaku seperti biasa. Johan dan Lily kerap bertemu di kampus. Mereka seperti sepasang merpati yang bebas berterbangan. Lily datang dari keluarga yang runtuh. Ayahnya telah dipenjarakan kerana kesalahan mengedar dadah. Lily tinggal bersama dua orang adik dan ibunya. Kehidupan mereka agak sempit.

"Awak, saya dengar awak diserang. betul ke?" Johan bertanya tentang serangan yang dialami oleh Lily tempohari.

"Err...err mana awak tahu?" Lily seakan hairan.

"Awak, mana tak tahu, dunia ni kecil je," jelas Johan.

Lily merasakan Johan perlu diberitahu. Johan boleh dipergunakan untuk kepentingan peribadinya. Johan terlalu mengharap kepadanya. Tapi Lily sebenarnya hanya menggunakan Johan untuk melindungi dirinya.

"Awak ... awak kena tolong saya, please!" Lily berkata dengan nada merengek, mengharapkan ihsan Johan.

Sebelum Johan sempat menjawab, telefon bimbitnya berdering. Nada deringan 'Sandiwara Cinta' yang dimainkan oleh telefonnya, menandakan ada panggilan masuk. Johan menjawab panggilan itu.

"Johan, di mana sekarang?" nada suara jelas kedengaran dari suara ibunya, Kamalia.

"Mama, Johan ada di kampus ni", jawab Johan.

Lily mencelah sambil merungut "asyik-asyik berkepit di bawah ketiak mak saja you ni."

Lily tidak berpuashati kerana perbualannya diganggu  dengan panggilan telefon dari Mama Johan. Lily kembali berpuashati apabila panggilan dari Kamalia singkat sahaja.

"OK lah Mama, nanti Johan balik awal, bye. Assalamualaikum," Johan menamatkan panggilan itu.

"Waalaikumussalam, take care, " balas Mama Johan.

Lily menyambung perbualannya dengan Johan.

"Awak ... awak kenal dengan Razi?" terpacul sebuah pertanyaan dari Lily.

"Razi yang mana satu ni?" Johan tidak menjawab.

"Razi, student yang satu course dengan awak tu," balas Lily.

"Oh Razi tu, kenal lah, " Johan berkata dengan penuh yakin.

"Awak... Razi yang serang I, " Lily berbohong.

"Apa? dan kenapa?" Johan kelihatan berang dengan penjelasan Lily.

"Tak apa awak... biarkan dulu nanti kita fikirkan kemudian, jom lunch!" Lily menenangkan keadaan. Dia tahu jeratnya akan mengena.

--------------------------------------------------------------------------------------

"Mama call tapi tiada jawapan," Kamalia cuba mendapatkan kepastian dari Johan.

"Ada, Johan dalam kelas tadi, matikan handphone," Johan membohongi ibunya.

"Berkali-kali Mama call, bukan sekali tiada jawapan," balas Kamalia.

Johan membohongi ibunya. Sebenarnya dia rimas dengan sikap ibunya yang selalu mengawal pergerakannya. Ketika ibunya menghubunginya melalui telefon, dia bersama Lily di sebuah taman di dalam kampus, selepas makan tengahari.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.