Home Novel Cinta Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
8/12/2014 11:23:29
64,982
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

6

AKU memandang Izelea yang baru duduk di birai katil. Aku sebenarnya sudah tahu perkara yang ingin disampaikannya kerana emak sudah memberitahu aku petang tadi. Tetapi mengapa wajahnya bersalut duka? Bukankah ini -kebahagiaan yang dirancangkan sekian lama. Jadi, apalagi yang perlu dibimbangkan?

Kegelisahan Izelea menguatkan lagi keraguanku. Apa lagi yang tidak kena. Kalau ada masalah, aku sedia memberikan bantuan agar hasratnya berjalan dengan lancar.

"Ada apa Ize?" Sengaja aku menyoalnya sambil -tanganku pantas mengemas meja tulis yang berselerak dengan -kertas-kertas yang diconteng oleh Adura dan Aiman tadi. -Nampak-nya dia teragak-agak untuk memulakan kata.

"Syahril kata nak hantar keluarganya datang ke rumah." Izelea bersuara teragak-agak. Dia tidak seperti selalu. Mungkin dia merasakan perkara yang akan disampaikannya menyinggung perasaanku. Oleh itu dia nampaknya begitu berhati-hati menyusun kata-kata.

"Baguslah!" jawabku membalas dengan reaksi gembira mendengar berita itu.

Izelea tiba-tiba melepaskan keluhan berat. Aku memandangnya dengan hairan. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang sedang difikirkannya.

"Kenapa pulak ni?" soalku sambil menepuk bahu Izelea.

"Orang patutnya gembira bila dengar ada rombongan nak masuk meminang." Aku cuba mengawal suara.

"Ize kalau boleh tak nak langkah bendul... biar akak yang kahwin dulu," balasnya dengan suara yang manja.

Aku tergelak kecil. Reaksi yang menunjukkan bahawa aku tidak bersetuju dengan pendapat Izelea. Kalau Izelea berharap aku akan berkahwin dahulu, terasa lucu juga. Aku hendak kahwin dengan siapa? Bagaimana aku hendak di-sunting orang kalau hatiku sendiri dingin dan beku bagai salju? Kalaupun telah terbuka sedikit pintu hatiku, tetapi tersasar pula kasih yang tertumpah. Hampa dan kecewa hatiku mengenangkan pertemuan yang tidak diduga itu.

"Akak nak kahwin dengan siapa?" Akhirnya aku ajukan juga pertanyaan itu setelah tawaku reda. Mungkin tidak senang dengan gurauanku, Izelea menarik muka masam.

"Buatlah muka macam tu, nanti Syahril pun lari," kataku sambil mencuit hidungnya.

Aku me-lontarkan kata-kata gurauan itu dengan harapan agar Izelea tidak rasa bersalah kerana mendahuluiku.

"Oh, ya... cakap pada Syahril, walaupun langkah bendul, akak tak nak apa-apa. Tak payah susah-susah sediakan barang untuk langkah bendul," ujarku.

Tidak ada apalagi alasan untuk dia menangguh-nangguhkan apa yang telah direncananya bersama Syahril. Pasti-lah Izelea cukup yakin bahawa Syahril adalah yang terbaik.

Sesungguhnya kesan penanggungan di jiwa arwah Kak Aida masih aku rasakan sehingga kini. Aku selalu -meletakkan diriku di tempatnya dan menganggap semua lelaki sama seperti Abang Bakhtiar. Semuanya tidak boleh aku percaya, semuanya hanya bersama pada waktu senang dan di-buang apabila tidak diperlukan lagi. Bukankah jelas -bahawa -perkahwinan itu sangat menyusahkan? Bagiku -nikmat perkahwinan hanyalah untuk lelaki sahaja!

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.