8
APABILA dikenang-kenangkan,
seribu satu macam perkara boleh berlaku apa-bila menyentuh soal nikah
kahwin ini. Ada yang bertunang bertahun-tahun, tetapi akhirnya tidak jadi
kahwin. Ada pula yang 'terkahwin' dan tidak kurang pula yang dipaksa kahwin.
Ada pula yang beberapa hari lagi hendak kahwin, tiba-tiba terpaksa dibatalkan
atau ditangguhkan kerana berlaku kejadian
yang tidak diduga. Yang lebih haru, ada pula bakal pengantin yang meninggal
dunia pada hari pernikahan. Persiapan
untuk majlis perkahwinan akhirnya bertukar menjadi kenduri tahlil untuk arwah. |
Aku teringat kepada Kak Raina dan
majlis perkahwinannya. Pagi itu tiba-tiba sahaja Kak Raina muncul di pejabat
walaupun dia sepatutnya sudah bercuti. Hari -pernikahannya empat hari sahaja
lagi akan menjelang. Aku yakin ada se-suatu yang tidak kena apabila aku melihat
matanya yang bengkak dan merah.
"Kenapa
kak?" Akhirnya aku memberanikan diri ber-tanya. Manalah tahu jika dia
memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita atau mencurahkan perasaan. Aku
semakin panik apabila dia tiba-tiba menangis dan berlari-lari anak menuju ke
bilik air. Sofie yang kebetulan baru sampai tercengang-cengang.
Setelah seketika, barulah aku
menurutinya. Bimbang juga membiarkan dia bersendirian dalam keadaan begitu. Kak
Raina masih teresak-esak ketika aku mengusap-usap bahunya. Aku membiarkan dia
terus menangis. Biarlah segala keresahan di jiwanya luruh bersama air mata.
"Akak tak jadi kahwin." Suara
Kak Raina hiba.
"Tak jadi kahwin?" Aku
mengulang sebut ayat itu perlahan. Spontan aku memahami beban penanggungan di
jiwa Kak Raina.
Dalam sebak Kak Raina mengulang sebut
ayat itu sekali lagi. Kak Raina menangis kerana dia tidak jadi kahwin. Bermakna
segala persiapannya selama ini sia-sia sahaja.
Aku segera teringat kepada Esma,
tunangannya. Pemuda itu pilihan hati Kak Raina dan aku tidak mahu -memberi
komen apa-apa, walaupun aksinya kadang-kadang -melucu-kan. Aku merasakan Esma
seolah-olah tidak -berpijak di bumi nyata. Dia nampaknya seperti orang sedang
berkhayal sahaja lagaknya. Aku tidaklah berani hendak mengutuk lebih-lebih
ke-rana bimbang pula 'bahagian' aku nanti. Entah-entah lebih teruk daripada
Esma yang selalu nampak lucu -apabila -mulutnya melopong ketika mendengar kami
bercerita. Sepatah perkataan yang kerap meluncur daripada mulutnya ialah'is it.' Lembut sahaja dia menuturnya
sehingga-kan -akhirnya frasa itu menjadi bahan gurauan kami, walaupun frasa
yang sebetulnya ialah'isn't
it'.
Kak Raina menangis hiba di hadapanku
tanpa silu. Aku menghulurkan kertas tisu kepadanya. Tidak cukup, aku beri lagi
dan akhirnya satu gulungan kecil itu aku hulurkan kepadanya. Dia memang
menangis bersungguh-sungguh, siap dengan menghembus hingus sekali.
"Dia cakap dia tak nak kahwin
dengan akak."
Kali ini Kak Raina tidak berselindung
lagi. Aku meng-angguk-angguk sahaja dan terus memberi ruang kepadanya
untuk meluahkan apa sahaja. Tentulah
sedih apabila orang yang selama ini diharapkan untuk menjadi suami tiba-tiba
berubah hati. Lebih haru lagi majlisnya tidak sampai se-minggu lagi.
Aku memberikan sedikit nasihat agar dia
bersabar dan membanyakkan istighfar. Selain daripada itu aku tidak -berani,
kerana bimbang akan memberi 'ajaran sesat' pula.
"Pinggan tak retak, nasi tak
dingin, orang tak hendak, akak lagi tak hingin!" Tiba-tiba Kak Raina
menghamburkan kata-kata itu penuh geram.
Ewah, dalam keadaan begini pun sempat
lagi Kak Raina berpantun? Aku yakin Kak Raina sudah berada di puncak kemarahan
yang tidak terhingga kepada Esma.
Cakaplah apa sahaja kak, Esma tak ada
kat sini. Bisikku dalam hati. Aku sudah maklum perangai Kak Raina. Cuba Esma
berdiri di hadapannya, dia akan cair macam air
batu yang dibalut dalam kertas surat khabar. Sekejap sahaja di--pujuk,
marahnya akan cepat reda.
"Lelaki tak sedar diri!"
kutuk Kak Raina lagi.
Sementara hati tengah marah, kesat
sahajalah -bahasa-nya. Aku memandang Kak Raina dan membandingkan dia dengan
Esma. Terbayang di mataku wajah Esma dengan matanya yang kuyu macam orang tidak
cukup tidur. Gaya berjalannya pula lemah longlai sahaja macam tiga hari tidak
makan nasi. Aku pun tidak tahu macam mana Kak Raina boleh jatuh hati kepadanya.
Tetapi inilah ajaibnya cinta. Cinta itu
buta dan cinta tidak mengenal engkau siapa, aku siapa. Apabila sudah ditusuk
panah cinta, jiwa dan raga sanggup diserahkan. Tidur dan baring semuanya
menjadi serba tidak kena. Hanya wajahnya yang terbayang di ruang mata. Agaknya
inilah perasaan yang memalu hati dan jiwa Kak Raina sehingga dia tidak kisah walaupun
Esma begitu. Satu hal yang aku amat pasti ialah, Kak Raina memilihnya bukan
kerana harta ke-rana setahu aku motosikal pun Esma tidak ada. Ke hulu ke hilir
dia memandu kereta Kak Raina, sementelah pula Kak Raina tidak tahu memandu.
Aku pun tidak pasti apa kerjanya. Cuma
Kak Raina kata, Esma membuka agensi pengiklanannya sendiri. Aku pun tidak dapat
membayangkan bagaimana Esma menguruskan syarikatnya. Yakinkah orang hendak
berurusan dengannya kalau setiap masa aku nampak dia melopong sahaja macam
orang tidak tahu apa-apa.
Don't judge a book by its cover.Aku segera kembali pada hakikat bahawa
menilai diri seseorang bukanlah dari luarannya sahaja. Kak Raina sudah tentulah
tahu hati budi Esma, maka separuh mati dia menyayanginya. Tidak ada apa yang
boleh mengubah pendirian Kak Raina, biarpun kami di pejabat menganggap Kak
Raina boleh mencari seseorang yang sepuluh kali lebih baik daripada Esma.
Tetapi, kalau Kak Raina sudah bulat hati
hendak berkahwin dengan Esma, tentulah dia hendak Esma juga. Memang menolak
tuah betul Esma ini!
"Dia ingat muka dia tuhandsome sangat sampai akak tergila-gila pada
dia! Muka macam tu, sekali akakclick, se-puluh orang mari tau!" Kak
Raina memetik ibu jari dan jari manisnya dengan riak wajah penuh geram.
Aku mengangguk sahaja kerana sedar Kak
Raina hendak melepaskan rasa kecewa dan marah yang terbuku di hatinya. Kini
yang jelas hilang sudah segala yang baik-baik tentang Esma yang selama ini
selalu dicanangkannya. Orang tengah marah, perkara yang selama ini di-simpan
sebagai rahsia, kini sudah bukan rahsia lagi.
Tangisan Kak Raina kini sudah
benar-benar reda. Aku menarik nafas lega. Bukan aku memujuk, tetapi sekadar
mendengar dia meluahkan rasa hati. Aku mahu Kak Raina sedar bahawa dia masih
ada kawan-kawan untuk bercerita dan berkongsi suka dukanya.
Aku
meneruskan kerja seperti biasa setelah meletakkan secawan Milo panas di atas
meja Kak Raina. Sofie yang agakbusybody segera datang ke mejaku. Aku memberi isyarat
supaya dia berlalu. Sekalipun hendak mendengar cerita, aku perlu memilih waktu
yang sesuai. Bagi aku, kisah sedih yang baru sahaja dialami oleh Kak Raina
bukanlah cerita sensasi yang patut dijaja.
Aku terpaku apabila dari sebalik daun
pintu yang -terkuak, aku ternampak Esma. Aku tahu tujuan kedatangannya sudah
tentulah kerana mencari Kak Raina. Takkanlah dia hendak cari orang lain pula.
Hendak bertanya apa-apa, nampak benar pula aku sudah tahu hal mereka.
Melihatkan Esma yang se-olah-olah tidak tentu arah dan berdiri sahaja di muka
pintu, aku menjenguk ke meja sebelah.
"Esma datang cari akak,"
bisikku pada Kak Raina.
Namun Kak Raina
tidak mengendahkan, -walaupun aku tahu dia mendengarnya. Dia masih terpaku di
-tempat duduknya. Hatiku berdebar-debar apabila Esma berjalan -melewati mejaku.
Silap-silap haribulan adashooting drama ni, bisikku dalam hati dan
memandang Sofie dengan wajah bimbang. Kami saling mengangkat bahu.
Aku memasang telinga. Tidak pula aku
mendengar suara Kak Raina menyuruh Esma pergi. Kalau tadi bukan main lagi
berapi-api marahnya. Kini apabila Esma di depan mata, pijak semut pun tidak
mati. Hatiku tidak dapat menahan diri daripada terus mencuri dengar.
"I nak minta maaf." Terdengar
lembut suara Esma.
Hai, kalau memujuk rayu, lembut gigi
dari lidah!
"I nak gurau aje... takkanlah I
nak batalkan majlis kita," tambah Esma lagi. Kali ini suaranya semakin
perlahan.
Ewah, pandai pulak mamat ni mengayat!
Kak Raina pun satu, tak sepatah kata pun aku dengar daripada mulutnya. Sudah
kelu lidah agaknya.
Sepi seketika. Kemudian aku mendengar
suara Esma yang sebak. Entah apa yang diucapkan aku pun tidak tahu, tapi yang
pasti Esma sedang menangis.
Eei, tak malu betul... menangis di
khalayak pulak tu! Sesungguhnya begitu hebat sekali penangan cinta Kak Raina.
Tidak cukup de-ngan pujuk rayu, Esma sampai -menitiskan air mata pula. Hai, tak
lembutkah lagi hati Kak Raina -mendengar tangisan Esma? Bukankah air mata
seorang lelaki terlalu mahal harganya?
Aku meletakkan jari telunjuk di atas
bibir apabila Sofie tiba-tiba duduk di sebelahku.
"I still loving you... I
still loving you, Raina."
Terdengar Esma merayu-rayu dalam sebak.
Kata-kata cinta yang dilafazkan oleh
Esma terdengar lucu. Tentulah dalam fikiran yang sedang berserabut, Esma sampai
tidak sedar ucapan cinta dalam bahasa Inggeris yang diucapkannya itu
lintang-pukang nahunya. Aku dan Sofie menekup mulut menahan ketawa. Lama juga
kami -men-dengar mereka bercakap-cakap selepas itu.
Kami pura-pura sibuk membelek itu ini
di atas meja -apabila Esma dan Kak Raina berjalan seiringan di hadapan kami
sambil tergelak-gelak. Tak salahlah andaian yang aku buat tadi. Eee... tak
faham betul!
Akhirnya
Kak Raina dan Esma bernikah juga. Tetapi yang membuat-kan Kak Raina dan seluruh
ahli keluarganya sebak dan kelam-kabut adalah kejadian yang berlaku pada hari
mereka hendak menyembelih lembu. Tidak ada siapa yang menduga, lembu yang sejak
seminggu dibeli, dijaga makan minum dan ditambat di pangkal pokok kelapa telah
mati ke-rana terjerut lehernya.
Masing-masing pun mulalah membuat
pelbagai teori dan andaian. Aku pun tidak faham macam mana kejadian ini boleh
berlaku. Lembu tu pulak macam tidak sudi sahaja -dirinya menjadi santapan
tetamu yang datang ke majlis -kenduri kahwin Kak Raina dan membunuh diri pula!
Sesungguhnya segala yang terjadi
termasuklah juga soal jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki adalah di tangan ALLAH.
Segala-galanya sudah tersurat dan tertulis sejak dari azali. Jodohku juga
begitu. Tapi siapa? Bilakah dia akan datang kepadaku?
Ah, entahlah! Terlalu banyak persoalan
yang tidak ku--temui jawapan.