Raisya mematikan telefon bimbitnya.
Sejak dari tadi Najmi tidak berhenti-henti menelefonnya. Apa lagi yang lelaki
itu mahu darinya? Geram betul dengan perangai Najmi padanya masih belum hilang,
Najmi berani menelefonnya lagi.
Pandangannya
kosong merenung tembok ditambah pula satu perasaan yang bercampur-baur. Memang
betullah kata pepatah, sedangkan pantai berubah, inikan pula hati manusia. Dua
tahun dia bersama Najmi. Sekarang, Najmi membuangnya begitu saja. Dia terasa
dengan perbuatan Najmi padanya. Mujurlah, dia dapat tahu hubungan mereka awal-awal
lagi. Patutlah sejak kebelakangan ini, Najmi langsung tidak menghubunginya.
Najmi sudah beralih arah. Takpelah, Najmi yang mahukan begitu. Dia pun malas
nak fikir pasal Najmi lagi. Najmi pun sudah mengaku fasal hubungan dia dengan
Linda.
Lama
dia berada di situ sebelum akhirnya, Syikin menghantar SMS padanya. Syikin
menyuruhnya pulang segera. Najmi buat hal lagi. Najmi buat kerja gila sampai
sanggup menunggunya di bawah blok kolej perempuan. Dia merengus kuat lalu
memasukkan telefon bimbitnya semula ke dalam beg sandang. Najmi ni betul-betul
hilang akal agaknya.
“ Raisya, baguslah kau dah balik. Kau
nak tahu Najmi tunggu kau tadi. Asyik call
aku dari tadi, dia cakap call kau tak
dapat-dapat” Adu Syikin sambil mengintai-ngintai dibawah melalui tirai langsir.
“Buat
apa lagi dia cari aku. Aku malaslah nak layan dia. Kau ajelah layan dia kalau
dia callnanti. Pandai-pandailah kau
kelentong dia” Ujar acuh tak acuh lalu meletakkan beg sandang di atas meja. Kemudian
dia merebahkan badan di atas katil.
Syikin
merenung Raisya “Betul engkau tak nak beri Najmi peluang kedua?” Manalah tahu
sekiranya Raisya berubah fikiran.
Raisya
diam sebelum bersuara “Tak payah! Aku dah nampak dengan mata aku sendiri dia
pegang-pegang tangan perempuan tu. Dia pun mengaku yang dia dengan Linda tu ada
hubungan. Kau nak aku maafkan dia ke Ekin? Never!”
Tegas Raisya.
Syikin
memandang Raisya. Memang betul apa yang dicerita Raisya, tetapi gadis itu patut
memberi peluang untuk Najmi memberi penjelasan. Manalah tahu, Linda aje yang
melebih-lebih itu ini. Biarlah, dia pun malas nak masuk campur. Raisya memang
keras kepala sikit orangnya.
“Sukatilah
kau, Raisya. Aku pun tak boleh nasihat kau lagi. Bukannya kau makan nasihat aku
lagi pun. Cuma nanti jangan kau pula menyesal” Bebel Syikin.
“Ekin,
kau tak payahlah ceramah aku fasal Najmi tu lagi. Dahlah, aku malas nak fikir
fasal dia lagi. Otak aku tengah serabut, dengar kau bebel lagilah aku serabut.”
Syikin
membuntangkan mata memandang Raisya yang sedang bergolek atas katil “ Amboi,
sedapnya kau bercakap. Selama ini, akulah tempat kau nak luah itu ini. Belum
apa-apa lagi kau cakap aku ni buat kau serabut” Muka Syikin masam mencuka.
Raisya
tergelak-gelak “ Sejak bila pula kau pandai merajuk ni? Takde langsunglah. Janganlah
buat muka macam tu. Nanti cepat tua kalau merajuk-rajuk ni. Okeylah, kalau aku
buat kau kecil hati. Aku minta maaf ya” Raisya memujuk.
“Yalah,
yalah!” Syikin tersengih.
“Hai
bro. Busy ke? Tak berkelip biji mata
tu tengok laptop dari tadi” Tegur Razif tiba-tiba berdiri di depan pintu bilik
Zakuan.
Zakuan
tergelak. Nasib dia takde sakit jantung disergah begitu oleh Razif “Apa kau
nak? Takde kerja ke selain kacau aku?” Perli Zakuan.
Razif
membetulkan kot yang dipakai lalu mengambil duduk di hadapan Zakuan. Dia
tersengih-sengih memandang Zakuan.
Dahi
Zakuan berkerut. Semacam aje sengihan Razif kali ini. Ada something wrong ke yang tak kena? Dia membelek-belek pakaiannya. Manalah
tahu kalau-kalau dia pakai baju terbalik ke apa. Haish…
“Kau
dah ada awek ke?” Soal Razif ingin tahu. Sebagai kawan baik, dia bukan ingin
jaga tepi kain Zakuan, cuma lelaki itu jarang sekali bercerita mengenai soal
hati padanya. Zakuan yang dilihat seorang yang agak berahsia sikit orangnya.
Zakuan
mengeluh perlahan. Keluhannya itu didengar Razif. Dia menyandarkan badan
dikerusi. Pertanyaan Razif seakan sukar nak dijawab kerana bakal membuka luka
lama kembali.
“Hisy,
takdelah. Pandai-pandai je kau ni usik aku. Kau kacau aku ni kerja kau dah siap
ke belum?” Soal Zakuan pelik.
Razif
tersengih-sengih. Sengajalah tu nak ubah topik. Macam dia tak arif dengan
perangai kawan baiknya itu “Eleh, kau jangan nak ubah topik, Zack. Jangan
sampai terkantoi nanti sudahlah. Baik kau citer sekarang kat aku” Ugut Razif.
Takkanlah orang ada rupa dan kedudukan macam Zakuan masih belum berpunya. Dia
tahu memang dia tidak berhak mempersoalkan itu semua, tetapi sebagai seorang
kawan dia juga ingin tahu siapa gadis bertuah yang berjaya memiliki hati
Zakuan.
Zakuan
mendengus perlahan. Terasa berat ingin meluahkan semuanya pada Razif. Biarlah,
hanya dia yang menanggungnya seorang diri. Dia sendiri malas nak mengungkit apa
yang terjadi sebelum ini. Menceritakan semuanya pada Razif ibarat membuka
semula luka itu kembali.
Razif
memerhati saja tingkah laku Zakuan. Macam berat aje masalah yang dihadapi oleh
kawan baiknya itu. Muka nampak tenang tetapi didalam hati siapa yang tahu.
Biarlah, sampai masa nanti mungkin Zakuan akan bercerita jua padanya “Sorry bro. Aku takde niat nak kau kenang
balik benda-benda lama. Take your time,
Zack. Kalau ada apa-apa nak citer kat aku, bagitahu jela kat aku” Ujarnya sambil menepuk perlahan bahu
Zakuan.
“Okay, sure” Zakuan tersenyum.