Home Novel Umum Koleksi Cerpen
Cerpen 5: Terlerai Kasih
           Salifah Adriana merenung Taj Mahal itu sedalam-dalamnya. Di sana ada sesuatu yang amat dimengertikannnya. Binaan indah yang telah memukau penduduk dunia. Dibina oleh Shah Jehan untuk memperingati isteri ke-tiganya, Mumtaz Mahal pada kurun ke-16 Masihi. Di sini dikatakan lambang sebuah cinta agung. Kuburan Mumtaz Mahal di tengah binaan itu.
           Renungannya terhadap binaan itu seolah-olah tajamnya renungan Shah Jehan. Shah Jehan dikurung oleh anaknya sendiri, Aurengzeb. Setiap hari Shah Jehan melemparkan pandangannya ke arah Taj Mahal. Akhirnya Shah Jehan menghembuskan nafas terakhirnya di dalam menara itu.
         "Ah! kenapa Safuan menghilangkan diri? Di manakah dia?" bertalu-talu pertanyaan itu keluar dari damirinya. Persoalan yang tiada jawapan sehingga saat ini.
        "Mengapa Safuan menjauhkan diri dariku?" Damirinya semakin bergelombang dengan pertanyaan.
         Salifah Adriana kembali menjadi seperti Shah Jehan yang merenung Taj Mahal. Tapi renungannya dari arah taman, tidak dari sebuah menara. Taman indah yang dihiasi pokok pine yang ditanam berjajaran di tepi sebuah kolam yang cantik.
         Taj Mahal lambang abadi cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal. Mumtaz yang disemadikan di dalam sebuah taman di Burhanpur, sebuah taman milik raja di tepi sungai Yamuna. Cintanya yang mendalam terhadap Mumtaz membuatkan Shah Jehan memindahkan dan mengabadikan jasad Mumtaz dalam bekas emas, di dalam kuburan di Taj Mahal. 23 tahun masa diambil untuk menyiapkan lambang cinta Shah Jehan itu.
         Perhatian Salifah Adriana kemudiannya terpukau kepada sepasang anak kecil yang berlari-lari dengan riang di dalam taman. Manusia yang mundar-mandir di kawasan taman dan kelompok-kelompok manusia yang berada di hadapan laman Taj Mahal.
        Beberapa lama kotak fikirannya berputar, kembali memainkan adegan pertemuannya dengan Safuan di taman yang indah itu pada suatu waktu dahulu. Putaran adegan semakin cepat. Saat-saat manis bersama Safuan dikenang dan tidak mungkin dapat dilupakan, ketika itu.
      "Safuan ... ," Salifah Adriana memanggil sendiri tanpa sebarang jawapan.
      "Safuan ...," panggilnya lagi. Tetap tanpa jawapan.
       Sunyi sendirian. Tiada teman untuk berbicara di ketika itu. Tiada kawan untuk bergelak-ketawa. Hanya duka dan nestapa. Air matanya seakan tidak mahu berhenti keluar dari ruang mata. Sesekali air mata itu diseka. Tangis sendu berpaut pada kasih yang tidak kunjung tiba. Menghilang.
      Di suatu musim dingin, cuaca mencecah pada tahap rendah. Uttar Pradesh menjadi pilihan mereka ketika bulan November itu. Pilihannya untuk menjenguk Kashmir yang indah ketika musim sejuk, ditolak dengan lembut oleh Safuan.
     Salifah Adriana ingin melihat indahnya kembangan bunga di Kashmir, bot-bot kayu yang membawa pelancung di sana. Ingin mengunjungi kawasan pergunungan di Skardu, pintu masuk ke wilayah Karakoram. Karakoram suatu ketika dulu adalah tempat bersemayam Maharaja Monggul sang penakluk yang ganas dan menimbulkan malapetaka di dunia ketika itu. Pergerakan tentera Monggul mengambil masa empat tahun untuk menghancur leburkan Kota Baghdad, pusat ketamadunan dan perkembangan ilmu Islam.
     Hasratnya untuk melihat suasana pergunungan di Kashmir terbatas ketika itu kerana Safuan mengajaknya ke Uttar Pradesh untuk menyelami sebuah tugu cinta abadi Shah Jehan.
     Delhi yang terletak sejauh 419 km dari Wilayah Uttar Pradesh menjadi tempat bermukim Salifah Adriana sejak setahun yang lalu. Jarak Delhi ke Daerah Agra di mana terletaknya Taj Mahal hanyalah sekitar 232 kilometer. Dia bermukim di sini kerana menuntut ilmu dalam bidang perubatan di University of Delhi. Salifah Adriana adalah penuntut tahun ke dua di Faculty of Medical Sciences.
    Kotak fikirannya kembali memutarkan adegan silam beberapa bulan yang lalu.
    "Cuti semester nanti you tak ke mana-mana ke?" Safuan memecah kesunyian ketika mereka berdua berjalan-jalan di sekitar Kotaraya Delhi.
     "Taklah, lagi pun cuti singkat sangat. I pun busy,"balas Salifah Adriana.
     "Ooo, tak kan sibuk memanjang?" Safuan memberi respon.
      "I ni nak kata sibuk tu tak lah sangat. Tapi I ni student ada banyak komitment. Lainlah dengan you, terbang bebas,"Salifah Adriana memberi alasan.
      "I bimbang sangat ni. First semester dah berlalu,"Salifah Adriana melahirkan rasa bimbang.
      "Kesian dengan you,"Safuan separuh bergurau.
      "Tau tak pe,"balas Salifah Adriana.
      "You busy, tak pe lah,"Safuan memancing perhatian Salifah Adriana.
       "I boleh ajak orang lain,"Safuan separuh mengugut. Dia tahu Salifah akan termakan umpan yang dipasangnya.
       "Eh ... you ni ke situ pula,"Salifah Adriana bernada cemas.
        "Ye lah ... orang dah tak hendak,"Safuan memasang jerat.
        "Bukan I tak hendak, busy sangat,"balas Salifah Adriana.
        "I nak you ke suatu tempat,"perlahan-lahan umpan Safuan dilepaskan.
        "Tempat tu cantik, penuh dengan keindahan,"tambahan umpan dihulurkan Safuan.
         Salifah Adriana sedikit terpesona.
         "Kashmir?" Salifah Adriana mengemukakan pertanyaan.
         "Jika Romeo dan Juliet yang tidak berkubur, hanya ciptaan Shakespear boleh digambarkan dalam sebuah muzium di Derby. Lokasi ini juga adalah lambang pengabadian cinta,"pujuk Safuan.
         "Kashmir, I teringin sangat nak ke sana. Di sana juga ada cinta. Cinta yang diabadikan dalam "Sanggam". Cinta agung antara Sunder dan Radha. Melihat pemandangan indah di sana,"Salifah Adriana memberi cadangan.
          "Nahi, nahi kabi nahi ... I bercadang ke sebuah tugu cinta,"Safuan menambah separuh bergurau dengan cadangan Salifah Adriana.
          "Ye lah ... tapi di mana?" Salifah Adriana benar-benar termakan umpan Safuan.
           Perkenalannya dengan Safuan amat menggembirakan hidupnya. Dia tidak tahu samada dia menyintai Safuan.
           "Ya cinta yang menggerakkan perjalanan hidup. Cinta bukan hanya bersandarkan di antara dua jiwa atu dua jantina. Cinta kepada Rasul dan mentaati suruhan Allah, adalah cinta yang paling utama,"kata-kata Ustaz Ebit Liew masih terngiang-ngiang di telinga Salifah Adriana.
            "Dua orang yang bercinta, saling kasih mengasihi kerana Allah. Itulah cinta yang terbaik,"kata-kata rakannya, Aya Sofea dalam satu perbualan telefon masih juga diingatinya.
            Walaupun hidupnya jauh ribuan batu dari keluarga, namun hidupnya sebagai seorang muslimah tetap terpelihara. Dia berkenalan dengan Safuan tanpa diduga. Safuan telah lama bermukim di bumi India ini kerana mencari rezeki. takdir telah menetapkannya bermukim di bumi itu untuk mencari rezeki, melangsungkan kehidupan.
            "Opps ... jauh mengelamun nampaknya,"kata-kata Safuan mengejutkan Salifah Adriana.
            "Oh ye, apa yang you kata tadi,"separuh sedar dari lamunan Adriana melontarkan pertanyaan kepada Safuan.
             "You nak ikut tak?" Safuan bertanya.
             "Beritahulah di mana!" Salifah Adriana kembali ke alam nyata.
             "Agra,"sepatah sahaja jawapan dari mulut Safuan.
             "Wow,"teruja Salifah Adriana.
             "Tapi ... tak kan kita berdua saja ke sana,"Salifah Adriana kembali bertanya.
              "I faham,"Safuan mengakui. Perlu ada rakan yang lain bersama. Jika tidak apa-apa boleh terjadi.
              "Ajaklah seorang kawan you serta. I tanggung beres semuanya,"Safuan memberi jaminan . Bagi Safuan yang mempunyai kerjaya tetap sebagai seorang jurutera kanan di sebuah syarikat Malaysia di India, soal kos tambang dan penginapan tidak menjadi persoalan. Sementelah Safuan pula hidup membujang.
              "Ok lah nanti I tanyakan Wawa,"balas Salifah Adriana.
--------------------------------------
               Tepat hari yang dijanjikan itu Salifah Adriana dan Wawa dijemput oleh Safuan. Mereka bertiga dibawa oleh Safuan menaiki kereta menuju ke kota Agra.

               Pagi yang indah, pagi yang cerah. Sinar matahari membuka minda di waktu pagi. Penghuni bumi Delhi berkejaran mengikut urusan masing untuk melangsungkan kehidupan.

               Kereta yang dipandu oleh Safuan mula bergerak meninggalkan kotaraya Delhi. Di sebelahnya adalah Salifah Adriana, manakala tempat duduk belakang Wawa menemani rakannya, Salifah Adriana.

               Hiruk-pikuk di jalanraya. Penghuni kota itu seakan tidak pernah tidur. Ada yang menaiki teksi, kereta, basikal, bas da nada yang berjalan kaki. Kotaraya itu yang satu waktu dahulu dikuasai oleh pemimpin-pemimpin Islam. Kota itu menyaksikan turun-naik beberapa pemimpin dari beberapa daulah yang tertegak di sana. Sebut sahaja pengaruh Turki atau Afghan, segalanya penuh gemilang di situ.

               Di kotaraya itu tertegaknya sebuah kerajaan yang rajanya berasal dari kalangan hamba. Bermula dengan Qutbuddin Aibak, yang berjaya meluaskan kuasanya sehingga ke utara tanah India.

               Qutbuddin juga adalah sultan pertama bagi Daulah Mamluk di sana. Jatuhnya Mamluk diganti dengan Khilji, kemudiannya Thuglag, Sayyid dan Daulah Lodi. Akhirnya Daulah Mughal yang melahirkan Shah Jehan dan Taj Mahal.

                Hiruk-pikuk kotaraya Delhi mula ditinggalkan apabila kereta yang dipandu oleh Safuan telah sampai ke lebuhraya Yamuna, selepas melewati Lebuhraya Noida.

               “Bagaimana, tidak menyesalkan ikut mengembara?” Safuan memecahkan kesunyian.

               “Tak, seronok sangat,”jawab Salifah Adriana.

                 Sudah hampir sejam setengah, Safuan memandu kereta itu. Di tempat duduk bahagian belakang, Wawa telah terlelap. Di bahagian kirinya diletakkan sebuah beg pakaian. Wawa kelihatan letih atau mungkin juga bosan. Dia terlelap dengan set Walkman melekap di telinganya. Bunyi lagu-lagu Hindustan di dengar lembut dari radio yang dipasang. Salifah Adriana berbual-bual dengan Safuan.

                 "Letih Wawa tu, kasihan," Safuan memalingkan mukanya ke arah Salifah Adriana.

                 "Ya, letih sungguh nampaknya, tertidur," balas Salifah Adriana.

                  “Safuan, rasanya kalau ada peluang aku teringin hendak mengembara.”

                  “Mungkin kita boleh ke salah sebuah negeri naungan Soviet yang telah merdeka.”

                   “Kelihatan cantik dan tersimpan khazanah sejarah yang amat berharga.”

                   “Ianya terletak di sebuah kota, di pertemuan dua buah sungai. Sungai Bolga dan Sungai Kazan”.

                   “ Di mana tu?” Safuan bersuara.

                    “Ia sebuah negeri milik bangsa Tartar, Tartastan, bukan Tanjong Rambutan,” secara berseloroh Salifah Adriana memberitahu.

                    “Ha ha ha, bukan go head gostan juga,” Safuan membalas. Ketawa mereka berderai.

------------

Setelah hampir empat jam perjalanan itu, mereka pun sampai ke destinasi yang ditujui. Mereka kemudiannya mendaftar masuk ke hotel penginapan yang terletak di tengah denyut Kota Agra, the Grand Hotel Agra. Semuanya diuruskan oleh Safuan.

Mereka bertiga melepaskan lelah dan mandi. Kemudian berehat. Salifah Adriana tinggal sebilik dengan Wawa, manakala Safuan tinggal di bilik berasingan, di tingkat yang berasingan.

Selepas mandi, masing-masing menunaikan solat. Tanggungjawab menunaikan solat lima waktu tidak pernah diabaikan oleh mereka.

Kemudiannya, duduk bersantai sambil menonton siaran TV yang disediakan dalam bilik hotel yang sederhana besar itu.

“Salifah, kau rasa kau suka Safuan tak?” Tanya Wawa.

“Oh! Kenapa kau tanya?” pertanyaan rakannya agak mengejutkan Salifah.

“Tak ada apa-apa, saja aku bertanya. Kau dah berkawan dengan Safuan agak lama, balas Wawa.

“Tak kan kau tidak jatuh cinta,” tambah Wawa.

“Tentulah, tak kan tak jatuh hati,” balas Salifah dengan yakin.

“Safuan umpama darah yang yang masuk ke jantung, tersimpan di sana tidak keluar-keluar. Dialah jantung hatiku,” tambah Salifah dengan tersenyum.

“Ewah … ewah, “ komen Wawa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.