Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
271,150
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 9

 

BAB 9

Effa mematikan talian telefon bimbitnya. Baru sebentar tadi dia berbual panjang dengan Doktor Helena, bekas pensyarahnya sewaktu di USM dahulu. Effa masih memikirkan tentang tawaran yang Doktor Helena kemukakan kepadanya sebentar tadi.

“Mana Doktor tahu saya dah pulang ke Malaysia ni? Saya baru berkira-kira nak hubungi Doktor dalam sehari dua lagi ni.. tiba-tiba, Doktor pula yang contact saya..” Tanya Effa.

“Kebetulan Effa. Saya teringat awak… Saya ni.. kira gamble aje call awak ni.. Tak sangka pula awak dah pulang ke Malaysia rupanya..” Jawab Doktor Helena.

Effa dan Doktor Helena ketawa gelihati.

“Saya tak boleh nak fikirkan nama lain selain dari awak.. I think you should grab this opportunity. Lagipun, kan awak nak buat tesis kan? So.. it is the right time and the right place for you to decide what case study you should take as your tesis reference..!”

Effa teringat kata-kata Doktor Helena yang memberi cadangan sebentar tadi setelah Effa bercerita mengenai apa perancangannya selepas pulang ke tanahair.

“Walaupun jawatan ini hanyalah sementara but.. please trust me, it is worth it for you to gain some experience and knowledge.” Kata Doktor Helena lagi.

“Hmmm… sounds interesting. Insyaallah Doktor, akan saya fikirkan. Lagipun.. saya baru je sebulan balik. Nak rehat panjang-panjang sikit.. Agak-agaknya, bulan berapa saya boleh mula?” Tanya Effa.

“Okey.. I understand. Tak apa.. take your time. Mengikut kata Datuk Shahrizat, awak boleh mula bulan April ini. Hmm… sedang eloklah tu untuk awak berehat dan selesaikan segala urusan peribadi yang tertangguh..” Jawab Doktor Helena.

“Effa, this is a very exclusive offer..you know..! Datuk Shahrizat sendiri yang menyerahkan segalanya kepada saya. Peluang hanya datang sekali, Effa. bekerja sebagai pegawai psikologi dan kaunseling di dalam Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Masyarakat is not bad, okay! Sekurang-kurangnya jadikan ia sebagai satu usaha murni kita dalam membantu remaja-remaja perempuan yang bermasalah ke arah kebaikan..” Sambung Doktor Helena.

Effa terdiam, memberi peluang Doktor Helena memberi penjelasan selanjutnya.

“Satu lagi… ibu-ibu tunggal dan wanita-wanita teraniaya perlukan sokongan dan khidmat nasihat daripada pegawai kaunseling macam kita agar mereka tidak terasa dipinggirkan dan kurang keyakinan dalam menghadapi reality dan dugaan hidup. Tidakkah ianya satu lagi usaha murni dan insyaallah.. ianya sebagai satu ‘investment’untuk kita di akhirat nanti..?” Tambah Doktor Helena.

Effa tersenyum sendirian di hujung talian. Doktor Helena kalau bab-bab meyakinkan dan memujuk orang, serahkan sahaja padanya. Kalau tidak, takkanlah pula dia bergelar doktor pakar psikologi kaunseling dan klinikal.

Khidmatnya memang sentiasa diperlukan samada penasihat jemputan untuk kementerian kerajaan, badan-badan berkanun dan korporat, hospital-hospital kerajaan dan swasta serta menjadi pensyarah jemputan di universiti-universiti tempatan.

Doktor Helena juga merupakan idola Effa ketika dia mula-mula belajar di USM dahulu. Malah, atas nasihat Doktor Helena jugalah Effa meneruskan pengajiannya sehingga peringkat master. Effa merasa beruntung kerana Effa merupakan antara pelajar kesayangan Doktor Helena. Banyak ilmu-ilmu serta tunjuk ajar yang Doktor Helena berikan kepada Effa. Doktor Helena seperti menganggap Effa seperti ‘protegee’ nya.

“Macam mana Effa? Awak setuju?” Tanya Doktor Helena setelah agak lama Effa terdiam.

Effa berfikir sejenak. Atas kesedaran segala budi dan kebaikan yang diterima daripada Doktor Helena selama ini, Effa telah membuat keputusan untuk menerima tawaran itu. Bagi Effa, tawaran itu memang menarik walaupun jawatan yang ditawarkan hanyalah sementara tetapi nilainya memang tidak boleh dinafikan lagi.

“Hmm… saya setujulah Doktor!..” Jawab Effa ringkas.

“Alhamdulillah… syukur.. lega hati saya!” Sambut Doktor Helena dalam tawa gembiranya. Gembira hatinya kerana Effa setuju dengan cadangannya. Dia tahu dia telah membuat pilihan yang bijak dan betul dengan memilih Effa. Doktor Helena tahu sejauh mana kemampuan Effa.

Bagi Effa pula, bukan soal wang yang difikirkannya tetapi nilai dari sebuah pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikutip darinya. Effa mengakui projek yang dirangka oleh Menteri Pembangunan Wanita itu sesungguhnya memang bagus dan bermanafaat sekali.

Apatah lagi dengan lambakan kes-kes serta masalah-masalah remaja sosial, kes buang bayi, dadah, seks liar dan bermacam-macam lagi kes yang amat merungsingkan Negara kita amnya. Itu belum lagi kes-kes penganiayaan wanita dan kanak-kanak. Mereka semua memerlukan rawatan kejiwaan selain dari pemulihan klinikal.

Seperti kata Doktor Helena sebentar tadi;

“Saya tidak dapat memikirkan nama orang lain selain daripada awak kerana awaklah orang yang paling sesuai untuk memikul tanggung-jawab ini..”

“Masih ingat kata-kata saya dahulu; antara sifat-sifat yang awak ada yang saya puji adalah: awak berpengetahuan kendiri serta berfikiran terbuka. Awak berkeperibadian dan berkeyakinan tinggi dan yang paling saya suka.. awak adalah pendengar yang baik, sabar, mesra, perihatin, peka, jujur dan ikhlas..!”

Meremang bulu roma Effa dipuji Doktor Helena begitu. Terasa bangga dan amat terharu sekali atas penghormatan yang diberikan oleh Doktor Helena itu.

“Doktor ni.. buat saya malu ajerlah..! Tinggi sangat pujian doctor tu..” Kata Effa malu-malu.

Terdengar ledakan ketawa Doktor Helena di hujung talian.

“Awak masih tak berubah Effa..! Suka bergurau… Hmm… tak sabar rasanya nak berjumpa awak semula.. Nanti saya hubungi awak lagi ye.. Assalammualaikum…” Kata Doktor Helena dalam sisa-sisa tawanya.

“Waalaikummussalam…” Jawab Effa perlahan.

Effa menarik nafas panjang. Barangkali, inilah rezeki yang Allah tentukan buat aku! Fikir Effa. Sudah tiba masanya dia mempraktikkan apa yang dipelajari dan melaksanakan amanah yang diberi. Effa tersenyum dalam semangat yang berkobar-kobar.

Tambahan pula, cadangan yang diberi oleh Doktor Helena agar menjadikan kes-kes yang bakal Effa kendalikan sebagai rujukan bahan-bahan tesisnya, merupakan satu cadangan yang bagus.

Justeru itu, Effa tidak teragak-agak untuk menerima tawaran itu. Effa pasti, Doktor Helena sudah memikirkan sedalam-dalamnya sebelum memberi tawaran kerja itu kepadanya.

“Hai Adik.. Ni kenapa tersengih sorang-sorang petang-petang nihh? Adik berbual dengan siapa tadi? Lama benar Adik bergayut kat telefon tu tadi?” Tegur Abdullah Said. Pelik dia melihat perlakuan anak gadisnya itu.

Berbual dengan teman lelakinyakah? Tapi.. Adik tak pernah pulak ceritakan yang dia dah ada teman lelaki..! Abdulah Said bermonolog sendiri.

Effa memandang ayahnya sambl tersenyum.

“Hmm… Ayah.. sekejap Adik buatkan minum petang yee.. Ayah duduklah dulu kat bawah pokok tu. Ajak sekali Angah. Nanti Adik ceritakan..” Kata Effa masih dalam sisa senyumannya.

“Hmm… Ya laa.. nanti Ayah panggil Angah sekali..” Kata Abdullah Said. Pasti ada berita gembira yang ingin dikhabarkan oleh Adik. Fikir Abdullah Said sendirian.

Lebih kurang lima belas minit, Effa sudah menatang keluar sedulang hidangan petang untuk mereka bertiga. Memang kebiasaannya, mereka selalu menikmati hidangan petang di bawah pokok mangga yang rendang di halaman rumah agam itu.

Suasana yang mendamaikan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa itu begitu bagus untuk merehatkan badan dan bersantai-santai selepas menunaikan solat Asar.

“Ha.. Adik… apa citernya ni..? Ada berita gembira ke?” Tanya Abdullah Said setelah sepuluh minit mereka menikmati hidangan.

Irwan Hafizy yang tidak tahu menahu itu kelihatan terpinga-pinga.

“Aikk… apa cerita ni Dik? Ada orang nak datang minang Adik ke?” Sakat Irwan Hafizy.

“Isshh.. Angah nihh! Tak adalah perkara lain selain menyebut cerita kahwin tuhh..!” Effa pura-pura marah.

“Alah.. manalah tau…! Kot-kot mat saleh kat University Harvard telefon tadi.. cakap nak datang Malaysia nak pinang Adik.. Manalah tau kann…!” Sakat Irwan Hafizy lagi.

“Ahh… tak ada maknanya Angah..!.. Cubalah diam dulu.. dengar Adik nak ceritakan ni..” Sanggah Effa.

Abdullah Said hanya diam namun sempat tersenyum mendengar usikan Irwan Hafizy.

“Okey.. ceciter-ceciter..!!” Kata Irwan Hafizy sambil tersengih.

Effa akhirnya menceritakan mengenai tawaran Doktor Helena kepadanya kepada ayah dan abangnya itu.

“Alhamdulillah… bagus tu..! Adik terima ajelah.. Itu rezeki namanya…” Respon Abdullah Said kepada anak gadisnya itu.

“Wow.. it’s a good offer. Take it, Sis! Rugi kalau tak ambil peluang tu. Sekarang nak dapat kerja memang susah. Semua nak kena ada pengalaman. Tapi.. macamana nak ada pengalaman kalau tak kerja dulu, ye tak..?” Komen Irwan Hafizy.

Effa mengangguk tanda setuju akan kata-kata abangnya itu.

“Hmmm… Adik dah setuju dah dengan offer Doktor Helena tu…!” Jawab Effa sambil menyisip kopi panas sedikit demi sedikit.

Abdullah Said mengangguk sambil tersenyum.

“Sebenarnya, konsep kerja dalam ajaran Islam selain mencari nafkah, kerja adalah asas penilaian manusia dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai khalifah Allah dan hamba-Nya untuk memakmurkan bumi ini dan sekaligus pula beribadat kepada Allah.. “ Abdullah Said menerangkan.

“Masyarakat Islam adalah sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama melalui kerja masing-masing. Berdasarkan kebolehan dan kelayakan dalam bidang masing-masing kerana segala kerja mereka adalah bersumberkan iman dan bertujuan melaksanakan amal soleh..” Sambung Abdullah Said lagi.

Effa dan Irwan Hafizy hanya mengangguk-anggukkan kepala bersetuju dengan penerangan ayah mereka.

“Murni sebenarnya kerja-kerja Adik tu.. Membantu dan memberi panduan pada mereka-mereka yang teraniaya dan memerlukan sokongan terutama pada golongan remaja, kana-kanak yang didera mahupun ibu-ibu tunggal..” Kata Abdullah Said lagi.

“Hmm.. silap-silap esok.. Adik boleh jadi Yang Berhormat, Ahli Parlimen ataupun.. Wakil Rakyat... Huh.. tak glamour ke tu Dik!” Sakat Irwan Hafizy.

“Hisshh.. Angah ni..!! Tak de maknanya nak glamour bila jadi Wakil Rakyat nihh..! Tak kuasa..!” Sela Effa.

“Dan tak ada maknanya.. kalau sesuatu kerja yang kita lakukan itu.. diniatkan untuk mendapat balasan atas apa yang kita lakukan. Setiap kerja yang kita lakukan itu harus ikhlas dan dengan hati yang suci. Barulah mendapat keberkatan dari segala apa yang kita lakukan…” Sambut Abdullah Said pula.

Abdullah Said memandang Irwan Hafizy sambil menggelengkan kepalanya. Effa pula sekadar tersengih. Effa memberi isyarat bagus dengan ibu jarinya kepada Irwan Hafizy.

“Padan muka! Kan dah kena ceramah..!” Kata Effa perlahan kepada abangnya itu.

“Alah Ayah ni… Angah saja nak menyakat Adik nih.. Angah taulah tu.. takkanlah Angah buat kerja tak ikhlas kot… Kan Angah ni.. peguambela..” Jawab Irwan Hafizy membela diri.

“Huh.. memang dah kena sangatlah tu jadi peguambela.. Bela lah diri sendiri..! “ Kata Effa pula sebagai batu api.

“Ayah tak kata.. Angah macam tu.. Ayah hanya sekadar memberi nasihat sahaja kepada anak-anak Ayah ni.. Mengapa Angah terasa pulak ni?” Tanya Abdullah Said sambil tersenyum.

“Hmm… Yang Arif.. nampaknya pihak peguambela kita sudah terkantoi gamaknya… Tu pasal tiada hujah-hujah balas dari pihak peguambela kita..!” Kata Effa dalam menahan tawanya.

“Ohhh… pandai nak mengenakan orang ehhh… Nanti kau!!” Kata Irwan Hafizy sambil menarik rambut tocang Effa.

“Ayah..!! Tengoklah Angah nihhh…!!!”

Effa terjerit sambil cuba ingin mencubit dan membalas perlakuan Irwan Hafizy itu. Apa lagi, Irwan Hafizy segera bangun sambil berlari masuk ke dalam rumah dan dikejar oleh Effa yang tidak berpuas hati dengan tindakan Irwan Hafizy itu.

Abdullah Said sudah ketawa sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat anak-anaknya yang menghiburkan hatinya itu.

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.