Home Novel Cinta Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
8/12/2014 11:23:29
65,010
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

7

RIMAS dan sebak rasa hatiku mendengar -usikan berbau sindiran yang dilontarkan oleh kawan-kawan emak yang datang mem-bantu -membuat gubahan barang-ba-rang hantaran dua hari -sebelum menjelang hari pertu-nangan Izelea. Rasanya macam aku hendak lari sahaja meninggalkan rumah. Tidak larat -telingaku menepis sindiran dan gurauan mereka, -ter--masuklah juga daripada Mak Su Ida, adik bongsu abah. Kadang-kadang aku geram juga memikirkan pera-ngai -mereka ini. Tepi kain orang semua hendak dijaganya, sedang-kan kain sendiri -terkoyak, tidak dihiraukannya.

"Anak dara tak elok kahwin lewat," tegur Mak Su Ida sambil menyiku lenganku tatkala aku sibuk membetulkan gu-bahan dalam dulang hantaran.

Aku tersenyum kelat memandangnya. Siapa pulak suka kahwin lewat? soal hatiku. Fitrahnya setiap insan memang suka hidup berteman. Aku juga begitu, ingin punya teman untuk berbicara dan berkongsi kasih sayang. Dan kalau boleh biarlah jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tapi aku hendak kahwin dengan siapa?

"Jangan memilih sangat... kalau ada orang merisik dan meminang, terima aje." Tiba-tiba Auntie Umie menyampuk.

Yang ni pun satu. Mentang-mentanglah anak dia semua dah kahwin, dia anggap aku begitu pula. Bagi aku, perkahwinan adalah ikatan dua jiwa yang saling menyayangi. Aku mesti membuat pemilihan yang paling tepat. Lelaki -pilihan-ku pula mesti mempunyai ciri-ciri yang aku senangi. Tak-kanlah boleh main cekup sahaja? Kahwin hari ini, dua tiga bulan kemudian rumah tangga berantakan.

Mungkin Auntie Umie buat-buat lupa siapa menantunya. Bukan tidak ada orang yang memberitahu, bakal suami Karmila sudah berkeluarga. Auntie Umie pula sanggup ber-masam muka dengan orang yang menyampaikan berita itu. Takkanlah dia hendak menolak pinangan seorang lelaki kaya. Setidak-tidaknya, tempias kesenangan Karmila akan kena kepadanya juga!

"Kalau susah-susah sangat, biar makcik tolong carikan... nak?" soal Auntie Salmi pula.

"Kata Nor, anaknya yang duduk kat Amerika tu baru balik... hai, lupa pulak namanya... err... bujang lagi budak tu... kalau Ifti setuju, makcik boleh tolong jalankan." Auntie Rabeah pula menyampuk. Auntie Salmi ikut mengangguk. Pastilah dia tahu kerana dia berjiran de-ngan Auntie Nor.

Ini satu lagi penyakit kawan-kawan emak. Agaknya me-reka sudah tidak ada kerja lain. Ataupun mungkin -menjadi kerunsingan pula di hati mereka apabila aku masih -mem-bujang, sedang-kan adikku Izelea akan menjalin ikatan per-tunangan. Mahu sahaja ketika itu aku mencadangkan agar mereka membuka agensi mencari jodoh. Tetapi, -akhirnya aku memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

"Eh, anak dia kan lama kerja kat sana tu... takkan tak kahwin lagi?" soal Auntie Umie pula.

"Jangan-jangan dah kahwin dengan orang putih tak, tapi... mak dia tak tahu." Auntie Rabeah memperlahankan suara. "Dah bercerai, balik ke sini suruh mak dia cari calon isteri... orang lelaki ni... dah kahwin pun tak ada beza," -tambah Auntie Rabeah sambil menjuihkan bibirnya.

Bagus benarlah tu, tak habis-habis mengumpat! Men-tang-mentang Auntie Nor tak ada. Lagipun, entah betul, entah tidaklah orang tu suruh emaknya carikan calon isteri, memandai aje!

"Auntie rasa dia sesuai dengan Ifti... amacam?" soal Auntie Salmi seolah-olah sedang menanti persetujuanku. Terdengar ketawa di hujung suaranya.

Masya-ALLAH, aku ingatkan tadi persoalan itu sudah tamat, tetapi rupa-rupanya masih menjadi topik perbin-cangan! Bercakap tak guna akal langsung! Tadi mereka juga yang memberi pelbagai andaian seolah-olah teruk benar -perangai anak Auntie Nor sewaktu di Amerika. Tetapi -sekarang hendak dikenalkan kepada aku pula. Ada ke patut?

Sekilas aku me-mandang ke arah Izelea. Pastilah dia mengerti perasaan aku ketika itu. Dan Izelea tentu bimbang jika aku berkecil hati ke-rana dia mendahuluiku. Sesungguh-nya memang aku sedikit terkilan sebenarnya, lalu menjadi agak sensitif. Mungkin inilah perasaan seorang kakak apa-bila adiknya lebih awal disunting orang.

Dalam gelisah rasa, tiba-tiba sahaja terlintas di fikiranku sesuatu. "Anak Auntie Nor tuhandsome tak?" soalku dengan riak penuh minat sambil memandang ke sekeliling. Seorang dua berkerut-kerut dahi, ada yang terkelip-kelip mata dan ada yang menjungkitkan bahu.

"Kalau boleh Ifti nak yanghandsome... nanti kalau dapat anak tentu comel!" ujarku bersungguh-sungguh. Melopong mulut Mak Su Ida dan kawan-kawan emak. Aku menjadi semakin seronok hendak 'mengajar' makcik-makcik yang kepoh dan bermulut laser ini.

"Ifti tak nak yang merokok dan... hmm... kalau boleh tak nak yang pakai gigi palsu." Aku menambah lagi bersungguh-sungguh. Tiba-tiba fikiranku melayang mengingati lelaki yang seorang itu. Seakan-akan pasti dia tidak merokok ke-rana bibirnya kemerahan dan giginya yang putih bersih.

Ketika itu masih tidak ada sesiapa pun yang mencelah. Aku bertambah seronok. "Hmm...handsome dan sedap mata memandang... hidung terletak, bertubuh sasa, kulit cerah... ada misai dan berjanggut," tambahku.

Sekali lagi wajah lelaki yang memakai baju bercorak petak-petak kuning lembut itu terbayang di mataku. Dia -merenungku asyik. Aku benar-benar terpukau oleh sinar -matanya yang redup dan tenang. Lelaki itu tersenyum. Aku pula membalas dengan senyuman yang paling manis. Aku berasa begitu -bahagia dan bagaikan terawang-awang di awan.

“Akak!"

“Aduh!” Terasa sakit apabila Izelea menyiku lenganku. Terpinga-pinga aku memandangnya. Aku memandang ke arah Mak Su Ida dan kawan-kawan mama yang masih terlopong. Aku serta-merta tersedar bahawa aku telah jauh berkhayal mengenang lelaki itu. Terasa malu sendiri.

"Oh ya, kalau tak kaya pun tak apa, tapi mesti ada kerja!"

Aku tergelak-gelak. Ketawa yang sengaja dibuat-buat bagi menutup kegugupan. Manalah aku sangka yang aku akan berkhayal sampai lupa diri. Akhirnya, perlahan-lahan aku meninggalkan bilik Izelea yang sudah berhias indah itu.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.