Baru
saja leka berborak dengan Syikin dan Azlin, telefon bimbit Raisya berbunyi.
Nama Najmi terpapar pada skrin telefon dan dia menjawab panggilan itu. Dia
mengerling pula pada mereka berdua yang asyik tersengih-sengih memandangnya.
“Hello”
Sapa Najmi dihujung talian.
“Hello,
assalamualaikum” Jawab Raisya memberi salam.
“
Waalaikummusalam, Raisya” Jawab Najmi pula. Lupa mahu beri salam tadi.
“Raisya
tak tidur lagi ke?” Soal Najmi.
“
Hmm, belum lagi. Kejap lagi la kot. Tengah borak-borak dengan Ekin dan Lin
tadi” Balas Raisya.
“Najmi
tak ganggu ke ni?”
Raisya
menahan menguap. Mata pun mula mengantuk dah ni “ Takdelah”
“Najmi
dengar bunyi Raisya menguap. Tidurlah dulu kalau mengantuk”
Spontan
Raisya menutup mulut. Hisy, tak cover
line langsung. Kutuknya memarahi diri sendiri.
Najmi
tersengih “ Borak fasal apa? Pasal Najmi ke?” Sambungnya lagi.
Raisya
tergelak “Eh! Mana adalah! Najmi call ada nak cakap something ke?”
“
Nope! Saja call nak cakap good night.
I’ll miss you, Raisya” Nada tutur
Najmi begitu romantik ditelinga Raisya. Berbulu telinga dia dengar.
Raisya
berpura-pura ketawa mengawal perasaan.
“Raisya,
are you okay?”
“Opps… sorry, Najmi”
Najmi
mengeluh “ Saya ingatkan pasal apa awak gelak tiba-tiba tadi. Manalah tahu
tiba-tiba kena sampuk ke apa ke”
“Okeylah Raisya. Nanti
Najmi call lagi. Esok ada kelas pagi.
Takut lambat pula bangun nanti” Ujar Najmi.
“Good night, Najmi. Apa-apa call
jela Raisya”
“Good night, sweet dream. Bye”
“Amboi, sweet talker juga Najmi tu ya” Ujar Lin tiba-tiba curi memasang
perbualan.
Raisya membuntangkan biji mata. Sejak bila
pula Azlin ada dibelakang dia tadi“Dia memang macam tu.
Ala, biasalah lelaki. Main dengan ayat jiwang karat dia tu”
“Ada orang tu tak tidur lenalah
malam ni” Celah Syikin pula.
Raisya
melorot mata memandang Syikin. Tahu siapa yang dimaksudkan gadis itu.
“Raisya,
cakaplah cepat. Kau bual apa dengan Najmi tu?” Soal Azlin pula ingin tahu.
Makin hangat pula topik malam itu.
“Tak
boleh! Aku mengantuklah” Dia meletakkan kepala ke bantal berkira-kira ingin
tidur. Ingin mengelak dari disoal mereka berdua.
“Eleh!
Tadi Najmi call segar aje biji mata
tu aku tengok” Sakat Syikin tidak mahu mengalah. Usik-mengusik sudah menjadi
lumrah sepanjang mereka berkawan. Raisya nak terasa, minta simpanglah. Sejauh
dia berkawan dengan Raisya, gadis itu bukan jenis kuat merajuk. Sebab itu dia
suka menyakat Raisya.
“Hurm,
Raisya kau perasan sesuatu tak? Atau kau memang sengaja buat-buat tak perasan”
Soal Syikin memancing perhatian Raisya. Raisya menoleh memandang mereka berdua.
Azlin duduk disebelah Syikin asyik tersengih aje memanjang “Cakaplah apa yang kau
perasan. Main teka-teki pula”
“Yalah
Ekin oi! Memang suka buat saspens. Cepatlah bagitahu” Desak Azlin sambil
menarik-narik tangan Syikin.
“Aku
perasanlah muka Najmi tu macam muka pelakon Thailand tu. Aku lupalah nama
pelakon tu. Tapi, aku pernahlah tengok dia berlakon dalam citer Soda & Ice
Tea. Aku memang minatlah dengan hero dia tu”
“Ala
Tik Jasadaporn tu. Hisy, takdelah merepek aje kau ni” Raisya menafikan.
Entahlah, tak sama langsung! Memandai aje Syikin ni.
“Yelah
kau ni, Ekin. Merepek apanya” Azlin pula mencelah.
“Raisya!”
Jerit Syikin ditelinga Raisya. Digoncang-goncang kuat tubuh Raisya. Terdengar
pula bunyi dengkuran halus gadis itu. Dia malas menganggu Raisya yang sedang
asyik dibuai mimpi itu.
“
Edlin, keluar lagi? Kak Raisya baru aje balik. Tak boleh ke duduk aje kat umah
arini” Tegur Tuan Johari sebaik ternampak kelibat anak tirinya itu keluar dari
pintu bilik. Wajah Edlin tidak puas hati memandang ayah tirinya itu. Apa bezanya
dia ada didalam rumah itu?
“Ayah, Edlin nak jumpa kawan. Boring
duduk umah tau. Macam tunggul je Edlin kat umah ni” Itu aje alasan yang selalu
diberi Edlin. Macam takde jawapan lain dah.
Tuan Johari tergelak “ Boring ek?
SPM dah nak dekat. Ayah tak pernah tengok Edlin ulangkaji pun selama ni. Yang
Edlin tahu keluar aje”
Edlin merengus kuat “ Fasal itulah
Edlin nak jumpa kawan-kawan Edlin, ayah. Kitorang ada discussion grouparini”
“Kenapa ayah?” Soal Raisya muncul
tiba-tiba dari pintu bilik. Kebetulan waktu itu dia ingin turun ke dapur.
“Adik kamu ni, Raisya. Siang malam
keluarnya. Mestilah ayah risau” Adu Tuan Johari melahirkan kerisauan. Dengan siapalah
agaknya Edlin itu berkawan agaknya.
“Edlin nak ke mana?” Soal Raisya
ingin tahu.
Edlin menjeling Raisya. Sibuk je nak
tahu.
“Tak payahlah nak sibuk-sibuk nak
tahu. Tadi ayah baru aje tanya, sekarang Kak Raisya pula” Sindir Edlin.
“Edlin! Please answer my question! Edlin nak keluar ke mana?!” Raisya mulai
naik berang. Kecil besar, kecil besar je dia pandang adik tirinya ketika itu.
“Sudahlah, Raisya. Tak guna Raisya
tanya macam tu kalau dia sendiri tak nak jawab. Ayah tak nak korang berdua
bergaduh sebab hal-hal kecil macam ni” Nasihat Tuan Johari seraya
menggelengkan-gelengkan kepala.
Edlin tersenyum puas. Lalu
membetulkan kedudukan topi dikepala “ Okeylah Edlin gerak dulu. Makin lama
Edlin duduk dalam umah ni, boleh masuk hospital mental”
“Ayah tengok tu. Baru kena tegur
sikit je, ada aje jawapannya” Ngomel Raisya geram. Tuan Johari tersenyum. Dia
tahu yang selama ini Raisya memang banyak bersabar dengan perangai Edlin.
“Raisya doakanlah aje dia. Manalah
tahu lembut hati dia nanti” Nasihat Tuan Johari. Raisya mengangguk perlahan.
“Edlin! Edlin!” Laung Puan Yasmin dari arah
dapur memanggil anak kesayangannya itu.
Raisya
dan ayahnya berpandangan sesama sendiri.
“Ya,
Min!” Sahut Tuan Johari bagi pihak Edlin.
“Abang
ada nampak Edlin tak?” Soal Puan Yasmin dengan nafas tercungap-cungap. Macam
jauh sangat dapur dengan kedudukan tangga di situ.
“Apalagi
nak buat budak tu. Keluarlah dia, mana dia nak pergi lagi” Jawab Tuan Johari.
“Bertuah
punya budak. Saya nak minta dia tolong kat dapur tadi. Geram saya tau, bang”
Bebelnya geram dengan perangai Edlin.
Tergelak
Raisya dengar bebelan ibu tirinya itu.
“Takpe
auntie. Raisya boleh tolong apa yang patut” Raisya menghulurkan pertolongan.
“Betul
ke ni?” Soal Puan Yasmin tidak percaya. Lama dia memandang Raisya, sebelum
memandang suaminya semula.
Raisya
mengangguk laju seraya memandang Tuan Johari yang berdiri disebelahnya.
“Hurm
baguslah macam tu. Tolong sediakan pinggan kat atas meja tu je. Lauk auntie dah
siap masak tadi” Arah Puan Yasmin sebelum berlalu ke dapur dibuntuti Raisya
dari belakang.
Tuan Johari
tersenyum memandang anak gadisnya. Harap-harap sangat hubungan mereka kembali
jernih semula.