Home Novel Seram/Misteri CERITA SATU MALAM
CERITA SATU MALAM
12/4/2013 08:54:45
69,939
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Chapter 6

Samsir meloloskan tubuhnya keluar dari dalam lif dan menuju kearah meja disudut bangunan. Tidak pula dia lihat Mustafa Ada disitu. Kemana saja pergilah mamat sorang ni, dia bersungut sendiri.

Samsir duduk dan mencapai buku laporan. Seperti selalu dia akan melaporkan yang keadaan selamat dan terkawal. Tidak ada yangmahu dia tambah. Kejadian dia bertemu dengan gadis cina ditingkat empat itu juga tidak dilaporkan. Tidak ada perlunya, fikir anak muda itu lagi. Samsir tersengih sendiri. Kemudian dia mnyandarkan tubuhnya kekerusi.

Mengingatkan gadis cina tadi membuatkan hatinya berbunga sendiri. Terasa nyaman dan enak. Tidak pula dia merasa pasti kenapa dia berkeadaan begitu. Yang dia tahu hatinya senang apabila membayangkkan wajah dan susuk tubuh gadis yang dtemui ditingkat empat tadi. Pertemuan mereka sebentar tadi disisipkan kemas didalam ingatannya. Lalu dia melayari kembali apa yanng berlaku. Langsung dia tidak dapat melupakan akan senyum manis yang terpahat pada sepasang bibir nipis gadis yang tidak bernama itu. Nama?

Ah... alangkah indahnya jika dia mengetahui akan nama gadis itu. Akan dia ingati selalu. Bibirnya mengukir senyum. Kedua tangannya dilipatan kebelakang. Kakinya disilangkkan dibawah meja. Masih berangan-angan seperti tadi. Siapakah namanya? Samsir gelisah. Kenapa dia tidak tanya saja tadi? Kan mudah?

Ah... mana mungkin dia akan bertanya. Apa haknya untuk tahu nama orang dengan tidak tentu sebabnya, rungutnya didalam hati. Lagi pun tidak mungkin sewenang-wenangnya gadis itu  akan memberitahu namanya. Samsir mengeluh. Wajahnya keruh. Ada rasa tidak puas bermain didalam relung perasaannya. Rasa tidak wajar. Sejenak dia mendongak memerhatikan siling putih bersih. Hawa sejuk didalam bangunan itu terus merayap dan menyentuh kulit lengannya. Kelopak matanya terpejam celik beberapa kali. Tak ubah seperti mata cicak tertelan kapur. Terkebil-kebil sendiri.

Jauh disudut hatinya dia akui yang gadis misteri itu memang cantik. Renungan matanya menikam dan mempersonakan. Tahi lalat dikiri pipinya menambahkan lagi akan kejelitaan milik gadis tionghua itu. Apatahlagi gerak gerinya lembut dan menawan. Suaranya halus dan sedap dihadam halwa telinganya. Senyum dibibirnya makin lebar. Tubuhnya tinggi lampai. Sesuai benar kalau jadi model iklan. Wajah dan tubuh menarik memang senang untuk dijual, fikirannya nakal seketika. Sesiapa pun akan mudah tergoda dan tertawan. Siapa namanya? Pertanyaan itu membenih lagi disudut hatinya. Wajah manis itu menari-nari lagi dimindanya. Menariknya agar terus larut dalam arus fikirannya yang semakin melayang-layang.

“Ni apa pasal tersengih sorang-sorang ni,” Samsir dikejutkan dengan suara Mustafa. Lamunannya tersentap. Segera dia berkalih dan memandang kearah Mustafa yang sedang membetul-betulkan seluarnya.

“Kau ni dari mana?” soal Samsir. Tangannya didepangkan kedepan.

“Toilet.”

“Perut engkau meragam lagi ke?”

Mustafa geleng. “Taklah. Aku buang air kecik. Tak, yang kau ni tersengih sorang-sorang ni kenapa?” Mustafa melabuhkan punggung dikerusi.

“Tak ada apa-apa,” nyata dia cuba menyembunyikan perasaannya sendiri. Bimbang kalau diketahui oleh Mustafa, dia juga yang malu nanti. Sejenak dia berfikir lagi. Tetapi wajarkkah dia merasa malu? Bukankah perkara biasa seorang jejaka jatuh hati pada seorang perempuan?

Jatuh hati? Matanya terbelalak sendiri.

Jatuh hati? Apakah benar dia sudah jatuh hati? Pada gadis yang baru dia temui ditingkat empat tadi? Persoalan-persoalan itu berputar-putar lagi dalam mindanya. Benarkah begitu? Samsir tidak pasti. Dia cuba menyelidiki perasaannya sendiri dikala itu. Apakah benar dia memang sudah jatuh hati? Semudah itu? Fikirannya makin galau. Seketika kemudian dia tidak pasti dengan apa yang dia rasakan ketika itu. Dia bagaikan berada dipersimpangan. Terperangkap sendiri.

Ah! Itu cuma andaianya saja, hatinya berkata lagi. Tidak salah memuji akan kecantikan seorang gadis. Dan itu bukan tandanya dia sudah jatuh hati. Sekadar suka dan berminat. Tidak lebih dari itu. Jauh sekali kalau hendak dikatakan yang dia sudah jatuh hati. Cinta? Jangan sebut. Dia pasti bukan itu. Memang dia yakin. Dia sekadar suka, rumusnya didalam hati. Antara sedar dan tidak, wajah gadis tionghua itu mengintai lagi perasaannya.

Mustafa dan Samsir berbual lagi. Lebih kepada masalah kerja masing-masing dan karenah hidup yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Sesekali ketawa mereka terburai dan memenuhi ruang lobi yang semakin dicengkam sepi itu.

“Lapar pulaklah perut aku ni,” ucap Mustafa sambil menekan-nekan perutnya.

“Tadi kau tak makan lagi ke?”

“Aku tak sempat singgah kedai Tipah janda.”

Samsir ketawa. Mustafa ikut tersengih. “Engkau lain tak ada. Tipah janda saja yang kau cerita. Kalau bini engkau tahu,” sindir Samsir. Kadang-kadang meluat juga dia dengan perangai Mustafa.

“Kebetulan makanan kat kedai dia sedap. Tak kan itu pun salah,” nyata Mustafa menyembunyikan rasa malunya. Tersengih-sengih lagi dia umpama kerang busuk. Samsir menjuihkan bibirnya.

“Aku pergi kedai hujung sana. Kau nak kirim tak? Nasi ke, mee ke? Nasi goreng ayam dia sedap. Kau tak nak try ke?” soal Mustafa. Sudah siap berdiri. Sekilas memandang kearah Samsir.

“Bolehlah. Karang tak payah lagi aku nak keluar,” sahut Samsir lalu menyeluk saku seluar dan menarik not didalamnya.

“Kau tunggu sini. Aku rasa Encik Zamri mesti datang. Semalam dia tak datang,” ujar Mustafa. Dua atau tiga hari sekali Zamri selaku pegawai ronda mereka akan datang memeriksa keadaan.

“Kalau dia datang aku ada,” jawap Samsir tanpa menoleh kearah temannya itu. Bunyi loceng dipintu lif menarik perhatiannya. Tiga orang pekerja lelaki keluar dan berjalan menuju kearah pintu bangunan. Berbual sambil ketawa. Entah apa yang mencuit hati mereka, Samsir tidak tahu. Yang dia tahu sekejap saja bayang Mustafa sudah lesap dari penglihatannya. Berdesup hilang macam pelesit, rungutnya didalam hatinya.

Tinggal berseorangan seperti ini memang menjemukan. Dicengkam sepi membuatkan Samsir merasa tidak selesa. Duduk rasa salah. Berdiri pula rasa tidak kena. Akhirnya dia bangun dan mundar-mandir ditengah ruang lobi. Sesekali matanya mengintai keluar melalui dinding kaca bangunan. Neon yang berwarna-warni menghiasi kedai dan bangunan diluar sana nampak menarik dan mempersonakan. Keriuhan diluar sana dibatasi dengan dinding bangunan menjadikan dia terasing.

“Encik sorang saja jaga malam ni?” Samsir tersentak apabila ada suara halus menegurnya dari belakang. Pantas dia menoleh. Hampir saja jantungnya gugur. Tubuhnya terasa longlai. Sepasang matanya terbelalak besar. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Gadis manis tadi berdiri dibelakangnya sambil tersenyum. Renungan sepasang matanya cukup redup dan mempesonakan. Samsir kehilangan kata-kata. Kerongkongnya terasa kering sama sekali. Lidahnya kelu. Bibirnya tertutup rapat. Kakinya bagaikan terpasung dilantai.

“Encik sorang saja ke malam ni?” tegur gadis berambut panjang hinggga kedada itu. Senyum dibibirnya terus merkah.

Samsir yang tidak berdaya menjawap, menganggukkan kepalanya dengan wajah separuh pucat.

“Selalunya berdua. Malam ni sorang saja ke?” tutur gadis bertahi lalat dipipi kiri itu lagi. Haruman dari tubuhnya menerawang dan hingga kehidung Samsir. Menjadikan lelaki itu tidak keruan. Serba salah. “Err... kawan saya dia... dia pergi...,” tergagap-gagap Samsir menjawap. Hampir saja suaranya tidak kedengaran.

“Dia pergi beli makanan?” si jelita bertanya dengan sopan.

Samsir angguk macam belatuk. Gadis itu ketawa kecil dan kemudian berlalu.

Samsir berpusing dan memarahi dirinya. Kenapa jadi macam ni? Kenapa aku tak boleh nak bercakap? Macam ada emas pulak dalam mulut aku! Memang dia merasa kesal yang amat sangat.

Kenapa kau tak tegur dia tadi? Cakaplah sesuatu sebagai permulaan! Ah! Batin Samsir menjerit kuat. Kenapa bodoh sangat aku ni! Semakin kemaruk dia mengutuk dirinya sendiri. Kepalanya diketuk beberapakali.

Samsir tersentak tatkala tubuhnya disapa dengan angin yang kuat. Sepantas kilat dia menoleh dan mendapati gadis manis tadi sudah menghilang. Samsir bergerak mendekati pintu kaca dan melorongkan pandangannya keluar. Tidak pula dia melihat susuk tubuh gadis tinggi lampai itu dimana-mana. Bola matanya terus diliarkan kesana dan kemari.

Samsir menjerit ketakutan tatkala dia melihat wajah Mustafa melekat dikaca pintu.

“Hoi... yang kau duduk tengah-tengah alam ni buat apa?!” jerkah sahabatnya dari luar. Rupanya rakannya itu menolak pintu dengan kepalanya kerana kedua-dua belah tangannya sedang menjinjing bungkusan. Samsir membantu membukakan pintu.

“Apa kerja kau ni?” marah Mustafa lagi sambil berjalan kearah meja. Samsir mengekori dari belakang. Sesekali dia menoleh kebelakang. Ingin melihat kelibat si jelita tadi kalau ada. Pun begitu dia hampa.

“Kau buat apa berdiri tengah-tengah pintu tu?” soal Mustafa. Bangku dicapai dan punggungnya dilabuhkan disitu. Satu bungkusan plastik putih ditolak kearah Samsir.

“Kau tengok apa?” dia membebel lagi sambil membuka plastik polisterin. Aroma nasi goreng ayam menyengat hidung masing-masing. Selera mula terangsang. Samsir menggeleng seraya menjawap “Tak ada apa-apa.” Kemudian jejaka bertubuh sederhana itu kembali ke meja. Sekilas dia menoleh lagi kearah pintu bangunan. Manalah tahu dia terlihat kelibat wanita muda itu. Pun begitu dia hampa. Antara sedar dan tidak, satu keluhan panjang dilepaskan disertai dengan wajah keruh. Entah kenapa hatinya merasa kosong dan kecewa. Sewaktu menyuap nasi kedalam mulutnya, wajah dan susuk tubuh gadis misteri itu masih lagi diingatinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Chapter 5
Next: Chapter 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh