Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
271,215
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 30

BAB 30

Effa masih lagi menyusuri bangunan - bangunan yang berkonsepkan kolonial yang memang menarik sesiapa pun untuk singgah ke situ. Mana lagi kalau bukan di Bukit Tinggi iaitu di Colmar Tropicale. Berseorangan di situ, sambil menikmati pemandangan yang memang bukan seperti di Malaysia, di mana bangunannya berkonsepkan bangunan Perancis memang lain perasaannya.

Ini bukan kali pertama Effa ke sini. Kali pertama dahulu, ketika bersama Azlan, ketika Effa tidak mempunyai idea dan perancangan ke mana arah tujuan pertemuan mereka di hari minggu itu.

Sewaktu Azlan mencadangkan mereka ke Bukit Tinggi, Effa lantas bersetuju sahaja. Lagipun, Effa tidak pernah pergi ke situ, hanya mendengar cerita kawan-kawannya sahaja.

Ketika pertama kali ke Bukit Tinggi itu, Effa memang benar-benar teruja. Tidak pula Effa mengetahui yang Bukit Tinggi ini adalah salah satu tempat peranginan tanah tinggi di Pahang selain Fraser Hill , Cameron Highland dan Genting Highland. Ketinggian tempat ini adalah 2500 dari paras laut.

Perjalanan ke atas Bukit Tinggi hanyalah mengambil masa setengah jam sahaja dengan jalannya yang agak berbengkang bengkok namun apabila melihat pemandangan - pemandangan bangunan di atas tempat itu, Effa merasakan berbaloi juga melawat tempat seperti itu.

Sebagai orang yang gemar melancong ke merata tempat di hampir seluruh dunia itu, Effa merasa amat berbangga yang tanah tumpah darahnya sendiri mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Antara tempat - tempat pelancongan sekitar kawasan itu yang sempat Azlan tunjukkan adalah Taman Arnab, Japanese Tea Garden , Botanical Garden, Colmar Tropicale dan tempat menunggang kuda. Tempat pertama yang mereka lawati adalah Taman Arnab. Taman itu seperti mini zoo dan sesuai untuk keluarga. Effa mendapat tahu, kalau ada yang minat menunggang kuda, mereka boleh ke Berjaya Hill Horse Riding di mana lokasinya adalah sebelum sampai ke Taman Arnab itu.

Terdapat juga hotel bagi yang ingin menginap di Bukit Tinggi itu. Bagi yang gemar mengambil gambar, tempat ini juga adalah syurga untuk pemandangan - pemandangan yang menarik. Malah sepanjang Effa dan Azlan berada di sana, ramai jurugambar - jurugambar yang mengambil gambar.

Effa juga tidak ketinggalan merakam gambar sebagai kenangan. Selain melihat pemandangan, di situ juga terdapat restoren - restoren dan terdapat liveband yang membuat persembahan. Terdapat juga permainan - permainan lain sebagai hiburan tambahan di sekitar kawasan itu.

Hampir 4 jam juga mereka berdua menghabiskan masa di situ. Kalau di ikutkan, pengunjung boleh menaiki tren yang di sediakan untuk ke sana daripada Colmar Tropicale tetapi memandangkan Azlan yang sentiasa perlu bersedia jika ada panggilan kes, maka mereka hanya menaiki kereta dan memakirkan kereta di bahagian pintu masuk ke Perkampungan Jepun itu sahaja.

Memang benar seperti yang dijangkakan, sebaik sahaja mereka selesai merayau di kawasan sekitar Perkampungan Jepun itu, Azlan mendapat panggilan dan diminta segera ke Bukit Aman bagi tugas penyisatan kes penculikan di Kuala Lumpur.

“Tak apa ke Effa, kalau hanya setakat ini sahaja pertemuan kita? Lan terpaksa ke Bukit Aman sekarang..” Tanya Azlan dalam nada perlahan.

Agak berat sebenarnya Azlan ingin bergegas ke Kuala Lumpur semula namun demi tugas, Azlan tiada pilihan.

It’s okay Lan.. 4 jam yang ada ni pun.. dah cukup bagi Effa. Jomlah.. nanti Lan lambat pulak..” Jawab Effa.

“Tapi…. Lan tak puas lagi nak spend time dengan Effa ni.. Dahlah kita sama-sama sibuk. Takut.. Effa jer yang tak selesa..” Kata Azlan dalam keluhannya.

“Lan… Effa faham tugas Lan, okay. Don’t worrylah.. Nanti.. insyaallah.. kalau ada masa lagi, kita jumpa lagi ye..” Pujuk Effa pula.

Effa hanya tersenyum memandang muka masam Azlan. Memang dia harus faham tentang kerjaya Azlan. Kalau Azlan boleh memahami tugasnya yang sentiasa focus dalam menyelesaikan kes-kes pesakitnya tanpa sebarang gangguan dari keluarga mahupun teman-teman, mengapa dia tidak boleh bertolak ansur tentang itu pula. Walaupun masa yang ada amatlah terhad untuk mereka berdua namun itu sudah cukup bagi Effa dari tiada langsung dapat berjumpa.

Walaupun merasa keletihan dan harus mengejar masa untuk pulang ke Kuala Lumpur, perjalanan mereka itu Effa rasakan berakhir dengan kepuasan dan melalui pengalaman yang amat menarik. Namun begitu Effa ditinggalkan oleh Azlan dengan satu persoalan yang hanya Effa sahaja bisa menjawabnya.

Dan persoalan itulah yang membawa Effa ke Bukit Tinggi itu lagi walaupun kali ini berseorangan dan cuba mencari jawapan yang harus diberikan kepada Azlan dalam masa sebulan dari tarikh lawatan mereka yang pertama di Bukit Tinggi itu…

*******************************

“Effa… Kalau Lan Tanya satu soalan.. Effa janji.. akan menjawabnya secara jujur?” Tanya Azlan ketika mereka berdua menikmati permandangan hutan yang menghijau di kawasan Bukit Tinggi itu.

“Hehehe…ya.. Tuan ASP… Nak tanya pasal apa tu ya? Effa ni.. suspek pencuri ke?” Tanya Effa pula sambil ketawa.

“Hmm… hampir tepat soalan tu!” Jawab Azlan serius.

“Ha?? Effa pencuri? Muka Effa ada rupa pencuri ke?” Tanya Effa mula kalut.

Azlan yang serius pada mulanya, akhirnya ketawa bila melihat wajah Effa serta merta berubah. Baru nak acah saja.. dah panic! Apalah Effa ni!

“Ya.. Cik Iffah Huriyyah Binti Abdullah Said ni.. dah mencuri hati Tuan ASP Irfan Azlan Abdul Rahim. Masalahnya dahlah mencuri.. tak nak pulak tu.. dipulangkan kepada tuannya..” Jawab Azlan dengan selamba.

Berubah muka Effa ketika itu. Serta-merta pipinya bertukar kemerah-merahan. Itulah saat yang paling digemari oleh Azlan. Effa sangat cantik di matanya ketika pipinya kemerah-merahan kerana malu ataupun sedang marah.

“So.. apa yang masalahnya bagi Tuan ASP tu?” Tanya Effa pula selamba.

“Hmm… kalau dia ambil separuh atau setengah, boleh lagi Tuan ASP tu survive..! Ini… sudah dicurinya semua.. Apa yang tinggal? Dah tu.. curi tak nak ngaku pulak tu!” Jawab Azlan.

“Ehh… ada ke pencuri kat dunia ni.. yang mengaku mencuri?” Tanya Effa pula.

Tiba-tiba Azlan ketawa kuat. Gelihati mendengar jawapan Effa itu. Effa sudah menarik muka masam. Ada lagilah benda yang nak mendajalkan aku ni! Gerutu hati Effa.

“Apasal gelak pulak?” Tanya Effa.

“Jadi… Effa ngakulah yang Effa ni pencuri tu ekk?”Tanya Azlan sambil tersenyum.

Dia merenung Effa lama. Effa jadi serba-salah ditenung begitu. Aku dah ngaku ke? Tanya Effa di dalam hati.

Azlan tiba-tiba memegang kedua-dua tangan Effa. Dia merenung mata Effa dalam. Effa terasa tangan Azlan menggigil sewaktu Azlan memegang tangannya.

“Effa… walaupun antara kita tidak meluahkan rasa itu tapi kita berdua tahu apa yang kita rasakan di saat ini. Kita sedang menikmati rasa itu dengan cara kita sendiri. Mungkin tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata namun rasa yang singgah di hati kita itu amat indah dan terasa bahagia sekali melaluinya..” Kata Azlan dalam nada yang amat romantis sekali.

Effa terasa bulu romanya agak meremang seketika. Denyutan jantungnya terasa berdegup kencang dan seperti terasa bunyi kelajuannya. Inilah pertama kali dia berhadapan dengan Azlan yang serius dan bersikap romantic itu. Selama ini, Azlan yang dikenalinya seorang yang suka mengusik.

“Lan tak mahu.. kita leka dalam keindahan itu tanpa sesuatu ikatan yang sah sebagai jaminan agar keindahan itu tidak akan terhenti di situ sahaja. Lan mahu kita sama-sama melayari keindahan rasa itu pada jalan yang halal agar hidup kita dalam rahmat yang Esa dan restu dari keluarga masing-masing..” Sambung Azlan lagi.

Effa yang sudah terkelu lidah hanya kaku memandang Azlan.

“Sayang… Kita sebenarnya sudah lama berkongsi rasa itu namun masih degil mahu menafikannya kerana.. tidak percaya.. layakkah diri ini disayangi mahupun menyayangi.. Lantaran itu, tanpa sedar.. antara kita cuba saling lengkap-melengkapi segala keperluan jiwa dan perasaan agar kita berdua.. seiring dalam mempertahankan rasa itu.. Betul tak sayang?”

Pertanyaan dari Azlan itu dengan memanggilnya ‘sayang’ telah memakukan terus Effa berdiri di hadapan Azlan tanpa bergerak walau seincipun! Dah macam patung cendanalah pulak…!

“Sayang…? Sayang okay ke?” Tanya Azlan perlahan sambil memetik jarinya beberapa kali di hadapan wajah Effa. Effa tersedar dari ‘pukauan’nya itu. Masih lagi dalam keadaan pipinya yang kemerah-merahan.

“Betul ke ini Azlan yang aku kenal ni?” Tanya Effa di dalam hati seakan tidak percaya.

“Sayang.. tak usah risau.. Lan tak minta jawapan sayang hari ini. Lan bagi sayang masa untuk berfikir.. Sayang nak berapa lama untuk berfikir?” Tanya Azlan sambil tersenyum.

Effa yang sudah sememangnya lemah lututnya dengan ‘kejutan’ itu hampir rebah ke bumi melihat reaksi romantis dari Azlan itu. Sudahnya, Effa langsung tidak dapat bersuara walau sepatah ayat pun!

“Okay lah… Lan bagi masa… lets say… sebulan dari sekarang. Is it okay with you? Lepas tu.. jika jawapan yang diberikan positif, Lan akan terus proceed hantar wakil untuk meminang Effa. Setuju?” Tanya Azlan lagi bila melihat Effa masih terkial-kial untuk menjawab.

“Kalau.. jawapannya negative.., what are you going to do?” Akhirnya Berjaya juga Effa bersuara dan bertanya soalan itu.

Azlan terdiam sambil memandang wajah Effa. Dia menarik nafas panjang lantas melepaskannya bersama keluhan berat.

“Itu.. maknanya.. kita tiada jodoh..! Lan akan cuba terima ia dengan positif biarpun ianya memang berat untuk Lan lakukan sebab…. Inilah pertama kali dan Effalah wanita pertama yang membuatkan Lan berperasaan begini. Memang Lan sedang mencari jodoh namun sentiasa tidak sesuai di mata dan di jiwa Lan. Kehadiran Effa sesungguhnya telah menamatkan pencarian Lan selama ini. Tapi.. Lan sedar.. cinta dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Jika Effa merasakan Lan bukan pasangan jiwa Effa.. Lan terima… Semoga satu hari nanti.. Effa akan berjumpa juga dengan jodoh Effa yang sesuai.. Cuma…..” Azlan terhenti di situ.

“Lan nak Effa tahu… sekali hati Lan sudah berkenan dan menyintai seseorang itu, Lan tidak pandai lagi untuk memberi kasih pada insan yang seterusnya.. Entahlah.. biar hati ini mahal pada pandangan orang lain namun ianya tidak ternilai harganya pada sipenerimanya..” Sambung Azlan dengan maksud yang begitu mendalam sekali.

Effa menarik nafas panjang. Dia cuba bertenang dan sebelum dia ingin bersuara, Azlan pula tiba-tiba menerima panggilan telefon dari Bukit Aman yang memintanya segera ke Bukit Aman. Akhirnya, dia terpaksa akur yang dia perlu memberi jawapan kepada Azlan dalam masa sebulan lagi.

Effa mengeluh lagi. Dia melihat sepasang itik berwarna putih yang sedang menyusuri tasik buatan yang berada di bawah jambatan di bangunan colonial itu.

“Itikpun ada perasaan ingin berpasangan.. Mengapa tidak kau Effa?” Tanya hati kecil Effa. “Lelaki macammana lagi yang kau tunggu? Adakah lagi lelaki yang sepenuh jiwa mencintai kau seperti Azlan sekarang ni?” Tanya hati kecil Effa lagi.

“Jangan jadi hipokritlah Effa..! Mengaku sahajalah yang kau juga mencintai Azlan! Berapa banyak lagi hati lelaki yang kau nak hancurkan?” Terus-terusan hati kecil Effa melontar soalan.

“Berapa banyak? Bila masa pulak aku main-mainkan perasaan lelaki ni?” Tanya Effa pula bersoal jawab dengan hati kecilnya.

“Kau tak ingat.. berapa ramai lelaki yang frust menonggeng tak dapat kau.. kat sekolah, kolej dan universiti dulu? Shameer, Cikgu Azib, Johan, Bukhari, Rizal, Mazli, Shazwan dan ramai lagilah! Haa… kau masih ingat mat salih yang tergila-gilakan kau kat University Harvard dulu, si Edward Lucas? Sampai nak masuk Islam gara-gara nak pujuk kau supaya terima dia sebagai boy friend kau? Takkan kau tak ingat?” Tanya hati kecil Effa cuba mengungkit semula kisah lama.

Effa merenung jauh memikirkan pertanyaan-pertanyaan hati kecilnya itu. Dan kenangan lama pun kembali menyinggah ke kotak ingatannya ke satu masa lalu.. sewaktu di Universiti Harvard ketika Effa di dalam semester akhir…..

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.