Home Novel Cinta UNTUK YANG TERAKHIR
UNTUK YANG TERAKHIR
NOR RAFIDAH JAMIL
25/9/2016 23:46:06
10,825
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

Raisya mematikan telefon bimbitnya. Sejak dari tadi Najmi tidak berhenti-henti menelefonnya. Apa lagi yang lelaki itu mahu darinya? Geram betul dengan perangai Najmi padanya masih belum hilang, Najmi berani menelefonnya lagi.

Pandangannya kosong merenung tembok ditambah pula satu perasaan yang bercampur-baur. Memang betullah kata pepatah, sedangkan pantai berubah, inikan pula hati manusia. Dua tahun dia bersama Najmi. Sekarang, Najmi membuangnya begitu saja. Dia terasa dengan perbuatan Najmi padanya. Mujurlah, dia dapat tahu hubungan mereka awal-awal lagi. Patutlah sejak kebelakangan ini, Najmi langsung tidak menghubunginya. Najmi sudah beralih arah. Takpelah, Najmi yang mahukan begitu. Dia pun malas nak fikir pasal Najmi lagi. Najmi pun sudah mengaku fasal hubungan dia dengan Linda.

Lama dia berada di situ sebelum akhirnya, Syikin menghantar SMS padanya. Syikin menyuruhnya pulang segera. Najmi buat hal lagi. Najmi buat kerja gila sampai sanggup menunggunya di bawah blok kolej perempuan. Dia merengus kuat lalu memasukkan telefon bimbitnya semula ke dalam beg sandang. Najmi ni betul-betul hilang akal agaknya.

“ Raisya, baguslah kau dah balik. Kau nak tahu Najmi tunggu kau tadi. Asyik call aku dari tadi, dia cakap call kau tak dapat-dapat” Adu Syikin sambil mengintai-ngintai dibawah melalui tirai langsir.

“Buat apa lagi dia cari aku. Aku malaslah nak layan dia. Kau ajelah layan dia kalau dia callnanti. Pandai-pandailah kau kelentong dia” Ujar acuh tak acuh lalu meletakkan beg sandang di atas meja. Kemudian dia merebahkan badan di atas katil.

Syikin merenung Raisya “Betul engkau tak nak beri Najmi peluang kedua?” Manalah tahu sekiranya Raisya berubah fikiran.

Raisya diam sebelum bersuara “Tak payah! Aku dah nampak dengan mata aku sendiri dia pegang-pegang tangan perempuan tu. Dia pun mengaku yang dia dengan Linda tu ada hubungan. Kau nak aku maafkan dia ke Ekin? Never!” Tegas Raisya.

Syikin memandang Raisya. Memang betul apa yang dicerita Raisya, tetapi gadis itu patut memberi peluang untuk Najmi memberi penjelasan. Manalah tahu, Linda aje yang melebih-lebih itu ini. Biarlah, dia pun malas nak masuk campur. Raisya memang keras kepala sikit orangnya.

“Sukatilah kau, Raisya. Aku pun tak boleh nasihat kau lagi. Bukannya kau makan nasihat aku lagi pun. Cuma nanti jangan kau pula menyesal” Bebel Syikin.

“Ekin, kau tak payahlah ceramah aku fasal Najmi tu lagi. Dahlah, aku malas nak fikir fasal dia lagi. Otak aku tengah serabut, dengar kau bebel lagilah aku serabut.”

Syikin membuntangkan mata memandang Raisya yang sedang bergolek atas katil “ Amboi, sedapnya kau bercakap. Selama ini, akulah tempat kau nak luah itu ini. Belum apa-apa lagi kau cakap aku ni buat kau serabut” Muka Syikin masam mencuka.

Raisya tergelak-gelak “ Sejak bila pula kau pandai merajuk ni? Takde langsunglah. Janganlah buat muka macam tu. Nanti cepat tua kalau merajuk-rajuk ni. Okeylah, kalau aku buat kau kecil hati. Aku minta maaf ya” Raisya memujuk.

“Yalah, yalah!” Syikin tersengih.

“Hai bro. Busy ke? Tak berkelip biji mata tu tengok laptop dari tadi” Tegur Razif tiba-tiba berdiri di depan pintu bilik Zakuan.

Zakuan tergelak. Nasib dia takde sakit jantung disergah begitu oleh Razif “Apa kau nak? Takde kerja ke selain kacau aku?” Perli Zakuan.

Razif membetulkan kot yang dipakai lalu mengambil duduk di hadapan Zakuan. Dia tersengih-sengih memandang Zakuan.

Dahi Zakuan berkerut. Semacam aje sengihan Razif kali ini. Ada something wrong ke yang tak kena? Dia membelek-belek pakaiannya. Manalah tahu kalau-kalau dia pakai baju terbalik ke apa. Haish…

“Kau dah ada awek ke?” Soal Razif ingin tahu. Sebagai kawan baik, dia bukan ingin jaga tepi kain Zakuan, cuma lelaki itu jarang sekali bercerita mengenai soal hati padanya. Zakuan yang dilihat seorang yang agak berahsia sikit orangnya.

Zakuan mengeluh perlahan. Keluhannya itu didengar Razif. Dia menyandarkan badan dikerusi. Pertanyaan Razif seakan sukar nak dijawab kerana bakal membuka luka lama kembali.

“Hisy, takdelah. Pandai-pandai je kau ni usik aku. Kau kacau aku ni kerja kau dah siap ke belum?” Soal Zakuan pelik.

Razif tersengih-sengih. Sengajalah tu nak ubah topik. Macam dia tak arif dengan perangai kawan baiknya itu “Eleh, kau jangan nak ubah topik, Zack. Jangan sampai terkantoi nanti sudahlah. Baik kau citer sekarang kat aku” Ugut Razif. Takkanlah orang ada rupa dan kedudukan macam Zakuan masih belum berpunya. Dia tahu memang dia tidak berhak mempersoalkan itu semua, tetapi sebagai seorang kawan dia juga ingin tahu siapa gadis bertuah yang berjaya memiliki hati Zakuan.

Zakuan mendengus perlahan. Terasa berat ingin meluahkan semuanya pada Razif. Biarlah, hanya dia yang menanggungnya seorang diri. Dia sendiri malas nak mengungkit apa yang terjadi sebelum ini. Menceritakan semuanya pada Razif ibarat membuka semula luka itu kembali.

Razif memerhati saja tingkah laku Zakuan. Macam berat aje masalah yang dihadapi oleh kawan baiknya itu. Muka nampak tenang tetapi didalam hati siapa yang tahu. Biarlah, sampai masa nanti mungkin Zakuan akan bercerita jua padanya “Sorry bro. Aku takde niat nak kau kenang balik benda-benda lama. Take your time, Zack. Kalau ada apa-apa nak citer kat aku, bagitahu jela kat aku” Ujarnya sambil menepuk perlahan bahu Zakuan.

Okay, sure” Zakuan tersenyum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.