“ Raisya, jom makan.Aku laparlah,” Syikin
merengek sambil memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Raisya menjeling
kawannya itu.
“Okey”
Balas Raisya sepatah. Mereka berjalan beriringan ke cafe. Cuma Hazrul tidak
dapat join kerana ada urusan penting
katanya. Atas urusan apa tidak pula dia tanya. Dia bukan busybody semua benda nak kena tahu. Jadi, mereka makan berdua
ajelah tengahari itu.
“Raisya!”
Laung satu suara dari belakang.
Raisya
menoleh ke belakang. Najmi berlari-lari anak mengejarnya dari belakang “Raisya,
boyfriend kau tu dah datang pun” Syikin mengusik. Raisya disebelah sudah
malu-malu kucing.
“Hai
Raisya. Baru abis kelas ke?” Soal dengan Najmi dengan nafas tercungap-cungap.
Raisya memandang Najmi. Meskipun hanya berbaju kolar dan berseluar jeans biru,
penampilan Najmi tetap segak.
Raisya
mengangguk laju.
“So,
lepas ni Raisya freetak?” Soal Najmi
sambil mata tidak lepas memandang muka Raisya.
“Sorry Najmi. Raisya dah janji nak lunch dengan Syikin. Esoklah kita lunch
sama-sama ya” Ucap Raisya serba-salah. Kesian pula dengan Syikin. Baru tadi dia
bercadang nak temankan gadis itu. Dia bukan jenis mungkir janji orangnya.
“Najmi
ada call tadi. Kenapa Raisya tak
angkat?” Soal Najmi sambil menyeluk sebelah tangan ke dalam poket seluar jeans.
“Bila?
Ops…lupalah. Raisya silenthandphonewaktu dalam kelas tadi.”
“Alololo…
sweetnya couple ni. Macam drama Hindustan pula.Aku
okeylah, Raisya. Takpelah aku tapau aje kat cafe tu. Ke situ pula dia ni. No problem Najmi. Raisya ni cepat
serba-salah sikit orangnya” Syikin menyampuk.
Muka
Raisya kemerahan bagai udang kena bakar.Dia
menyinggul lengan Syikin. Nasib baik Syikin sempat mengelak. Kalau tak, mahu
lebam sikunya itu.
“Okay, good! Najmi pun baru abis kelas ni. Kebetulan petang ni free. Ingat nak bawa Raisya makan kat
luar arini” Wajah Najmi bertukar ceria.
Hani
mengangguk “Ohh…”
“Kau
on je la Raisya. Kesian Najmi tu
tunggu lama-lama” Syikin berbisik ditelinga Raisya. Cepat-cepat Raisya menutup
dengan sebelah tangan.
“Najmi
tak busy ke?” Soal Raisya. Manalah
tahu, kalau-kalau lelaki itu sibuk. Dia cuma bertanya aje.
Najmi
menggeleng laju.
Malas
kacau daun, Syikin segera meminta diri “Najmi, Raisya. Aku kena gerak dulu. Bye
Najmi. Jaga Raisya elok-elok tau!” Ujar Syikin sambil mengenyitkan sebelah
mata. Raisya mencebik. Eleh, sengajalah tu.
Restoran Damai Resort itu kelihatan sesak
dengan kehadiran pengunjung. Maklumlah, sudah masuk tengahari. Najmi merenung
tajam ke wajah bujur sirih Raisya. Rindu benar ingin menatap wajah insan
kesayangannya itu. Meski Raisya ada juga berbalas whatapps dengannya, tidak sama macam dia bertemu dengan gadis itu
sekarang.
“
Bila balik?” Soal Najmi membuka topik perbualan.
“Lusa”
Jawab Raisya sambil menguis-nguis nasi goreng didalam pinggan.
Perbuatannya
itu diperhati Najmi “ Kenapa tak makan? Takde selera ke? Takkan Najmi ajak
makan terus takde selera kot” Sindir Najmi, terasa dengan perbuatan gadis itu.
Raisya
mengangkat muka. Marah benar dengan tuduhan tidak berasas Najmi. Main tuduh je.
Cakap pun main lepas.
“Najmi
gurau ajelah. Takkan itu pun nak marah” Najmi tergelak sudahnya. Cadangnya
ingin bergurau. Tidak sangka pula Raisya ambil serius. Raisya…Raisya, masih
juga gadis yang sama dikenalinya sebelum ini. Tidak berubah. Masih sama seperti
Raisya yang dulu. Seorang gadis yang
agak simple dan periang wataknya. Meskipun penampilan gadis itu biasa-biasa
aje, namun tidak menghalangnya untuk terus menyukai gadis itu.
“Buat
macam tu lagi. Kan dah kena prank” Ujar Raisya tergelak-gelak, sambil
mengacau-ngacau teh ais dengan straw.
“Eleh,
setakat prank je pun. Takde saspens langsung!” Najmi tidak mahu mengalah.
“So,
best tak jalan-jalan kat sana?” Soal Najmi kembali ke topik asal perbualan.
“Bestlah juga. Kejap ya” Raisya
tersenyum lantas mengeluarkan sesuatu dari beg sandang. Bungkusan plastik
berwarna putih diletakkan di atas meja itu. Senyuman tidak lekang dari bibir.
Harap Najmi suka akan hadiah itu.
“Untuk
Najmi. Ambillah” Tuturnya.
“
Yalah untuk Najmi. Tak percaya ke?”
“Tak
nak, takpe. Saya bagi orang lain je” Usik Raisya. Dia berkira-kira ingin
memasukkan bungkusan itu kembali ke dalam beg sandang. Dengan sepantas kilat,
Najmi menarik bungkusan itu.
“Eh,
mestilah nak. Raisya yang bagi, free pula tu. Memang Najmi tolak tuah, kalau
tak terima pemberian Raisya ni”
Raisya
tersenyum. Terimbau kembali pertemuannya kembali dengan lelaki misteri itu.
Kebetulan waktu itu, dia turut ada di situ.Dalam banyak-banyak tempat, di situ
pula mereka boleh berjumpa. Apa khabar agaknya lelaki itu?
Raisya…Raisya”
Najmi memanggil nama lalu melayang-layangkan tangan ke muka gadis itu. Khusyuk
benar mengelamun. Apa yang difikir gadis itu barangkali.
“Okey
ke tak ni? Ada problem ke?”
Mata
Raisya berkelip-kelip.
“Hah…betullah tu. Ni mesti ada kes dah
ada secret admire kat sana. Jauh
betul mengelamun. Sampai nak tebus dinding tu” Ujar Najmi berbaur cemburu.
“Taklah!” Bidas Raisya.
“Yalah
tu.Okeylah, tak nak mengaku takpe” Kedengaran nada Najmi seolah-olah merajuk.
Sengaja memancing perhatian Raisya.
“Eleh!
Itu pun nak merajuk” Perli Raisya selamba.
“Bestlah tiap kali dating aje dapat bunga dan coklat. Wah, siap dapat kad lagi.
Romantik giler Hafiz tu” Ujar Adila
berbaur cemburu. Keluar dating dengan
Remy pun, belum tentu dapat bunga coklat bagai. Nak harapkan Remy, alamatnya
bermimpi di siang harilah jawabnya.
“Wah,
ada apa-apa gosip ke ni? Nak join boleh?” Syikin sudah tersengih macam kerang
busuk. Dia duduk disebelah Adila berhadapan dengan Raisya.
“Tak
abis-abis dengan gosip. Gosip je kau tahu. Kan?” Ngomel Raisya. Syikin segera
menyambar kad berbentuk love yang
ditangan Raisya.
“Syikin!”
Jerit Raisya tertahan. Bimbang suaranya menganggu pelajar lain yang sedang
tidur. Syikin buat bodoh. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu pada kad itu.
Malu dia kalau Syikin baca kad itu kuat-kuat. Perangai gadis itu bukan boleh
dijangka.
Adila
malas ambil port. Dia mencapai majalah Remaja di atas katil lalu membelek-belek
majalah tersebut. Ruangan pertama yang dia buka mestilah berkaitan fesyen. Dia
memang kaki fesyen. Tiap-tiap hari ada aje fesyen dia yang konon-kononnya up to date.
“To my…” Syikin membaca sepotong ayat
pada kad itu.Mata Raisya membuntang. Sah! Syikin ni memang nak makan kaki!
Melihat
muka Raisya, sudahnya dia tergelak-gelak “Sorry
babe”
Laju
tangan Raisya mencubit paha Syikin membuat gadis itu menyeringai kesakitan.
Syikin menggosok-gosok pahanya. Boleh tahan bisa sengatan Raisya. Pantang leka,
laju je tangan Raisya singgah dipahanya.
“Aku
baca sikit jela!” Aduh Syikin. Raisya tersenyum mengejek.Sikit konon!Dia
merampas kad itu dari tangan Syikin lalu cepat-cepat dimasukkan ke dalam laci.
“Hah
eloklah tu! Buat pekasam” Ejek Syikin.
Raisya
menjelirkan lidah.