Home Novel Cinta Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
8/12/2014 11:23:29
64,971
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

5

AKU mencoret sebaris ayat di atas kertas kosong di hadapanku. Sambil termenung menongkat dagu, aku ulang menyebutnya berkali-kali di dalam hati. Cuba mentafsir, mencari makna daripada sebaris ayat itu mengikut situasi yang aku alami kini.

‘Hidup tidak selalu indah, hati tidak selalu gelisah’.

"Ifti!"

Suara itu menghanyutkan lamunanku. Aku memandang Jesse Mark yang tercegat di hadapanku.

"Berangan ya!" usiknya sambil tersenyum.

Aku tidak menghiraukan usikannya. Malas hendak me-nafikan atau mengiakan. Dia tergelak.

"Bos cakap dia nak tengokdesign projek yang kita bincang semalam," sambung Jesse Mark.

"Sekarang?" soalku inginkan kepastian.

Jesse Mark menegakkan tiga anak jari. Aku -mengangguk tanda faham. Dia meninjau pelan reka bentuk hiasan da-laman yang aku hamparkan di atas meja. Meminda lagi mana-mana yang dirasakannya perlu.

Aku memberi perhatian kepada tambahan lakaran yang dibuatnya. Sesekali aku memandangnya. Teringat ketika dia mula masuk bekerja dahulu. Ramai yang menyangka dia orang Melayu. Rupa-rupanya dia anak kacukan. Ayahnya berketurunan India dan ibunya berasal dari New Zealand. Jadi mukanya hendak kata macam orang India, tidak dan hendak kata macam orang putih juga tidak. Sekali pandang, dia memang nampak macam orang Melayu. Hubungan cinta-nya dengan Dhivia, bukanlah rahsia lagi. Sebuah potret mereka yang terletak di atas mejanya jelas tertulis gandingan nama mereka ber-dua, JC & Via.

Aku tiba-tiba terkenang pula kepada seseorang. Memikir-kan apakah mungkin akan ada pertemuan lagi dengannya. Fikiranku menerawang. Aku tersenyum sendiri.

"Okey, I rasa dah cukup perfect!"

Terlepas pensel di tanganku. Jesse Mark tercengang-ce-ngang memandangku.

"Memang sah you tengah berangan ni!" ujarnya.

Aku tersipu malu. "Oh ya, Via mana?" Aku cuba meng-alih tumpuannya. Sedikit menggelabah.

Sekali lagi Jesse Mark mentertawakan aku. "Kalau you tak berkhayal, you tentu nampak Via... dia baru aje lalu kat sini tadi."

Aku mengutip kembali serpihan khayalan aku tadi. 'Dia' masih lagi menabiri ruang mataku.

"You macam orang yang sedang dilamun cinta." Jesse Mark memberi komen. Aku tersenyum dan mengangguk. Di wajah Jesse Mark terlukis seribu tanda tanya. PETANG itu aku sendirian ke Mid Valley. Tujuanku untuk mencari novel-novel baru di kedai buku MPH. Sebenarnya, sudah lama aku ingin ke sana tetapi tertangguh sejak aku putus kasih dengan Alfredo.

"Puan Ifti!"

Aku berpaling mencari suara itu. Untuk seketika kami saling berpandangan. Aku tidak menyangka akan bertemu Nazmi di situ bersama seorang gadis. Entah mengapa, harapanku seperti berkecai tetapi aku sembunyikan di se-balik senyuman yang dibuat-buat.

"Saya Nazmi," ujarnya seakan-akan cuba mengingatkan aku. Sangkanya tentulah aku sudah terlupa, sedangkan aku sebenarnya sengaja berpura-pura, yang aku tidak ingat namanya. Kali ini barulah aku memberi reaksi bahawa kami saling mengenali.

Aku nampak gadis di sebelahnya sudah semacam -sahaja gelisahnya. Tentulah hatinya tertanya-tanya siapa yang sedang berbual dengan Nazmi. Mungkin di pandangan -mata--nya kami nampaknya begitu mesra.

"Ifti..." Aku menghulurkan tangan dan memperkenalkan diriku sendiri apabila Nazmi tidak menampakkan tanda-tanda untuk memperkenalkan gadis itu kepadaku.

Anna Haryati. Cantik namanya, semanis orangnya. Sama padanlah apabila digandingkan dengan Nazmi.

"Anak-anak mana?"

Aku terpinga-pinga seketika. Kemudian tersenyum apabila teringat kepada Adura, Aiman dan Elida. Sudah pastilah mereka yang Nazmi maksudkan. Tiba-tiba hatiku seakan pasti bahawa pertanyaan itu sebenarnya sekadar hendak me-legakan hati gadis di sisinya.

"Budak-budak kat rumah... I dari tempat kerja, I terus ke sini." Ramah benar pula aku memberitahunya.

Anna Haryati tersenyum lega. Kemudian dia berjalan ke hadapan sambil membelek buku-buku di atas rak. Seolah-olah dia ingin memberi ruang kepada kami untuk terus berbual-bual.

"Err... err... you dari mana?" soalku tersekat-sekat.

"Oh, I dari tempat kerja! Err... saja jalan-jalan," balasnya.

Aku tersenyum nipis. Terasa keanehan berbaur lucu ke-rana kami seolah-olah sedang berkongsi perasaan yang sama, gementar dan menggelabah.

"Selalu ke you datang sini?" soalku sambil mengerling sekilas ke wajahnya.

"Ah, selalu jugak... beli barang."

Walaupun faham maksudnya, tetapi aku sengaja memanjangkan bualan. "Beli barang?" soalku tersenyum nakal.

Terpinga-pinga Nazmi membalas pandanganku. Aku mengambil kesempatan itu menatap wajahnya buat meng-hilangkan rasa rindu.

"Maksud I... beli buku dan majalah." Nazmi bersuara lambat-lambat. Kemudian dia ketawa. Spontan aku sedar, aku tidak boleh menaruh sebarang harapan terhadapnya

Namun desakan hatiku begitu menekan. Terasa ringan mulutku untuk bertanya tentang gerangan gadis tadi.Your wife ke? Mujurlah pertanyaan itu hanya di dalam hatiku sahaja. Kalau isteri, sudah tentulah Anna Haryati akan menyebutnya ketika kami bersalaman tadi.

Akhirnya aku meminta diri untuk pergi. Aku pasrah pada takdir bahawa aku dan dia tidak ditakdirkan untuk bercinta!

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.