Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
270,511
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 17

BAB 17

“Ayah..! Adik pergi dulu yee!” Jerit Effa dari meja makan.

Dia melihat jam di tangan. “Masyaallah… aku dah lambat nihh… ! Sudahlah hari ini first case aku!” Rungut Effa sendirian. Effa tergesa-gesa menyarungkan kasutnya. Sempat juga dia meninjau-ninjau kawasan halaman kalau-kalau ayahnya berada di taman mini kesayangan ayahnya itu.

“Hah..! Dah lambatlah tu..! Yang tertinjau-tinjau tu nape?” Tegur Abdullah Said dari belakang rumah.

Effa tersengih. Dia segera mendapatkan ayahnya lalu bersalam serta mencium tangan ayahnya itu.

“Adik pergi dulu ya Ayah..! Assalammualaikum..!” Kata Effa.

“Waalaikummussalam.. Elok-elok bawak kereta tu.. Jangan drive laju-laju sangat. Kamu tu.. bukannya boleh percaya.. kalau dah lambat macam ni..!” Tegur si ayah.

Effa tersengih lagi. Dia lantas memasuki kereta lalu terus menghidupkan enjin keretanya. Tidak sampai beberapa minit, kereta Suzuki Swiftnya meluncur pergi. Dia harus sampai ke tempat yang dijanjikan tepat pukul 11.30 pagi. Sekarang ini pun sudah pukul 10.30 pagi.

“Ehh.. sempat ke ni nak sampai FRIM? Jap lagi nak tempuh jalan kat Selayang tu lagi. Ada yang aku terbang jugak ni!!” Effa berbicara sendirian di dalam keretanya itu.

Janjinya pada Suhaila untuk berjumpa di FRIM pada pukul 11.30 pagi. Sudah sebulan lebih sebenarnya Effa berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan Hal Ehwal Wanita sebagai pakar perunding dan kaunseling. Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada para remaja yang bermasalah dan juga kepada wanita-wanita yang teraniaya.

Effa seronok bekerja di situ. Walaupun jawatan yang disandang hanyalah sementara namun masa dan lokasi kerjanya adalah fleksibel. Tidak terhad di pejabat sahaja. Malah selama sebulan lebih bekerja di situ, Effa telah melawat ke merata-rata tempat, bergantung kepada kes yang dikendalikannya dan juga kepada permintaan pelanggannya sendiri.

Segala pengalaman yang dilaluiinya itu dijadikan sebagai bahan rujukan di dalam tesisnya itu. Effa merasa sangat bertuah kerana pengalaman sebegini tidak akan ditemuinya di mana-mana.

Kadangkala, Effa bekerjasama dengan pihak polis dalam kes-kes tertentu. Misalnya dalam kes ‘memujuk’ gadis yang mempunyai masalah jiwa yang kritikal sehingga kepada percubaan-percubaan membunuh diri dan sebagainya. Gadis yang bernama Suhaila yang bakal ditemuinya itu pun mempunyai masalah dalaman atau lebih tepat lagi kejiwaan yang agak kritikal

Gadis ini sebenarnya telah menggemparkan seluruh Negara dua minggu lalu apabila cerita mengenai dia ‘hilang’ sebulan sebelum bernikah telah menghiasi muka depan akhbar-akhbar Malaysia. Namun, Suhaila yang telah dikatakan hilang atau diculik itu sebenarnya telah melarikan diri dan telah ditahan oleh pihak polis ketika beliau didapati telahpun bekerja di salah sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Mengikut siasatan dari pihak polis, rupanya Suhaila sebelum ini telah banyak melakukan percubaan membunuh diri dengan menelan pil tidur yang berlebihan dan memotong urat nadi tangannya sendiri. Namun kesemua percubaan itu tidak Berjaya.

Effa telah dipertanggungjawabkan oleh pihak polis serta ahli keluarganya untuk menyelami hati sebenar Suhaila serta membantunya dalam usaha untuk memulihkan dan memberi kaunseling yang bersesuaian kepadanya.

Effa menambahkan kelajuan keretanya ketika menuruni bukit dari arah Ulu Yam itu. Ketika itulah kereta yang dipandunya dirasakan seperti tersengguk-sengguk.

“Ahh.. sudah! Apa hal pulak kereta ni..? Kau jangan buat hal kereta..! Aku ni, dah lambat!.. Tolonglah..” Kata Effa membebelkan keretanya itu.

Terasa seperti keretanya ‘membuang’ ke tepi dan ke tengah, Effa tidak berlengah lantas memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia cuba menghidupkan enjin kereta yang tiba-tiba mati itu.

“Ya Allah… apa kena pulak ni? Aduhhh…!” Rungut Effa.

Dia keluar dari kereta. Cuba mencari sesuatu di bonet kereta depan yang dirasakannya mengakibatkan keretanya itu tiba-tiba termati enjin.

“Macamlah aku reti sangat tengok benda-benda ni semua! Tu laa., ari tuhh, Angah nak ajar sombong bodoh.. Padan muka kau Effa!” Effa menyalahkan dirinya sendiri.

Di waktu yang sama, sebuah kereta Perdana V6 hitam sedang melalui kawasan itu. Azlan yang sedang memandu, memandang kereta Suzuki Swift biru yang tersadai di tepi jalan. Kalau sudah kerjanya polis, setiap perlakuan yang menarik perhatian serta mencurigakan mudah sangat dikesaninya.

“Eh..tu bukan ke.. Effa? Macam aku kenal ajer kereta Suzuki Swift biru tu..?” Tanya Azlan sendiri.

Segera dia menoleh lagi ke belakang. Kebetulan ketika itu, Effa sedang berdiri tegak sambil bercakap-cakap sesuatu di telefon bimbitnya.

“Haa… ya laah perempuan tu..! Isshh… tak ada ke kejadian yang menarik dalam hidup aku ni.. kalau berjumpa dengan perempuan? Kena langgarlah.. kereta rosaklah..! Hmm… apa nak buat Lan.. dah nasibb!!” Azlan berkata-kata sendirian di situ.

Azlan mengambil masa agak lama juga untuk keluar dan berjumpa dengan Effa. “Ehh.. takut ke Lan? Ke…menggelabah? Relax… Cool…Control macho sikit!” Sempat pula hatinya bermonolong sendirian. Dengan langkah yang berhati-hati, Azlan menghampiri Effa yang sedang terbongkok-bongkok memeriksa bahagian depan keretanya itu.

“Macam pandai!” Sempat pula Azlan mengutuk di dalam hati.

Namun, bukan ayat itu yang keluar dari mulutnya tetapi deheman yang agak kuat dari Azlan sekaligus memeranjatkan Effa.

“Ohh.. Mak kau!!” Effa melatah.

Effa segera menegakkan badannya untuk melihat siapakah orang yang berdehem dengan kuat itu. Namun ketika menegakkan badannya, dia tidak sedar kepalanya sudah terhantuk di pintu bonet depan keretanya yang terbuka itu.

“Aduhh!” Effa terjerit sambil menggosok-gosokkan kepalanya yang terasa sakit itu.

“Harus benjol kepala aku ni!” Sempat pula Effa merungut.

Effa memandang kepada lelaki tegap sasa yang memakai kaca mata hitam itu. Effa memandang lelaki yang sedang tersengih-sengih memandangnya itu dari atas ke bawah.

“Macam kenal.. tapi di mana ye?” Tanya Effa perlahan.

Mendengar itu, Azlan tersenyum sambil membuka kaca mata hitamnya itu.

“Tak kenal? Saya Azlan..” Tegur Azlan ramah. Sempat dia menyembunyikan tawanya agar tidak terlepas di depan Effa bila melihat aksi spontan Effa ketika terperanjat tadi.

“Ohh… awak mamat poyo tu ekk? Opsss…!” Effa tiba-tiba menutup mulutnya. “Padan muka, gatal sangat mulut tu..!” Gerutu hati Effa menyesali mulutnya yang lepas itu.

“Ha? Poyo? Sejak bila mak bapak saya tukar nama saya macam tu? Setahu saya.. nama saya di IC Irfan Azlan Abdul Rahim!” Selamba Azlan menjawab.

“Hmm.. whateverlah!” Gumam Effa sambil menjeling geram.

Effa kembali semula melihat keretanya. Dibeleknya keempat-empat tayar keretanya.

“Semuanya ok. Takkan kereta baru beli tak sampai setahun dah rosak? Mustahil…” Effa berkata-kata sendirian.

“Apa masalah kereta awak ni?” Tanya Azlan perihatin.

“Kalau saya tahu apa masalah kereta saya ni.. tak adalah saya terpacak kat sini, Encik Azlan oii…” Jawab Effa selamba.

“Awak dah periksa semua bahagian? Enjin? Tayar? Minyak? Air?” Tanya Azlan namun bernada seperti ketua bertanya anak buah sahaja lagaknya.

Effa menoleh sekilas kepada Azlan.

“Ek’eleh..memang poyo betul mamat ni..!” Effa mengutuk di dalam hati. Effa tidak menjawab.

Azlan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil beralih ke tempat duduk pemandu.

“Kalau dah berlagak pandai dan ego..mana nak ngaku tak reti semua tuhh..” Rungut Azlan perlahan namun masih sempat didengar oleh Effa.

“Ni.. nak tolong ke.. nak mengkritik orang ni?” Tanya Effa.

Azlan terdiam. Tiba-tiba dia ketawa. Namun ketawanya lebih terarah dalam nada yang mengejek. Effa pelik.

“Kan saya dah kata… perempuan kat Malaysia ni.. memang berlagak pandai.. macam tau.. tapi sebenarnya knowledge., zero!” Selamba Azlan menuturkannya.

Effa mula naik radang mendengar kata-kata itu. “Ini dah melampau nihh..” Effa mendengus.

“Awak…! Mari sini jap!” Panggil Azlan sambil jari telunjuknya menggamit Effa.

Effa menjeling. “Dah kutuk orang.. nak mengarah-arah kita pulak!” Rungut Effa di dalam hati namun dia akur juga arahan Azlan itu.

“Cuba awak tengok betul-betul.. kat isyarat minyak ni.. kalau awak wanita yang bijak bistari.. apa yang awak Nampak sekarang ni?” Tanya Azlan serius.

Effa memandang isyarat had minyak di dashboard kereta. Tiba-tiba, dirasakan dirinya seakan ingin pitam.

“Hallamak..! Macamana aku tak terperasankan minyak dah habis nihh? Bukan setakat ‘nyawa-nyawa ikan’ saja, minyak dah betul-betul kering kontang!” Jerit Effa di dalam hati.

Azlan tersengih penuh makna.

“So… setuju tak dengan pendapat saya tadi tu?” Tanya Azlan menaikkan lagi api kemarahan Effa. Effa hanya diam serba-salah.

“Ini.. ada yang minum minyak petrol ni kang!” Marah Effa di dalam hati.

Effa melihat jam di tangan. Sudah pukul 11.00 pagi! Hmm… sempat ke ni? Melihat Effa seperti resah bagai ayam berak kapur, Azlan bangun dan keluar dari kerusi pemandu.

“Awak ada temujanji ke? Dah lambat ye? Tak apalah, tunggu sini sekejap. Saya pergi beli minyak dekat stesen minyak yang berdekatan.” Kata Azlan sambil terus berlalu dari situ tanpa menunggu jawapan dari Effa.

Effa berasa serba-salah. Namun dia tiada pilihan selain dari terpaksa menunggu Azlan kembali semula membawa minyak petrol.

“Hisshh… bodohnya aku.. Nape lah aku tak check benda-benda penting cam tu? Kan dah kena sebijik dengan mamat polis poyo tu! Padan muka aku!” Rungut Effa sendirian di situ menyalahkan kelalaian sendiri.

“Yang aku heran tuhh.. dalam ramai-ramai balak kat Malaysia nihh, nape mamat poyo tu jugak yang muncul dalam cerita aku ni? Tak menarik langsung lah jalan cerita hidup aku nihh!” Effa mula melalut seorang diri di situ.

Tidak sampai lima belas minit, Azlan muncul dengan sebuah tong berisi minyak petrol yang sederhana besarnya. Tanpa menunggu reaksi Effa, Azlan mengisi minyak ke dalam tangki minyak keret Effa. Selesai mengisi minyak, Azlan segera bergerak untuk pulang.

“Eh awak! Nanti… Err… first of all, saya nak ucapkan.. terima kasih kerana sudi membantu saya. Yang keduanya… err… berapa harga minyak tu? Takkan awak plak nak bayar?” Kata Effa.

It’s okay.. Tak apa.. yang ini, saya belanja.. Saya ikhlas. Lain kali.. awak pulak belanja saya!” Kata Azlan pula.

Effa tidak ada pilihan selain dari hanya tersenyum dan mengangguk sahaja. Effa teragak-agak ingin memasuki keretanya semula. Seperti ada sesuatu yang ingin ditanya kepada Azlan. Namun, bila melihat jam di tangan dan mengenangkan yang dia ada janji temu dengan seseorang, akhirnya dia segera masuk ke dalam keretanya.

Sementara itu Azlan pula ke keretanya semula. Seperti Effa, Azlan juga teragak-agak ingin masuk semula ke dalam keretanya. Sudahnya dia menunggu sehingga kereta Effa hilang dari pandangan.

Ketika dia menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba Azlan terjerit kecil.

“Ya Allah..!!! Apalah kau bengap sangat ni Lan??” Jerit Azlan pada dirinya sendiri. Dia menepuk-nepuk dahinya berulang kali.

“Apa yang susah sangat nak mintak nombor telefon perempuan tu? Hadoiii…!” Bebelnya sendirian.

“Punyalah banyak masa dan peluang yang ada.. benda ciput senang cam ni pun.. kau tak leh handle? Memang mangkuk bertingkat lah kau ni.. Lan!” Kutuk hatinya, memarahi dirinya sendiri.

Sudahnya, setelah enjin kereta dihidupkan dia terus berlalu dari situ. Sebenarnya, Azlan sendiri pun sudah terlewat ke destinasi yang dituju. Baru sebentar tadi kawannya Joe memberitahu ingin berjumpa dengannya di Ampang Park.

Joe sanggup turun dari Kuantan semata-mata untuk meluahkan masalahnya kepada Azlan. Azlan baru sahaja balik dari lokasi penyiasatannya di Ulu Yam dan tidak menyangka di dalam perjalanannya menuju ke Ampang Park, dia bertembung dengan Effa pula.

“Apa masalahnya lagi Joe? Kan ke tunang kau dah ditemui? Kes kau ni kan dah ditarik balik dan ditutup kerana tiada unsur-unsur penculikan ataupun jenayah. Tunang kau yang sukarela melarikan diri. Kalau ada masalah lain, itu kau kena selesaikan secara personal, Joe.” Kata Azlan.

Sebaik mungkin, Azlan tidak mahu terlibat dalam urusan peribadi kawannya itu. Bagi Azlan, permintaan Joe untuk membantunya mencari tunangnya itu telah disempurnakan dengan jayanya. Nasib baik dia mempunyai ramai contactdan informer di kawasan Kuala Lumpur ini dan ianya memudahkan lagi tugas-tugasnya dalam mengesan tunang Joe.

Namun begitu, Azlan tidak menyangka berita kejayaannya mengesan tunang Joe itu mendapat liputan meluas di dada akhbar. Cuma, Azlan meminta pihak media tidak mendedahkan nama-nama anggota polis yang terlibat dalam menjayakan kes itu atas alasan rekod sulit polis.

“Aku berterima kasih sangat pada kau dan anggota kau kerana telah Berjaya mengesan tunang aku tu. Memang aku respect dengan polis ni. Cekap bertindak dalam menyelesaikan kes! Tapi… ahh… nanti aku cerita kat kau lah Lan..Aku dah on the way ke KL dah ni..!” Sambung Joe di hujung talian.

Memang tidak pandai berkata tidak, Azlan akhirnya akur dengan permintaan Joe untuk berjumpa dengannya di Ampang Park.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.