Setelah selesai kenduri di rumah pihak lelaki, Aina terus masuk ke bilik.
Majlis selesai lebih lewat berbanding majlis di rumah orang tuanya tempoh hari,
mungkin disebabkan jemputan Dato’ Muzaffar yang lebih ramai. Kalau diikutkan
keterujaan Datin Hanim, satu Malaysia hendak dijemputnya.
Keletihan yang menguasai seluruh tubuhnya membuatkan Aina yang
masih bergaun pengantin terus terdampar di katil. Mengada-ngada tak kalau nak request
maid untuk tolong tukarkan baju? Ala, dalam filem Downton Abbey boleh je? Waa...
tak larat.
Mahu tak penat, tiga
kali Aina dan Izraf menukar pakaian. Kalau tak tukar, bau hapaklah jawabnya,
seharian melayan tetamu yang tidak surut-surut. Pada mulanya Aina dan Izraf
memakai set pakaian pengantin tradisional berwarna hijau lumut, dihiasi dengan
batu swarovski mewah. Beberapa jamkemudian, diganti pula pakaian lain berwarna
kuning gading, masih set pakaian pengantin Melayu tetapi lebih sederhana. Untuk
majlis makan malam pula, Aina memakai gaun satin kembang berwarna krim lembut,
manakala Izraf pula segak memakai tuksedo warna senada yang dikemaskan lagi
dengan bow tie hitam bersama kancing keemasan. Gaya klasik Inggeris itu
sangat sesuai dengan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan itu.
Rasa kejur mulut Aina kerana perlu sentiasa
tersenyum, mata pula mahu saja Aina tongkatkan dengan lidi atau penyepit baju.
Silap-silap kalau lama sedikit sahaja lagi, boleh rebah Aina di hadapan tetamu, tidaklah sampai pengsan tapi mungkin
tertidur letih! Di saat-saat akhir itu Aina berusaha untuk bertahan dengan
bateri simpanan pada paras kritikal.
Baru lima minit Aina menutup mata, pada
mulanya dengan niat untuk mengecaj semula tenaga, namun tanpa dapat dikawal
lagi Aina terus hilang sedar. Matanya terasa bagai digam-gam. Aina hanya
tersedar seketika kemudian apabila merasakan ada hembusan hangat di wajahnya.
Kenapa pendingin hawa ni jadi panas pula? Rasanya jenama yang boleh dipercayai
tapi gagal berfungsi dengan baik. Ini yang nak marah, nak berehat pun tak
tenang.
Mahu tidak mahu, Aina
membuka matanya yang berat.Serta-merta terbuntang mata Aina gara-gara terkejut
melihat Izraf yang sedang leka merenungnya pada kedudukan yang begitu hampir.
Wajah mereka sudah hampir bertemu. Nafas Aina tersekat, tidak semena-mena Aina
terlupa cara untuk bernafas. Muka Aina sudah naik biru kerana kekurangan
oksigen.
Izraf yang menyedari perubahan Aina yang
seakan mahu pengsan terpaksa menjauhkan diri demi memberi ruang kepada Aina
untuk bergerak. Semput agaknya dengan bajunya yang ketat, siap pakai korset
tulang ikan paus lagi. Entahlah atas arahan siapa agaknya, nak kena saman kot pereka
pakaian pengantin ni!
Aina terus mengurut dada sebaik sahaja Izraf memberikan
ruang kepadanya. Niat Aina hanya mahu mengembalikan ritma normal pada degupan jantungnya,
sebentar tadi jantungnya terlupa mengepam darah. Bahaya betul jantung ni, nak
pencen dah kot.
Kedengaran Izraf
menghembuskan nafasnya yang berat, ada rasa kecewa mungkin. Traumanya Aina pada
Izraf macamlah Izraf perogol bersiri. Hmm, macam inilah nasib berkahwin dengan remaja tak
cukup umur. Baru nak dekat, dia dah berubah biru. Izraf tersengih.
“Comelnya sleeping beautyni tidur.”
Izraf mengusik
bersahaja cuba menutup rasa yang bercampur-baur.
“Oh... Aina ingat nak
rehat kejap aje, tak sangka terlena pulak.” Aina yang sudah duduk di hujung
katil menjawab teragak-agak.
“Letih sangat agaknya. Kita solat isyak
berjemaah nak? Aina pergi mandi dulu, abang turun kejap, nak cari makanan. Tadi
ramai sangat tetamu, abang tak sempat pun jamah nasi.Aina nak makan tak?”
Lembut suara Izraf bertanya.
“Tak nak.Aina tak lalu. Rasa penat sangat. Aina bersiap dululah.
Nanti dah siap Aina tunggu abang, kita solat sama-sama.”
“Okey, tunggu abang tau, nak merasa solat
dengan isteri,” kata Izraf sempat mengenyitkan mata sambil berlalu pergi. Aina
tersenyum melihat tingkah Izraf yang kadang kala agak lucu itu.
MALAM itu mereka berdua
menunaikan solat berjemaah buat pertama kalinya. Rasa syahdu meresap ke segenap
ruang dada, terutama apabila mendengarkan bacaan merdu Izraf dan ketika mencium
tangan Izraf selepas solat. Izraf pula membalasnya dengan mengucup ubun-ubun
Aina. Insya-ALLAH
ia akan dijadikan tradisi dalam rumah tangga mereka nanti.
Ada suatu perasaan halus menyusup ke dalam
hati Aina, indahnya bila solatnya sudah ada yang mengimamkan. Kalau tahu
beginilah rupanya perasaan bila dah berkahwin, tidaklah Aina membantah
bersungguh-sungguh arahan Haji Hafizuddin tempoh hari. Izraf lelaki yang baik,
semoga keputusan ibu bapanya akan membawa ke syurga. Itulah harapan Aina yang
kini redha dengan
status barunya.
Selesai sahaja melipat
telekung dan sejadah, Aina menutup suis lampu downlight yang enam biji
itu, terlalu terang-benderang mengalahkan kedai lampu. Hanya lampu tidur yang
malap dibiarkan menyala.Aina terus menuju ke
katil dan merebahkan dirinya di sebelah kanan katil. Sekiranya dia tidur ke
kanan mengikut kebiasaannya, maka tidaklah dia membelakangkan Izraf nanti.
Izraf pula menghilang ke bilik air.
Sebaik sahaja Izraf
menapak semula ke dalam bilik, Aina sudah terlena. Izraf merebahkan dirinya
perlahan-lahan di sebelah Aina, risau benar jika sedikit pergerakannya bakal
mengganggu lena isterinya itu. Hati Izraf berdebar-debar melihat Aina yang
tertidur pulas. Helaan nafasnya yang teratur menunjukkan tidurnya begitu
tenang. Rambutnya yang kecoklatan terurai lembut nampak begitu semula jadi.
Boleh jadi model syampu, confirm laris!
Belum pernah Izraf mengkaji rambut Aina
begitu, kecuali semasa dia terlena dengan pakaian pengantin yang masih membalut
tubuhnya tadi. Itu pun dia sempat memandang sebentar sahaja, kali ini Aina
sudah tidak sedarkan diri dek terlalu letih, tak ada masalah nak renung
berjam-jam, kalau hujung rambut tu bercabang pun boleh nampak agaknya.
Tak payah tidurlah Izraf malam ni, kerja
merenung Aina saja sampai ke pagi. Teruja sangat dapat isteri, tambahan pula
gadis itu yang dipuja-puja selama ini. Rasa macam nak awetkan jadi patung barbie
doll, nanti bolehlah kepit kat ketiak sepanjang masa. Macam ada masalah
mental kurang stabil Izraf ni. Bukannya apa tapi geram tengok, Aina benar-benar
kelihatan seperti puteri yang sedang beradu. Walau dalam lena dia masih
kelihatan begitu anggun. Macam ada magnet, mata Izraf sudah tidak boleh
dilarikan ke tempat lain. Ah, apa salahnya, Aina kan isterinya yang halal?
Untuk berbuat lebih dari memandang pun tak salah.
Pandangan Izraf kembali memerhati Aina. Dari
hujung rambut hingga ke hujung kakinya yang runcing. Nak kata seksi, langsung
tidak. Baju tidur Hello Kitty yang dipakai, siap dengan stoking gebu Mashimaro!
Aduhai isteri, cubalah belajar pakai lingerie ke. Eh, tapi lebih baik
jangan kot. Baru pakai baju kaftan bercorak kartun pun sudah hampir-hampirmeruntuhkan
iman Izraf. Silap hari bulan, Izraf bertukar jadi kucing kan susah, kucing mana
boleh tolak ikan depan mata. Melainkan kucing bandar, dia tak hairan dengan
ikan, hanya Whiskas yang mampu menggoda. Tetapi Izraf spesies kucing biasa,
ikan pakai baju Hello Kitty rasa lebih high class berbanding Whiskas
dalam tin. Jantung
ni pun tak boleh ke buat perangai sopan sikit? Dari tadi asyik bergegar-gegar,
nak kata Parkinson pun takkanlah efek sampai ke jantung. Izraf bukan terrorist
tapi di dalam dadanya ada bom yang tengah berdetik, tunggu masa saja nak
meletup. Sebelum Aina menjadi mangsa keadaan, mata sila tolong tutup
cepat-cepat!
Melihat Aina yang begitu
lena sekali, Izraf tidak sampai hati mengganggu tidurnya. Lagipun, Izraf tidak
mahu membuatkan Aina takut dengannya. Nanti kan susah kalau Aina berhijrah
tidur di bilik air. Biarlah, Aina masih belum bersedia. Akhirnya Izraf sekadar
mengucup pipi Aina perlahan, lalu dengan berhati-hati Izraf melingkarkan
tangannya di pinggang Aina yang sedang tidur mengiring menghadapnya. Cukuplah. Rasa bahagia
menyerbu dalam hati Izraf, menyesakkan nafasnya. Malam-malam nak buat drama air
mata, nanti asma datang menyerang, siapa yang susah...Touchy
sangat!
Bersambung...
*Novel AKU JATUH CINTA akan berada di
pasaran pada Febuari ini! Boleh tempah dengan penulis sendiri untuk dapatkan
autograf & cenderamata. Penulis boleh dihubungi di:
FB:
https://www.facebook.com/anna.nabila.90
Terima
kasih atas sokongan semua, moga tulisan ini dapat menghibur! xoxo.